- Home
- Success Stories
- Mahirah Helmi Berat 80kg di Sekolah Menengah
Mahirah Helmi Berat 80kg di Sekolah Menengah
- Mahirah Ahmad Helmi
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Kejayaan: Kurangkan 33kg
- Facebook: MahirahAhmadHelmi
- Instagram: mayahelmi86
Nama saya Mahirah Binti Ahmad Helmi dan berasal dari Rawang, Selangor.
Arwah ayah merupakan seorang yang berbadan besar. Keluarga saya memang suka makan. Sejak kecil saya sudah didedahkan dengan pelbagai jenis makanan terutamanya ‘fast food’. Ye, saya amat menyayangi KFC dan Mc’D berbanding makanan tradisi Malaysia. Selepas akil baligh, berat saya naik mendadak. Seingat saya, ketika darjah enam. Berat saya mencapai 60 kg. Malu sangat ketika sesi timbang berat.
Berat 80kg Di Sekolah Menengah
Ketika di sekolah menengah, berat saya naik lagi sehingga mencapai 80kg. Walaupun menyertai sukan hoki , berat saya hanya turun sedikit sahaja, maklumlah, lepas latihan semestinya McD menjadi pilihan. Pengetahuan tentang diet memang kosong walaupun niat untuk kurus sudah ada. Setiap hari pasang niat untuk kurus. Tapi yelah, niat jelah. Tindakan tiada langsung.
…Selesai menduduki SPM, maka tiadalah lagi aktiviti sukan … berat badan naik lagi sehingga 110kg …
Selesai menduduki SPM, maka tiadalah lagi aktiviti sukan dan yang ada hanyalah aktiviti kuak lentang atas katil a.k.a tidur. Kononnya nak balas dendam. Oleh sebab itu, berat badan naik lagi sehingga 110kg.
Dipanggil Doktor Kerana Gemuk.
Saya diterima masuk ke IPTA dan masih teringat yang saya dipanggil oleh doktor di pusat kesihatan UKM kerana masalah kegemukan. Mula-mula berkobar semangat nak turunkan berat tapi semua itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tinggal di universiti tanpa pengawasan ibu bapa, menyebabkan saya semakin ‘liar’ terhadap makanan. Bayangkan pukul 3 pagi, lepak di mamak sambil menikmati maggi goreng ayam dan teh tarik. Kadang-kadang siap tambah, roti canai sekeping! Berat semakin naik.
…Masuk semester terakhir, saya mula risau dan mula berdiet tetapi yoyo diet…
Masuk semester terakhir, saya mula risau. Risau akan berat yang semakin naik. Saya mula berdiet tetapi yoyo diet. Hampir juga saya untuk membeli beberapa produk yang menjanjikan berat turun dalam masa singkat. alhamdulillah, nasib tidak terjebak. Kalau terjebak, mesti menyesal sebab kawan-kawan yang terjebak tiada seorang pun berjaya kurus.
Selepas graduat, McD tetap menjadi pilihan.
Saya graduat pada bulan Ogos 2010 dan diterima bekerja pada bulan November 2010. Mula-mula bekerja pun saya masih kekal dengan gaya hidup lama. Mc’D menjadi pilihan memandangkan cepat dan senang.pandu lalu, turunkan sahaja tingkap kereta, pesan makanan, bayar, terima makanan dan bayar! Mudah bukan. Dan berat naik kembali.
Sehinggalah pada bulan Disember 2011, saya mula berdiet mengikut plan yang disediakan di sebuah laman web dan kemudian saya mula tinggalkan ‘fast food’ dan makan dengan sihat. No more fast food, no more carbonated drinks!
I don’t know how to start my story. Actually, I sebenarnya accidentally terjumpa website cekodok.com. I heard about counting calories n calories defisit from my friend tapi tak tau apa benda. So i started google.
Terjumpalah cekodok.com. So from cekodok.com, ada link ke website kevinzahri.com, rupanya there’s a lot of information there. Contoh pasal sauna, supplements, herbalife and many more.
So within 15 months, alhamdulillah. I’ve made it! Thanks kevin!
I really inspired with people yg dah kurus tanpa makan apa2 products kt web kevinzahri.com i selalu baca tip-tip yang diberi. Mula-mula dengan diet, senaman dan supplements. So within 15 months, alhamdulillah. I’ve made it! Thanks kevin!
Tip yang saya amalkan:
- Amalkan makan bijiran, oat
- Minum susu low fat
- Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu rujuk cekodok.com.
- Mula bersenam. Tapi memang agak payah nak mulakan sebab malu nak berlari.
- Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
- Amalkan calorie deficit (diajar melalui eBook Kevin Zahri).
- Eat healthy foods only tapi ada sehari seminggu untuk cheat day.
Berjaya menurunkan berat badan dari 97 kg ke 64 kg
Alhamdulillah, sehingga Mac 2013 saya berjaya menurunkan berat badan dari 97 kg ke 64 kg, iaitu sebanyak 33 kg dikurangkan. Ketinggian saya adalah 165 cm.
[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=””]
Siapa kata gemuk dari kecil tidak boleh kurus?
Yang penting kawal pemakanan demi kesihatan yang unggul. Saya mahu menurunkan berat sehingga 60kg. Segalanya tidak mustahil dan yang penting disiplin mesti ada.
cayalah… memang kagum akakni ha….
congrats… (Y)
Success stories ever….wow jelesnya…nak diet nak diet…istiqamah ryne istiqamah…!
congratulation,
cantik, comel n gojes 🙂 inspired 🙂 thanks for sharing dear 🙂 pembakar semangatku 😀
terbaik!
great!!!
wowwww x sabar nak jadi mcm tuh..
hai,mcm mn nak tahu ebook sudah aktif,saya bru purchase ebook rm80 pd jam 5 ptg td.?ada sesiapa blh jwpkan?
Hi kevin, FYI &FYA
I’v made payment of RM80 to ur M2u acc
Ref as below
Status: Successful
Reference number: 1795557659
Transaction date: 24 Apr 2013 16:37:53
Amount: RM80.00
Kindly email the ebook to this email addr : aira.aida@yahoo.com
TQVM
Waaa kuatnye semangat awak.
Tak boleh jd ni. Saye mesti kuatkan semangat jugak
what are the supplements you are taking?
dia x ambik supplements kan..dia dh mention..hampir terjebak, tapi x ambik pun
what are the supplements you are taking?
dia x ambik supplements kan..dia dh mention..hampir terjebak, tapi x ambik pun
dia ada mention last skali, x baca ke?
info yang menarik untuk dikongsikan bersama..
info yang menarik untuk dikongsikan bersama..
wahh , tahniah ! jealous sgt . nk juga 🙂
wahh , tahniah ! jealous sgt . nk juga 🙂
tahniah Mahirah…
tahniah Mahirah…
Woww!! sngt jauh brbeza u…tahniah mahirah, awk memberi inspirasi kpd sy yg sering dikatakan gemuk krn keturunan…. sy sdg berusaha..wish me luck!
Woww!! sngt jauh brbeza u…tahniah mahirah, awk memberi inspirasi kpd sy yg sering dikatakan gemuk krn keturunan…. sy sdg berusaha..wish me luck!
[…] Tonton video interview bersama Mahirah yang kongsi pengalaman, tip diet, senaman, suplemen dan gaya hidup bersama anda. Bacan kisah kejayaan beliau di sini […]
[…] Tonton video interview bersama Mahirah – yang berjaya kurangkan lebih 33kg berat badan. Dalam video ini Mahirah kongsi pengalaman, tip diet, senaman, suplemen dan gaya hidup bersama anda. Bacan kisah kejayaan beliau di sini. […]
u really inspired me girl!
Wahh.. Tahniah!! Jeles ehh…
tahniah..=)
nk joging..tp malu sbb badan besar..huhuhuhu
try zumba… dlm rumah pon boleh buat :)) byk video boleh download dekat utube. i baru start sebulan.. da berjaya turunkan 5kg , alhamdulillah :))
saya suka cerita anda,, memberi inspirasi kepada saya.. =)
kisah hidup dia sama mcm saya.. tinggi pn sama, bert mse drjah 6 pn sama.. n now umur saya 23 bert 110.. 3 bln diet trun 103.. n nowww dia tk nk trun lagiiii .. help meeeee….
really2 berbangga..
rasa tercabar pon ada.. huuuu
Good job there girl!! I think we have the same problems. I’ll do my homeworks and check out the info.
Tahniah!!! Anda salah seorg sumber inspirasi saya. Sy dh berjaya turunkan 5kg dlm ms 5minggu. Sasaran lg 10kg…
Kagum saya inspirasi
Amazing! ???
cool!
cara kurus badan tanpa diet, tanpa berlapar, tanpa ubat pil, ataupun bersenam
visit here to read more : projekkurusbadan.com/cara-kuruskan-badan-tanpa-diet-ubat-pil-ataupun-exercise/