- Home
- Success Stories
- Jolynn turunkan berat 80kg ke 57 kg dalam 18 bulan
Jolynn turunkan berat 80kg ke 57 kg dalam 18 bulan
- Nama: Jolynn Samantha Martin.
- Matlamat: Kurangkan berat badan.
- Pencapaian: Turun berat 80kg ke 57kg.
- Twitter: @LeanPumpkin
Nak jadi gemuk memang senang, tapi nak jadi kurus memang susah.
Nama saya Jolynn dan saya berasal dari Kuala Lumpur. Ketinggian saya pula tak lah seberapa pada 155 cm. Dah lah pendek, ‘comel’ pula tu. Memang gabungan yang sungguh bergaya hahaha. Sejak saya kecil, saya tak pernah kurus. Nak jadi kurus? Hahahahaha angan-angan je tu. Bagus lagi makan. Seronok pun seronok. Namun, jauh di sudut hati saya, saya memang nak jadi kurus sebenarnya. Senang sikit nak beli baju. Kalau tak, sakit hati je setiap kali nak beli baju. Baju dah lawa, tapi takde saiz. Hampa dan hampeh sungguh.
Semasa di sekolah menengah, setiap hari tanpa gagal saya akan berlari dengan penuh bersungguh-sungguh, bukan sebab masuk sukan, tapi sebab nak menjadi pelajar pertama untuk beli nasi ayam goreng di kantin sekolah saya hahaha. Kalau lambat, nanti kena beratur panjang. Tak sia-sia saya lari laju-laju sebab nasi ayam goreng kantin tu memang sedap. Balik dari sekolah pula saya akan bersenam dengan elliptical cross trainer tapi sia-sia je sebab melantak pada waktu malam. Yelah, masa tu saya mana tahu pasal calorie deficit semua tu. Saya tahu makan je hahaha.
Di permulaan peringkat diploma pula, berat saya adalah 64 kg. Okey, takde lah teruk sangat berat saya pada masa itu tapi bila melepak dengan kawan-kawan di cafe, saya akan makan banyak, sehingga kawan pun tanya, “Weh, kau ni makan ke melantak?”
Nasi lemak, nasi arab dan ayam goreng.
Aku jawab, “Dua-dua” dengan muka tak bersalah hahaha. Makanan kegemaran saya pada ketika itu adalah nasi lemak, nasi arab, ayam goreng, nasi ayam dan macam-macam makanan yang bergoreng dan berlemak. Saya akan makan nasi lemak pada waktu pagi dengan teh tarik, lunch saya pula nasi dengan 2 ketul ayam goreng dan dinner saya pula roti, nasi dan 2 ketul ayam goreng. Saya pun makan supper jugak. Maklumlah tengah belajar larut malam kan. Hahahaha alasan je tu. Supper saya adalah nasi, sup ayam dan telur dadar. Ya, saya memang suka makan. Itulah hobi saya. Terbaik!
Motivasi: RM10 untuk setiap KG yang berjaya dikurangkan
Pada akhir diploma saya, berat saya 80 kg. Mula-mula saya tak percaya, saya cakap penimbang mak saya rosak hahaha. Mak saya pula tak tahan dengan kegemukan saya lalu dia cakap nak bagi saya RM10 untuk setiap kg yang saya berjaya kurangkan. Motivasi yang bagus kan? Hahahaha. Teknik mak saya tak berkesan langsung. Masa tu, saya lebih mencintai makanan berbanding wang. Lama-lama, saya mula sedar yang saya ni gemuk, tapi tiada inisiatif yang diambil. Masa tu saya redha je dengan kegemukan saya. Saya redha. Saya pasrah. Hahaha.
Ghetto Gym
Tak lama kemudian, atas desakan kawan kesayangan dan mak kesayangan saya, saya dipaksa untuk pergi ke gim. Bukan gim yang elite tapi gim biasa je. Orang selalu panggil ghetto gym. Di sana, saya diajar bagaimana untuk bersenam dan beberapa perkara basic mengenai pemakanan. Namun, pada masa itu, banyak lagi yang saya tidak tahu mengenai kesihatan dan fitness. Mula-mula saya takut nak angkat berat sebab takut badan saya akan jadi makin berotot namun saya teruskan sahaja mengangkat berat di samping membuat cardio. Selepas kira-kira 2 bulan, berat saya mencapai 65 kg.
…Selepas kira-kira 2 bulan, berat saya mencapai 65 kg….
Bulimia dan “Wellness Coach”
Kemudian saya menyambung degree saya dan saya berhenti bersenam untuk setahun. Makanan pun saya tak berapa nak jaga. Pada masa inilah saya mula nenunjukkan simptom bulimia. Kalau makan banyak, saya akan muntah dengan sengaja. Yelah, saya tak bersenam tapi makan banyak. Saya takut berat saya naik balik jadi saya pun muntah. Namun saya insaf dengan gejala bulimia saya selepas mendapat penyakit usus yang teruk.
Selepas itu, saya mencuba pula produk ‘sihat’, siap dapat personal wellness coach lagi. Saya tak mahu sebut nama produk tu, tapi saya rasa mesti ramai yang tahu produk apa ni sebab clue-nya adalah personal wellness coach hahahaha. Berkesan tak produk tu? Bagi orang lain, mungkin berkesan. Tapi bagi saya, tak berkesan pun walaupun saya jaga makan dan minum 5 liter air kosong sehari. Sia-sia je saya ulang-alik pergi tandas banyak kali sebab minum 5 liter air sehari atas suruhan personal wellness coach saya yang tiada pengiktirafan sijil kesihatan dan fitness tu. Duit pun habis sebab beli produk tu.
…Sia-sia je saya ulang-alik pergi tandas banyak kali sebab minum 5 liter air sehari atas suruhan personal wellness coach saya yang tiada pengiktirafan sijil kesihatan dan fitness tu…
eBook dan defisit kalori Kevin Zahri.
Selepas itu, saya mula ringan tangan google mengenai kesihatan dan fitness dan saya terjumpa laman web Kevin Zahri. Macam-macam tips dan ilmu yang saya belajar hanya dengan laman webnya. Di laman web ini juga baru saya tahu mengenai calorie deficit yang merupakan kunci kepada mengurangkan berat badan. Disebabkan duit saya habis akibat membeli produk ‘kesihatan’ yang tak guna, saya tak dapat membeli eBook Kevin Zahri pada masa tu.
Selepas itu, saya mula mengira calorie saya di samping memilih makanan yang lebih berkualiti serta bersenam. Saya siap beli sepasang 5 kg dumbbell untuk bersenam di rumah saya. Kadang-kadang saya akan pergi ke gim komuniti untuk bersenam di sana (sekali masuk hanya RM3, memang berbaloi), kadang-kadang saya akan bersenam di rumah sahaja dengan teknik circuit training (gabungan angkat berat dan cardio). Macam-macam cara senaman yang saya belajar di YouTube sebenarnya. Makan pun kena jaga supaya tak melebihi keperluan calorie seharian supaya dapat menghasilkan calorie deficit.
Berat Sekarang 57kg
Sekarang berat saya adalah 57 kg, namun saya masih perlu mengurangkan lagi 7 kg untuk mencapai berat ideal saya iaitu 50 kg. Saya makin menghampiri angan-angan saya untuk menjadi kurus dan fit. Apa yang disangkakan mustahil rupanya langsung tak mustahil. Selagi kita percaya kepada diri kita sendiri dan tak putus asa, selagi itulah kita akan berjaya meskipun banyak kali terjatuh dan teruskan bangkit semula.
Dulu mak saya menjanjikan RM10 untuk setiap kg yang saya turunkan, kan? Hahaha sekarang mak saya kena menunaikan janjinya untuk bagi saya RM230. π
wow..great! π gud job jolynn π i think i want to do that kind of things to..eat with calories needed π
Thanks a lot, FaSya. Yes you can do it as long as you know your BMR. π
macamana nak beli ebook tu ya…
Boleh beli eBook tu kat sini… https://kevinzahri.com/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu/
Wahlaweyyyy..I want to be thin like you!!! I want to lose 20 kg and be healthy again!
You can do it! If others can do it, so can you! Don’t give up and just do it. π
Amboi semangat en farid. Gud luck
yang ”
personal wellness coach” tu tak bersalah sebenarnya..bukan saya nak backup produk tu apa sebab saya ada pengalaman dengan produk tu juga..cuba kalau gabung produk tu dengan defisit kalori..lagi double result yg kita dapat..hehe..just my pendapat..kalau salah tolong betulkan..
Yeah mmg bagus gabungkan produk tu dgn diet seimbang serta bersenam. Tapi hakikatnye banyak lg produk lain yg jauh lebih murah tapi mempunyai nutrisi yg sama dgn produk2 MLM yg mahal gile tak ingat dunia. Might as well save our money, betul tak? π
betol, & setuju sgt!!
Susu skim Sunlac punye kandungan nutrisi hampir2 sama dgn Herbalife. Harganya plak RM17.95… Might as well beli Sunlac. π
ensure pun ok jugak rasanya.. 30lbh.. tp makan sekali je lah. tak elok kot terlalu bnyk protein dlm sehari..
alamak~~~ dah terkantoi jenama produk kesihatan tu~~~ :p
tentang produk tu, saya pun pernah guna.. saya minum air berliter-liter.. kadang-kadang tu terlebih had pun ade.. hahaha.. tapi still the same.. takde perubahan.. then saya stop sebab tak ada duit nak beli.. so, masa stop tu, saya jaga pemakanan disamping senaman sikit-sikit.. tapi saya tak tau kenapa saya tak bleh nak control makan.. so, saya makan anyak n bersenam sikit.. member saya ada tanya kenapa yang jadi teruk macam nie..? last-last baru saya teringat.. saya makan produk tu.. produk tu kan supplement.. member saya cakap makhluk yang bernama supplement nie memang macam tu.. akan ada kesan jugak bila berhenti.. sampai sekarang saya menyesal tak sudah.. dan sekarang dah sampai sakit lutut(obes maybe?).. but try to figured out nak kecilkan balik badan saya nie.. π
haha untung laa, glamer π
Hahahahadoiii la Saffuan nih. XD
Not easy yet u can do it.. good..
Thank you. Yup it took me some time but patience and perseverance do pay off. π
congrats dear Jolyn π you r such an inspiration π thanx for sharing π
You’re welcome, dear. π
Mcm mn nak bli ebook ni.
Kat sini boleh beli… https://kevinzahri.com/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu/
penyampaian yg humor! klaka gile. tp yg paling penting motivational! keep it up
Thanks bro. π
What is much more important is your spirit and strong determination. Plus, exercising+healthy food+calorie counter are the best friend of those. I’ve tried the so called nutritional product (the one with personal wellness coach..erk), and yeah, it works, i lost 12kg…(yeayy!).. but my skin getting ‘kusam’. haha!
BUT!!!
When I stopped consuming it, I gained 16kg!! wth?! Because they claimed that :if you stopped consuming our product, no worries coz your weight won’t change, you will not put on your weight”… and I found it is so damn hard to lose your weight back! Seriously. Please don’t trust such testimonies coz I do not believe them anymore. An ocean of my friends who consumed it, and then they stopped (because it is toooooo damn expensive!), they also gained weight “ber-kilo kilo”!
So, above all, just eat healthily and do not forget to exercise. Hey, I lost 3kg already within 2 weeks after I follow Kevin Zahri beautiful tips. Alhamdulillah. No slimming products, No crash diet, just healthy diet and consistently exercise π
psst! I am on my way to lose 13kg more π Jom FIT!
Apa tu calorie deficit ?… secara simple le .. tak perlu panjang lebar..kang tak beli ebook kevin lolz
Calorie deficit maksudnya mengambil jumlah calories yang kurang daripada keperluan calorie seharian. Simple tak? Hehehe…
Salam semua. It’s me Jolynn and I have a Facebook page now. Feel free to follow me there for health and fitness tips at http://www.facebook.com/LeanPumpkin
Thanks. π
Kevin sy ada order e-book awk tp smpai hr nie tak dapat lg…
bace kisah Jolynn ni, saya teringat ayah saya pernah janjikan yang dia akan bg RM1k kalau saya berjaya capai berat 59kg. pada waktu tu berat sy 68kg. gemuk giler kan? mule2 memang semangat berkobar2 tapi macam harapan tinggal harapan je….. ummm…
Akak suka baca artikel adik jolyn sbb straitghtforward dan betul, semua org mcm adik. Syabas dik, means kita mmg buleh berubah, cuma nak x nak je
salam. saya nak beli e-book. tapi saya tak ada email untuk dihubungi. buku ni ada di jual di mana-mana kedai buku kedai buku tak sekurang-kurangnya saya boleh cari.
boleh tak di letak no. telefon supaya buku boleh di pesan melalui panggilan telefon aja.
like! ini yang buat saya lagi bersemangat nak turunkan berat badan dan jadi sihat!
perubahan yang lagi baik,dari tak bertudung kepada bertudung,hehee..tahniah2!!
u punye story memang inspiring and kelaka lah! best best! tinggi kita pun sama. Now im in midst of reducing my weight too. Exercise and jaga makan. Wish me luck k!
can i know gim komuniti yang awk pegi tu kat mane?
haha.. nice! very inspirational..
cara kurus badan tanpa diet, tanpa berlapar, tanpa ubat pil, ataupun bersenam : projekkurusbadan.com/cara-kuruskan-badan-tanpa-diet-ubat-pil-ataupun-exercise/