Azrul Affendi Berjaya Kurangkan 30kg dalam 12 bulan.

  • Name: Azrul Affendi
  • Age: 21
  • Goal: Kurangkan Berat Badan
  • Achievement: Kurang 30kg dalam 12 bulan.
  • Twitter: @azrulaffendi

Mulakan program anda hari ini.

Assalamualaikum,

Saya Muhammad Azrul Affendi B. Mohd Anuar, 21 tahun berasal dari Kajang, Selangor. Sekarang masih belajar di sebuah IPTA di Selangor. Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menghantar dan berkongsi pengalaman saya mengurangkan berat sebanyak 30kg dalam masa kurang dari 12 bulan, akhirnya saya merajinkan diri untuk menghantar kisah pengalam saya ini.

Sejarah

Saya memang budak yang bukan kuat bersukan, kaki bangku. Sejak dari kecil saya memang berbadan “sederhana” sehinggalah saya masuk tingkatan 4, semasa tu saya bersekolah asrama penuh di Taiping, dan boleh dikatakan sepanjang tempoh saya bersekolah di sana berat badan saya telah mula meningkat sehingga lah saya menyambung pelajaran ke peringkat IPT. Masuk je IPT, berat badan saya naik secara mendadak, boleh dikatakan setiap malam, budak budak bilik saya akan membuat panggilan ke “McDonalds” dan “Dominos”, dan saya juga tidak mengawal pola pemakanan. Ini merupakan antara punca berat badan saya boleh naik mendadak.

Berat badan sebelum yang cecah 90kg.
Berat badan sebelum yang cecah 90kg.

Saya boleh dikatakan budak yang introvert, malu untuk bergaul dengan orang, lebih suka menyendiri. Mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan ketika itu. Saya lebih suka meluangkan masa atas katil dan depan laptop bermain “DOTA” daripada keluar ke padang untuk bersukan. Disebabkan itu, berat badan saya memang sentiasa naik dan sampai satu tahap saya sudah tidak mengendahkan berat badan saya.

…Saya lebih suka meluangkan masa atas katil dan depan laptop bermain “DOTA” daripada keluar ke padang untuk bersukan…

Titik Perubahan

11 Julai 2011, rakan sekelas saya semasa di Taiping dulu telah mengadakan perjumpaan semula. Setelah 2 tahun tak berjumpa mereka, saya telah mendapat beberapa komen pasal berat badan saya, ada yang mengatakan yang baju saya pakai ketika itu Nampak ketat, dan saya juga perasan kawan saya yang sama sama “gemuk” dekat Taiping dulu lebih “kecil” dari saya. Selepas perjumpaan itu, saya mula berfikir kenapa berat badan saya boleh sampai jadi macam ni.

Bersama kawan sebelum mulakan program kurangkan berat badan.
Bersama kawan sebelum mulakan program kurangkan berat badan.

Percubaan Atkin Diet

Selepas itu, Ibu saya memperkenalkan satu program diet yang boleh dikatakan agak popular, iaitu “Atkin Diet”, program Atkin ni menekankan lebih kepada “Mengurangkan pengambilan karbohidrat dan lebih kepada protein-based-diet”. Saya mengikut nasihat Ibu saya dan mulakan program diet ni, boleh dikatakan saya tidak menyentuh sebiji nasi pun sepanjang saya mengikut program ini. Dan saya juga kurangkan mengambil makan malam. Ada kawan saya yang mentertawakan saya dengan mengatakan “boleh ke kurus macam ni” dan ada yang tak percaya dengan keberkesanan diet saya itu. Tapi saya tak berputus asa dan teruskan diet.

…kawan saya yang mentertawakan saya dengan mengatakan “boleh ke kurus macam ni” …

Saya akui, memang susah kalau nak mengurangkan berat badan kalau hanya mengamalkan diet tertentu, oleh sebab itu, semasa cuti antara semester selama 5 bulan, saya telah mengambil inisiatif baru dengan menggabungkan program diet saya dengan senaman harian. Setiap hari saya akan melakukan jogging selama 30 minit. Semasa untuk memulakan rutin senaman, saya akui agak sukar untuk saya berjogging selama 30 minit, saya memulakan dengan 20 minit dan setiap hari saya akan tingkatkan duration jogging sehingga saya boleh berjogging untuk 30 minit.

Selain itu saya juga ada membuat nota (menggunakan software Microsoft Word) untuk mengikuti perkembangan berat badan saya. Bagi saya untuk kurangkan berat badan bukanlah susah mana, cuma mengambil masa, disiplin diri yang tinggi dan ada beberapa “rules” yang perlu diikuti. Antaranya ialah :-

  1. Megurangkan pengambilan karbohidrat
  2. Kurangkan Makan Malam
  3. Kurangkan “fast food”
  4. Kurangkan “junk food”
  5. Kurangkan pengambilan carbonated drinks
  6. Regular exercise
  7. Get enough sleep
Selepas kurangkan 30kg.
Selepas kurangkan 30kg.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 12 bulan saya mengamalkan semua ni, saya Berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30kg, dulu berat saya mencecah 90kg, sekarang berat saya hanya 60kg, dan sekarang saya dalam usaha untuk mencuba “body toning” untuk memberikan struktur fizikal yang lebih lawa.

Privacy Preference Center