- Home
- Success Stories
- Ainurhana: Dulu berat hampir 100kg. Kini berjaya turun 31kg.
Ainurhana: Dulu berat hampir 100kg. Kini berjaya turun 31kg.
[one_whole boxed=”true”]
- Nama: Ainurhana Binti Mohd Yusof
- Umur: 23.
- Matlamat: Menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup
- Kejayaan: Menurunkan 31kg.
- Blog: gegulapelangi.blogspot.com
- Instagram: ainurhanayusof
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/membership” text=”Jom Bermula Hari Ini” color_override=””]
[/one_whole]
Assalamualaikum wbt.
Nama saya Ainurhana, berumur 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Semasa saya kecil, saya merupakan seorang ‘tomboy’. Kenakalan dan kelasakan saya menjadikan saya kanak kanak aktif. Namun, apabila saya menginjak 10 tahun, ayah dan mama telah meminta saya agar tidak lagi bermain dengan lasak bersama budak lelaki.
Hal ini telah menyebabkan saya menjadi malas. Oleh kerana telah terbiasa mengambil amaun makanan yang banyak ketika aktif, saya masih mengambil jumlah makanan yang sama, malah ia semakin bertambah walaupun aktiviti saya hanyalah terbaring di hadapan televisyen. Seingat saya, ketika saya berusia 12 tahun, saya merupakan budak perempuan paling berat di dalam kelas dengan berat 63kg.
Kemudian, disebabkan perubahan hormon, dengan sekelip mata, ketika saya berusia 13 tahun, berat saya telah naik kepada 83kg. Yup, naik sebanyak 20kg dalam masa setahun. Tak tergambar rasanya malu ketika itu.
Berat 97kg semasa 16 tahun.
Menjelang saya berumur 15 tahun, saya pernah cuba mengambil initiatif untuk menurunkan berat badan, namun gagal. Malah berat saya ketika itu telah menginjak 87kg. Sehinggalah suatu ketika semasa menunggu keputusan SPM, saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi. Saya memandang diri saya di hadapan cermin. “Apa yang aku dah buat?” Saya kecewa dengan diri saya. Kekurangan keyakinan diri akan paras saya menyebabkan saya benci melihat biasan diri sendiri yang akhirnya membiarkan diri saya menjadi seorang obese.
…saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi…
Berikrar Untuk Buang Obes!
Saya berikrar pada diri sendiri pada malam itu bahawa saya tidak akan membiarkan diri saya kembali ke lubuk hitam ini lagi. “If I die, obese will NEVER be the reason!” Maka, bermulalah diet saya. Pada setiap pagi, saya akan mengikuti ayah saya untuk berjogging selama sejam. Kemudian, saya akan mengambil nestum sebagai breakfast, 3 sudu nasi putih bersama 1 mangkuk sayur hijau rebus bersama ayam/tauhu rebus sebagai makanan tengah hari dan malam. Saya berjaya menurunkan 8kg dalam masa sebulan. Namun, diet tersebut hanya bertahan selama sebulan. Saya mula mengambil makanan biasa dengan amaun yang berpatutan selama 6 bulan. Hasilnya, saya berjaya menurunkan 12kg.
…Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula…
Setelah saya menyambung pengajian saya, saya masih mengamalkan diet ‘makan sedikit’ di semester pertama. Hasilnya, saya berjaya menurunkan berat saya kepada 77kg. Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula. Akhirnya, ketika tamatnya diploma, berat saya telah menjadi 87kg. Tuhan saja yang tahu bertapa sedihnya saya ketika itu.
Food Lover
Saya kembali mencuba diet lama, namun gagal. Saya seorang ‘food lover’. Jadi, menghalang diri dari makan lambat laun pasti menemui kegagalan. Kemudian, apabila saya kembali meneruskan pengajian di peringkat ijazah, saya beriltizam untuk kembali menjadi aktif seperti dahulu. Berbekal dari pembacaan mengenai pemakanan, kesihatan, serta tips tips dari Kevin Zahri, saya memulakan hidup baru.
Jika pelajar lain ke kelas dengan bas, saya memilih untuk berjalan kaki. Biar berpeluh, saya tahu itu lebih berkat. Saya masih lagi makan makanan kegemaran saya, namun saya mengambil sunnah Nabi dan amalkannya ke dalam hidup saya iaitu “Makan apabila lapar”. Saya kosongkan drawer saya dari maggi, keropok mahupun biskut kerana saya tahu kebosanan akan menggoda saya untuk makan.
Setelah habis semester satu, berat saya telah turun kepada 80kg dan saya sama sekali tidak rasa tertekan dengan perubahan gaya hidup saya itu. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa berat saya turun kerana perubahan gaya hidup saya. Maka, ketika cuti semester itu, saya mula membaca ebook Kevin Zahri dan membuat kajian mengenai permakanan dan kalori, jenis jenis senaman, BMI, BMR dan bagaimana kesemuanya saling berkait dan mengubahsuainya untuk diaplikasikan ke dalam gaya hidup saya.
Kenali BMR dan keperluan makanan
Sejak itu, pada setiap hari, saya akan pastikan jumlah kalori pemakanan saya tidak akan melebihi BMR saya walaupun tidak pernah membuat ‘food diary’. Dan sekiranya saya terlebih, saya akan pastikan saya akan membakar semula tenaga berlebihan tersebut. Kesedaran terhadap kalori telah membantu saya untuk makan apa sahaja yang saya mahukan. Malah, oleh kerana saya mempunyai keinginan yang kuat untuk mempunyai badan yang ‘fit’ dan aktif disamping peluang untuk merasai pelbagai jenis makanan, saya telah menjebakkan diri dalam pelbagai senaman.
Senaman yang saya amalkan?
Antara senaman yang saya amalkan ialah jogging, sit up dan light weight lifting. Namun, disebabkan saya seorang pelajar, saya tidak mempunyai masa untuk ke gym, maka saya telah mengdownload beberapa jenis senaman dari Youtube terutama intense cardio kerana berdasarkan pembacaan saya, senaman cardio adalah senaman yang paling banyak membakar kalori selain ianya baik untuk kesihatan cardio kita.
Hasilnya kini, saya telah berjaya menurunkan 31 kg. Walaupun bagi sesetengah orang, penurunan berat badan sebanyak 31kg yang mengambil masa bertahun tahun itu adalah terlalu lama, namun bagi saya ianya adalah yang terbaik buat saya kerana kini saya bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan, malah mengubah gaya hidup saya dimana saya mampu kekal cergas disamping berpeluang menikmati hidup dengan selesa.
Kini, saya masih lagi di dalam proses penurunan berat badan sebanyak 10kg lagi terutamanya di bahagian bawah badan. Namun begitu, matlamat saya kini telah bertukar kepada menambah sedikit jisim otot otot saya di bahagian lengan, perut, punggung serta kaki. Saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam.
…saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam…
Tujuan saya berkongsi pengalaman ialah saya ingin menimbulkan kesedaran mengenai kesihatan dan impak perubahan gaya hidup kepada para pembaca. Benar, kita perlu menurunkan berat badan sekiranya ianya berlebihan, namun nombor yang berjaya diturunkan di penimbang berat itu hanyalah sekadar nombor dan kenangan indah sekiranya selepas berjaya mencapai matlamat, kita kembali ke tampuk asal.
Layari blog Ainurhana
Oleh itu, dengan bermentorkan Kevin Zahri saya telah membuka sebuah blog yang bakal saya kongsikan lebih lanjut mengenai pemahaman dan pengalaman saya. Saya berharap akan lebih ramai lagi rakyat Malaysia diluar sana yang bakal membuka mata akan pentingnya perubahan gaya hidup yang sihat.
Health and fitness is a lifestyle, not a destination!
wahhhh..tahniah sis!!! 31kg dalam tempoh berapa lama??..saya dh hampir 6 bulan on diet n exercise..loss weight 10kg..
salam..congrate sis.. 🙂
sy sdg berusaha utk dptkan berat bdn ideal mcm sis..
bila dah kurus wajah awak dah mcm dr fatin liyana, blogger tu
setuju. ^_^
saya pun mcm awak jgk tapi baru mula. start feb 2013, berat 92kg. Sekarang saya 70kg. 22 kilo dlm masa 6 bulan. sedang berusaha utk 15 kilo lagi penurunan. insyaAllah. motivated sgt tgk org dah cantik cantik nie. hihi.
Tahniah….inspired story for weight loss!
Tahniah atas kejaan awak. Saya doakan semoga berat badan awak dapat sentiasa kekal dalam range yang diinginkan. Insya Allah. Saya pun tgh berusaha utk turunkan berat untuk jadi lebih sihat.
http://www.arfahumar.com