- Home
- Success Stories
- Safarudin Kurang Berat Badan 55kg Tanpa Suplemen
Safarudin Kurang Berat Badan 55kg Tanpa Suplemen
Mohd Safarudin Nur Osman
- Umur: 31 tahun
- Tinggi: 176cm
- Berat Asal: 135kg
- Berat Sekarang: 80kg
- Pencapaian: kurang 55kg dalam 18 bulan
- Kerjaya: Jurutera
- Facebook: sapa.rudin1
- Instagram: @safarudin_fit17
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Ingin kurang berat badan?” color_override=””]
atau sertai Safarudin:
[button color=”extra-color-2″ hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jk1m/tl/safarudin_fit17″ text=”Jom Kurus Bersama Safarudin” color_override=””]
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Saya merupakan team leader JK1M musim ke 3 untuk kawasan gombak. Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit kisah saya bagaimana dapat menurunkan berat badan sebanyak 55+ kg. diharap ia dapat menjadi sumber inspirasi buat kalian semua. ‘GEMUK’ adalah perkataan yang sudah lali dilemparkan kepada saya sejak berpuluh-puluh tahun saya hidup di dunia ini (30 tahun je :p). Ya, sejak mengenali dunia ini iaitu sejak dari kecil badan saya memang gemuk sehinggalah meningkat dewasa. Bila menyebut sahaja Safarudin maka terbayanglah seorang budak yang gemuk.
Pernah juga terfikir hendak kurus, tipula jika seorang yang gemuk tidak mahu kurus tetapi ia hanyalah angan2 kosong saja, tiada usaha pernah dilakukan. Bayangkan ketika saya berusia 14 tahun berat saya sudahpun mencecah 85 kg, ketika berusia 17 tahun berat saya sudah mencecah 100 kg :'( . Namun ianya masih belum menginsafkan saya untuk menurunkan berat badan. Rutin harian saya seperti makan nasi 2 pinggan paling kurang, jika di rumah masih lagi diteruskan. Teringat dahulu di masa zaman persekolahan, saya memang merupakan peminat tegar nasi lemak. Jika waktu sarapan pagi kalau tidak menjamah sepinggan nasi lemak memang tidak sah, di tambah lagi dengan sepinggan nasi lemak pada waktu rehat pula. Balik saja dari sekolah dan sampai sahaja di rumah, campak beg sekolah dan dengan rakusnya terus ke dapur menjamah makanan yg telah terhidang. Kalau makan nasi memang tak sah 2 pinggan, kadang2 terlajak sehingga 3 pinggan, almaklumlah masakan ibu, hehehe. Setiap kali waktu makan tidak kira siang atau malam, menjamah nasi 2 pinggan sudah menjadi perkara biasa (ohhh.. jahilnya aku).
Perkara ini terus berlanjutan sehingga saya ditawarkan sekolah berasrama di SMTKL. “Bila tinggal di asrama nanti bolehla kuruskan badan sebab tidak boleh makan mengikut nafsu” kata emak. Ternyata firasat emak meleset. Mana tidaknya makanan di asrama sekolah boleh dikatakan agak mewah, nasi boleh di ambil mengikut suka hati, di tambah lagi makanan yang boleh di beli di kantin sekolah tidak kira siang atau malam. Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya kurus tidak kesampaian :'( .
Tidak timbang berat badan sejak 17 tahun.
Amalan makan nasi 2 atau 3 pinggan terus berlanjutan sehinggalah saya di universiti. Jika makan di luar ayat “bang nasi bagi lebih ye” sudah menjadi lumrah. Sehinggalah pada suatu hari ketika menonton perlawanan bola sepak di rumah kawan semasa di universiti dulu, saya telah terlihat alat penimbang dirumahnya. Sejak daripada umur 17 tahun saya memang tidak pernah menimbang berat badan, biasalah orang gemuk memang fobia dengan alat penimbang, haha. Jadi dengan melihat kiri dan kanan tiada siapa yang memerhati, lantas saya pun berdiri di atas alat itu. Sekali pandang saya melihat jarum alat itu menunjukkan angka 15 kg, pelik.
‘The Biggest Loser’ – Seksanya nak kurus!
Walaupun saya sedar pada masa itu saya terlampau gemuk namun percubaan untuk menguruskan badan masih lagi tidak di lakukan. Kerana pada waktu itu saya berfikir untuk menurunkan berat berpuluh2 kilo adalah suatu yang mustahil dan sukar dilakukan, ditambah lagi apabila melihat rancangan seperti ‘The Biggest Loser’, mereka peserta di dalam rancangan itu bermati-matian untuk menurunkan berat berpuluh2 kilo. Saya telah biarkan hidup ini dengan kegemukan walaupun menjadi bahan ketawa rakan2, pakaian yang sukar di cari, tidak pernah berjaya memikat gadis :p, menonton wayang dengan keadaan yang sempit, cepat penat dan macam2 lagilah.
Inspirasi Success Story KevinZahri.com
Sehinggalah saya sudah bekerja. Pada waktu itu, rakan2 sekerja saya sering bercerita perihal kevin zahri dan kalori makanan. Pada mulanya saya tidak berapa pedulikan mereka. Entah kenapa pada suatu hari, terdetik untuk melihat laman web kevin zahri. Di situ saya telah membaca pelbagai kisah2 kejayaan di blog kevin zahri. Daripada kisah2 mereka membuatkan saya bersemangat untuk menurunkan berat badan.
[one_whole boxed=”true” centered_text=”true” animation=”Fade In” delay=”150″]Perlukan inspirasi untuk bermula? Baca pelbagai kisah kejayaan kurang berat badan dari seluruh Malaysia. [/one_whole]
Mudahnya kurang berat badan! Tapi Perlu Berilmu
Sebenarnya untuk menurunkan berat badan tidaklah terlalu susah jika mempunyai ilmu. Jadi saya telah membuat keputusan untuk membeli ebook kevin zahri. Daripada ebook kevin zahri, saya mula mempelajari bagaimana teknik2 yang berkesan dan juga mengira keperluan kalori. Saya mula menjinakkan diri bersenam di gym dan joging pada hujung minggu. Walaupun pada mulanya agak sukar dan rasa malu tetapi saya telah lontarkan jauh rasa malu untuk bersenam, biar malu sekarang jangan malu selama-lamanya. Setelah melihat perubahan fizikal pada badan saya, saya mula meminati bidang kecergasan. Saya telah mempelajari ilmu kecergasan daripada individu-individu yang hebat di internet seperti Kevin Zahri.
“Sebenarnya untuk menurunkan berat badan tidaklah terlalu sukar dan tidaklah terlalu senang. Ilmu yang betul adalah penting supaya berat badan yang ideal dapat dikekalkan sepanjang hayat. InsyaAllah.”
8 Antara amalan diet saya ketika menurunkan berat badan :-
- ketahui keperluan kalori sehari dan buat defisit kalori
- makan 5 hingga 6 kali sehari
- makan nasi segenggam bg hidangan utama
- jangan tinggalkan sarapan dan makan malam
- utamakan makanan tinggi serat seperti sayur dan buah
- makan sumber protein bg setiap hidangan
- amalkan konsep sekadar merasa jika dipelawa makan
- minum air sekurang2nya 3 liter sehari
Antara senaman yang saya lakukan :-
- latihan bebanan (weight training) 1 atau 2 kali seminggu
- joging 2 atau 3 kali seminggu
- HIIT atau circuit training selepas melakukan latihan bebanan
- rehat sekurang2nya sehari dalam seminggu
- tidur sekurang2nya 6 jam
[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=”150″]
Tip kepada pembaca yang ingin kurus?
Untuk pembaca yang ingin kurus, tips saya kepada anda adalah carilah ilmu yang betul bagaimana untuk menurunkan berat badan dan janganlah mengikut orang lain tanpa merujuk kepada yang pakar. Contoh terbaik adalah melalui ebook2 dan video kevin zahri dan juga menyertai program JK1M kerana program ini anda akan belajar bagaimana untuk diet dan senaman yg betul disamping mendapat kawan bersenam bersama dan saling bantu antara satu sama lain.[/one_whole]
Wowwww……impressive!!!! Tahniah En Safarudin 😀 Memang mencabar betul kalau nak kurus.
thanks 😀
nak cuba jgk…nak beli ebook dulu..BMI 30.4;obese :(,,,tahniah En Safarudin
terima kasih, ebook tu sgt berguna, baca dan amalkan, insyaAllah
Tahniah tuan 🙂 inspirasi buat saya…
terima kasih 😀
tahniah..sgt2 memberi inspirasi..sekarang giliran sye plak..doakan sye ye bang/en. Safarudin =)
thanks, insyaAllah, kipidap!!
antara idola saya.. dh add fb.. akan berusaha utk jd mcm tuan