- Home
- Success Stories
- Norhijah Ibu Kepada Dua Anak Kurangkan 16kg
Norhijah Ibu Kepada Dua Anak Kurangkan 16kg
- Nama: Norhijah Zainal Abidin
- Status: Ibu kepada 2 anak.
- Ketinggian: 160cm.
- Pencapaian: Kurang 16kg dalam 9 bulan.
- Facebook: ijahumaira
- Instagram: ijahumaira
- Twitter: @ijahumaira
Saya Norhijah Zainal Abidin menetap di Ampang, Selangor. Seorang ibu kepada 2 orang anak. Saya mengalami masalah berat badan sejak dari zaman sekolah menengah. Berat saya naik mendadak selepas saya mendapat anak kedua pada May 2008. Berat saya sebelum mengandung anak kedua ialah 68kg dan terus naik menjadi 75kg pada November 2012. Ketinggian saya pula 160cm. Saya pernah berdiet dan ambil produk-produk pelangsingan tapi semuanya tidak berkesan mungkin kerana teknik diet yang salah dan tidak teratur. Cuba juga untuk berjogging pada hujung minggu namun semuanya sia-sia kerana sangat memenatkan dan selepas berjogging kami singgah pula untuk makan di kedai mamak.
Kesedaran bermula apabila melihat gambar diri sendiri
Kesedaran timbul selepas melihat gambar percutian saya ke Indonesia pada December 2012. Agak terperanjat dengan keadaan saya yang gemuk ketika itu. Komen-komen dari saudara dan kawan-kawan juga mengesahkan bentuk badan saya yang gemuk dah berisi. Ada yang tersalah tanya saya mengandung lagi ke?
Mulai dari saat itu iaitu akhir December 2012 saya tanamkan azam untuk kuruskan badan dan memulakan cara hidup sihat. Saya cari tips-tips kesihatan/diet dalam beberapa website dan blog di internet dan terjumpa kevinzahari.com. kevinzahri.com banyak membantu saya memulakan proses penurunan berat badan. Saya jadikan e-book sebagai panduan, selain itu ruangan ‘success stories” banyak membantu memotivasikan saya. Saya ambil ikhtibar dari kisah kehidupan mereka sebelum dan selepas serta mengikut cara senaman, pemakanan dan tips-tips yang diberikan. Semuanya banyak membantu saya memulakan proses penurunan berat badan.
Cara pemakanan atau diet?
- Saya kurangkan pengambilan karbo, lebihkan pengambilan protein, sayuran, buah-buahan dan kurangkan minyak, garam dan lemak.
- Tidak skip meal, makan 3 kali sehari, breakfast, lunch dan dinner. Kalau lapar antara gap meal saya makan biskut oat atau buah.
- Dulu saya jarang breakfast, tapi sekarang saya akan breakfast walaupun dengan 2 keping biskut oat.
- Untuk 3 bulan pertama saya hanya makan tengahari dengan segenggam nasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Saya pastikan dinner sebelum pukul 8 pm, cukup sekadar milo dicampur oat atau roti.
- Saya adakan “cheating day” sehari seminggu dan akan makan makanan kesukaan tapi dalam kuantiti yang sedikit.
- Saya tingkatkan pengambilan air kosong kepada 2 liter setiap hari dan tidak minum air berkarbonat dan manis.
- Amalkan minum green tea.
- Saya sentiasa cari info mengenai makanan yang dapat meningkatkan kadar metabolism badan.
- Pengambilan kalori harian saya kawal dengan mencatat setiap makanan yang saya makan menggunakan apps ‘calories counter’ dalam smart phone. Cara ini menjadikan saya lebih disiplin dan berhati- hati dengan kuantiti kalori harian yang saya ambil.
Senaman Di Rumah Sahaja
Saya tidak keluar berjogging atau pergi ke gym sepanjang tempoh tersebut. Malah running shoes hadiah dari suami pun masih tersimpan dalam kotak. Pada saya nak pergi gym atau jogging mengambil masa dan banyak halangan kerana perlu bersiap, perlu pilih pakaian yang sesuai, perlu memandu, anak-anak menangis nak ikut lah dan sebagainya. Jadi untuk tidak membuang masa, saya bersenam di ruang tamu dan mengikut teknik senaman beberapa instructor terkenal di youtube termasuk tips-tips senaman yang Kevin Zahri kongsikan.
…bersenam di ruang tamu dan mengikut teknik senaman beberapa instructor terkenal di youtube termasuk tips-tips senaman yang Kevin Zahri kongsikan…
Setiap hari saya akan bersenam antara 20-30 sebelum/selepas maghrib atau selepas bangun tidur. Pada awalnya memang perit dan sangat memenatkan kerana sebelumnya saya tidak pernah bersenam tapi saya kuatkan semangat dan disiplinkan diri untuk tidak berhenti sehingga mendapat keputusan yang diinginkan. Sepanjang tempoh ini saya tidak mengambil sebarang ubat, supplement atau apa-apa produk pelansingan badan.
Pada bulan pertama berat badan saya hanya turun 2kg dan tidak banyak perbezaan ketara. Namun pada bulan kedua perbezaan sangat ketara kerana semua seluar saya longgar dan terpaksa membeli seluar baru. Masuk bulan ketiga berat badan saya turun kepada 66kg. Suami sering mengusik “Teruk lah macam ni tiap-tiap bulan beli seluar baju baru” sambil ketawa.
Cincin tunang pemberian suami yang dulunya tidak muat sudah boleh saya sarungkan kembali di jari. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menurunkan lagi berat badan.
Pada akhir May 2013, selepas 5 bulan berat badan saya ialah 62 kg, dan sebelum Ramadhan pada Julai 2013 berat saya turun lagi menjadi 59kg. Jumlah penurunan berat setakat ini ialah 16kg. Sangat seronok kerana berat badan saya tidak pernah kurang dari 65kg sebelum ini. Saiz baju saya dari XL kini M dan saiz seluar dari 35 kini hanya 29. Kini saya tiada masalah untuk memilih saiz pakaian lagi berbanding dulu terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri. Baju kurung yang ditempah awal Januari 2013 terpaksa dikecilkan lagi oleh tukang jahit kerana size badan saya sudah mengecil. Dulu saya sering rasa sakit lutut terutamanya ketika mendukung anak dan mendaki tangga, tapi kini rasa sakit telah hilang kerana senaman yang saya amalkan terutamanya ‘squat’ membina otot disekeliling lutut dan sendi-sendi tulang.
…Dulu saya sering rasa sakit lutut … tapi kini rasa sakit telah hilang kerana senaman ‘squat’ membina otot disekeliling lutut …
Sekarang saya masih lagi mengawal pemakanan dan mengamalkan senaman 3-4 kali seminggu bagi menurunkan lagi berat badan saya kepada 55kg.
Nasihat saya kepada pembaca
Nasihat kepada pembaca berdasarkan kepada pengalaman saya ini, apa-apa gambar ketika gemuk, komen negatif rakan-rakan, pandangan orang ramai dan sebagainya perlu dijadikan pendorong dan faktor yang memotivasikan kita untuk teruskan usaha dan tidak berhenti di tengah jalan. Selain itu, perlu kuatkan semangat, yakin pada diri serta disiplin jika ingin mendapatkan berat badan ideal dan bentuk badan idaman. Akhir sekali, apa yang paling penting ialah SABAR kerana result yang kita mahukan bukan datang dalam 24 jam atau seminggu, mungkin sebulan, 6 bulan atau setahun.
12 Langkah untuk kurangkan berat badan:
Berikut adalah 12 tip atau langkah yang perlu anda ambil untuk kurangkan berat badan dan ubah gaya hidup anda.
- Disiplinkan diri untuk amalkan pemakanan sihat.
- Bersenam dan buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan membakar kalori.
- Jangan skip meal terutamanya breakfast.
- Dapatkan info tentang kandungan kalori dalam setiap makanan yang di ambil
- Catat pengambilan kalori harian dan pastikan tidak melebihi had keperluan kalori harian.
- Minum air kosong 2 liter sehari
- Minum green tea
- Makan dengan kerap dalam kuantiti sedikit.
- Elakkan minuman berkarbonat dan manis
- Adakan ‘Cheating day’ seminggu sekali untuk memotivasikan diri.
- Jangan putus asa dan bersabar untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.
- Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan.
seronok tengok akak nie…
🙂
Inspiring!
Akak ni ada iras-iras Elyana lah 🙂
🙂 haha.. tak dela.. anyway thanks..
saya baru nak mulakan diet cara kevin. skrg berat badan saya 75kg dgn ketinggian cuma 155cm. dah orang yg mula panggil saya ‘makcik’ walau rugged macam mana pun pakaian saya huhuhu
setiap hari saya akan baca kejayaan anda semua di sini supaya semangat saya tak luntur. dari segi pemakanan, saya memang pencinta nasi dan akan makan sampai kenyang. makanan ringan/junk food memang saya tak gemar. jadi, cabaran utama saya sekarang adalah untuk kurangkan karbo dan amalkan senaman. saya juga berhajat nak join program 6 minggu jom kurus tapi tahun ni dah penuh, mungkin ada peluang untuk awal tahun dpn. buat sementara ni, saya kena ikut cara anda semua yg telah pun berjaya. harap-harap semangat saya tidak terputus di tengah jalan…..
saya baru mula 11 nov tu…buat jillian..sit up & frog jump…baru 1 kg + tapi inci memang kurang..semoga chaiyok macam sis…hehe
salam, apps calory counter yg akak gunakan, boleh share?
Berat saya maintain selepas bersalin sama seperti sebelum preggy. Dah 3 bulan cuba turunkan berat badan. Susah nak turun. Maintan 55kg jugak. Tak naik tak kurang. Workout aper yang sesuai untuk ibu sedang menyusu yer? Dapat buat di rumah, lebih baik.