Sabun Kurus, Spray Kurus dan Pistol Kurus? OMG

Sabun kurus, spray kurus dan pistol kurus? Macam-macam produk yang dipasarkan untuk "bantu" pelanggan kurangkan berat badan. Malangnya ramai yang akan terpedaya dengan janji-janji manis dan pemasaran bersama artis pujuaan ramai.

Kenapa ramai yang masih melanggannya ...

https://www.instagram.com/p/B3WBXDdgCFE/


Ganti nasi putih dengan Nasi Cauliflower Untuk Kurus?

https://www.instagram.com/p/BuIn-iNgr0i/

Tiada masalah untuk makan nasi cauliflower atau pengganti nasi putih dalam amalan pemakanan untuk kawal berat badan atau kesihatan secara am. Tapi jarang ia akan menjadi tabiat seharian dan majoriti pembaca di sini pasti akan makan nasi putih sebagai amalan harian.


We Rock The Spectrum Malaysia. A Special Kids Gym

Yesterday Rafa, Mika and I were invited to a different kind of gym.

We Rock The Spectrum Malaysia at Melawati Mall. It is a kids gym that is Autism-focused as an indoor playground and gym that provides children fun activities and a sensory-safe environment. We had the pleasure of meeting co-owners Yus and Nazri who embarked on this journey to provide a fun but safe playing environment for their cool son (also named Rafael) who has autism.

If you are interested to check out their indoor playground, do visit We Rock The Spectrum Malaysia outlets at Melawati Mall or Ara Damansara. Its a super fun place for all kids alike but especially for those who need a little extra attention. Do check them out at: http://www.werockthespectrummelawatimall.com


Intermittent Fasting Diet di Malaysia. Bagus ke tidak?

Sejak 1-2 tahun yang lalu, ramai sering bertanya tentang amalan diet Intermittent Fasting atau IF untuk kurangkan berat badan. Jadi seperti diet Atkins dan diet lain, biarkan saya terangkan apakah diet atau amalan diet IF, impak untuk kurangkan berat badan dan pendapat saya secara am.

Penting: Sebelum saya cerita lebih panjang, saya bukan pengamal diet Intermittent Fasting. The only fasting yang saya amalkan adalah puasa Ramadhan. Tapi itu bukan bermakna diet IF tidak bagus.

Apa dia Intermittent Fasting?

Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa "berpuasa".

Jenis diet IF?

Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

  • 16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.
  • 24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi - minum air dibenarkan.
  • 5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.
  • Lain-lain. Tentu dengan tren-tren social media, akan ada pelbagai pendekatan tapi ia tetap fokus kepada kawalan waktu "berpuasa".

Beza dengan puasa Ramadhan?

Seperti yang saya terangkan di atas dan video berikut, diet IF benarkan minum air dan sumber tidak berkalori semasa "berpuasa". Bagi saya itu berbezaan yang besar dari segi amalan senaman dan dehydration.

https://www.youtube.com/watch?v=4_1pZutg4D8

Cara Diet IF kurangkan berat badan?

Mana-mana diet anda cuba bantu anda kawal atau kurangkan berat badan melalui kawalan pengambilan kalori dan water retention atau istilah lain - gemuk air, dan baiki metabolisma badan melalui hormon.

Kalori:

Dengan hadkan waktu makan, secara tak langsung ia kawal jumlah pengambilan seharian. Tidak jauh berbeza dengan buasa ramadhan, hasil kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg (tanpa bersenam di bulan puasa).

Air?

Ok yang ini a bit more complicated. Majoriti badan adalah air. Tapi ia boleh fluctuate dan bergantung kepada beberapa faktor termasuk gula dan hormon insulin. Amalan puasa IF hadhkan pengambilan gula. Jadi ini stabilkan paras glukos darah dan "jatuhkan" hormon insulin dari paras biasa (bukan berpuasa). Apabila hormon insulin "jatuh", ia paksa badan untuk buang air berlebihan kerana kekurangkan gula dalam diet. Ini tidak jauh berbeza dengan diet Atkins atau diet Keto yang "mempermainkan" gula dan water retention badan.

Fixes your metabolism!?

Tanpa merumitkan cerita, hormon yang sentiasa sangkut-paut dengan simpanan lemak badan dan penggunaan tenaga (metabolism) adalah insulin. Bagi mereka yang obes atau telah amalkan pemakanan tinggi gula untuk jangka masa berpanjangan, ia boleh akibatkan rintangan insulin badan atau insulin resistance (badan tak dapat nak gunakan gula untuk tenaga dan tingkatkan simpanan lemak dalam sel). Amalan puasa dan diet rendah karbohidrat dapat memainakan peranan untuk shock hormon-hormon badan untuk bantu buang tabiat yang lama. Tapi ia berbeza bagi individu ke individu. My advice - trial and error.

https://www.youtube.com/watch?v=TW5cXFF44TM

So, sesuai Untuk anda?

Ini bergantung. Perubahan diet memang mencabar dan tidak mudah TAPI dalam jangka masa berpanjangan, ia perlu menggembirakan DAN bantu anda kawal berat badan. Sama lah dengan diet IF.

Setiap diet, termasuk diet Intermittent Fasting, ada kisah kejayaan dan kegagalan. Ini bukan bermakna suatu diet bagus ataupun tidak. Ia soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ia tren social media. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ada kenalan berjaya dengan diet tersebut.

Nasihat saya.

Fahami lah asas penurunan berat badan. Fahami lah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau "gemuk air". Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin.

Selepas itu, kaji suatu diet dan hubung-kaitnya dengan pemahaman anda. Dari situ anda boleh menilai dan sesuaikan diet dengan keperluan diri-sendiri.

Selamat mencuba.


Gambar Jom Kurus Fiesta Penang

Gambar dari Jom Kurus Fiesta Penang bersama Kevin Zahri dan peserta Cabaran Jom Kurus musim 11.

Untuk kesemua gambar, sila layari Album Flickr di sini.

JK1M11 Fiesta Penang Album

Video Panduan Senaman Penyakit Asma

Setiap musim ramai yang menyertai program Jom Kurus dengan latar belakang Asma. Kelurga saya sendiri mempunyai keturunan dan saya membesar dengan dua orang adik-beradik yang asthmatic.

Video ini akan terangan do's dan don't dan 12 Tip untuk membantu anda mulakan program senaman ataupun kurangkan risiko dapat serangan asma semasa bersenam.

jangan serah diri dan benarkan asma untuk kawal kualitit kehidupan anda.

Sudah tentu tahap asma berbeza dari individu ke individu dan perlu dapatkan kebenaran doktor TAPI dalam berdepan dengan penyakit "kurnia" Asma, anda boleh bangkit untuk mengawal Asma dan BUKAN serah diri dan biarkan Asma mengawal anda sepanjang hayat.


Makan Nasi Untuk Kurus? Boleh ke tak boleh?

Ramai yang kurang pasti dalam pengambilan nasi dalam usaha untuk kurangkan berat badan. Anda bagaimana? Tonton video ini untuk pandangan saya.


WHI TV3 - Tip Makan Malam Yang TIDAK Menggemukkan

Siapa yang sering makan malam, terutamanya snek-snek malam, dapatkan tip dari Kevin Zahri di Wanita Hari Ini untuk tip makan malam yang TIDAK menggemukkan.


5 Kesalahan Semasa Bersukan Yang Tingkatkan Risiko Cedera!

Berikut adalah antara 5 kesalahan atau tabiat kurang baik yang saya seringkan perhatian semasa aktiviti sukan seperti #ohlimpik yang sedang berlangsung untuk Cabaran Jom Kurus dan sering menjadi punca berlakunya kecederaan atau masalah seperti cramping, dehydration, loya, fatique dan lain-lain.

Yes, nasib juga memainkan peranan tapi 5 "kesalahan" ini adalah dalam kawalan diri anda sendiri untuk kurangkan risiko kecederaan.


6 Tip Beginner Untuk Mula Kurangkan Berat Badan

Video ini berikan 6 tip untuk hadapi atau mulakan program kurangkan berat badan seperti Cabaran Jom Kurus. Chaiyok dan selamat mengurangkan berat badan.


6 Tip Elak Gemuk di Hari Raya yang paling mudah.

Ok ... Hari raya dan bulan syawal mungkin bukan waktu terbaik untuk mulakan program kurangkan berat badan TAPI jangan lah pulak anda lepas tangan sepanjang 30 hari beraya dan tambah berat badan yang melampau. Nanti banyak pulak hutang2 lemak yang perlu "dibayar" semula.

6 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya

Jadi dalam video ini saya kongsi 6 tip mudah yang saya sendiri amalkan sepanjang bulan syawal (kecuali tip no5 yang saya secara jujurnya belum tunaikan). Kalau anda ada tip2 yang tersendiri, do share it with me dalam ruang komen.


5 Tip Berbuka Puasa Saya Untuk Elak Makan Berlebihan

https://youtu.be/rcpah5SCYGc

Ini adalah amalan biasa berbuka puasa saya tak kira kalau di rumah atau di buffet2.
Dari pengalaman sendiri, selalunya “rasa” lapar itu jauh lebih besar dari “keadaan” lapar sebenar. Jangan layan sangat “rasa” lapar dan fokus kepada kesederhanaan yang sememanya menjadi pokok amalan bulan puasa Ramadhan.

Ingat: feeling of kenyang datang selepas 20minit suapan kurma pertama.

Selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua.