- Home
- Success Stories
- Shahidin Mohamad Kurangkan Berat 12kg Dalam 2 Bulan
Shahidin Mohamad Kurangkan Berat 12kg Dalam 2 Bulan
- Nama: Mohd Shahidin bin Mohamad
- Umur: 29
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Kejayaaan: Kurangkan 12kg dalam 2 bulan.
- Facebook: mohdshahidin
Nama saya Mohd Shahidin bin Mohamad. Saya berusia 29 tahun dan kini telah berumah tangga dengan Siti Nurain binti Ahmad serta mempunyai seorang anak perempuan bernama Hannah Sofiyyah berusia setahun 9 bulan. InsyaAllah bulan Mei ini kami akan menyambut kelahiran seorang lagi cahaya mata.
Umum mengetahui kemungkinan besar lebih 30% masyarakat di Malaysia mempunyai masalah dengan berat badan. Dengan kata lain, seorang daripada 3 orang di Malaysia mengalami masalah berat badan. Saya juga tidak terlepas dari menjadi ‘mangsa’ statistik ini. Dengan ketinggian 164 cm, berat saya pernah mencecah 76 kg. Walaupun masih belum lagi mencecah tahap obese, tapi ia tetap overweight.
Pelbagai usaha diet dan senaman gagal!
Ia memang merisaukan saya dan pelbagai usaha telah saya lakukan untuk mengurangkan berat badan tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Pelbagai diet dan senaman telah saya lakukan, tetapi berat tetap tidak turun. Setelah mencuba banyak kali dan gagal, saya akhirnya seakan mengalah dan putus asa.
…saya menyertai aktiviti mendaki gunung Tahan. Akibat tidak fit dan overweight, saya tercedera pada hari pertama…
Rasa putus asa ini memang menebal sehinggalah pada suatu hari saya menyertai aktiviti mendaki gunung Tahan. Akibat tidak fit dan overweight, saya tercedera pada hari pertama pendakian dan saya tidak dapat menghabiskan pendakian mengikut perancangan asal. Saya berasa sangat kecewa dan sedih. Kejadian ini memang membuka kembali niat saya untuk mengurangkan berat badan dan Alhamdulillah saya dijodohkan dengan ebook Kevin yang bertajuk Cara Menurunkan 5kg Dalam 5 minggu.
eBook Kevin ini banyak membuka mata saya mengenai beberapa perkara asas dalam mengurangkan berat badan. Antaranya seperti:
- Apakah BMR?
- Berapa banyak kalori diperlukan oleh badan kita untuk 1 hari? (DCR)
- Berapa banyak kalori perlu dibakar untuk mengurangkan 1 kg?
- Bagaimana mewujudkan keadaan kalori defisit untuk mengurangkan berat badan?
- Rehat dan tidur yang cukup amat penting dalam mendapatkan berat badan yang ideal.
…Pada mulanya memang ada beberapa perkara yang agak sukar diamalkan seperti mencatat segala makanan yang diambil pada setiap hari. Tetapi setelah hari-hari diamalkan, ia telah menjadi kebiasaan…
Senaman HIIT
Di samping mengamalkan pemakanan seperti yang disarankan dalam eBook tersebut, saya juga turut mengamalkan senaman High Intensity Interval Training (HIIT) seperti Tabata dan Complex Training (sudah tentu Rebekah Borucki menjadi model ikutan dalam sesi tabata saya ;)).
Senaman HIIT ini memang amat simple tetapi memberikan kesan kepada pembakaran lemak walaupun berjam-jam selepas senaman dilakukan.
Setelah 2 bulan mengamalkan eBook tersebut, Alhamdulillah saya telah berjaya mengurangkan 12kg (berat sekarang 64kg) dan saya rasa semakin hari semakin sihat dan fit. Saya juga telah berjaya mengawal pemakanan sihat secara neutral tanpa mencatat segala makanan yang saya ambil setiap hari. Senaman HIIT juga telah saya kurangkan dan saya cuba untuk mengekalkan bentuk badan dengan cara yang neutral iaitu dengan mengamalkan gaya hidup aktif seperti berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.
Dari baju saiz XL ke M
Saya rasa lebih gembira dengan berat badan sekarang walaupun terpaksa berbelanja dengan lebih banyak untuk membeli pakaian baru. Pakaian lama semua dah besar ?. Saiz seluar dah mengecil dari 35 ke 31. Baju pula dari saiz XL ke M. Saya anggap membeli baju baru itu sebagai reward kepada diri saya setelah mencapai matlamat yang diidamkan.
Rahsia Saya Menurunkan Berat Badan?
Ramai yang tanya saya mengenai rahsia menurunkan berat badan, memang tak terjawab semuanya. Ada yang kata saya minum susu itu dan ini untuk kurus, tapi hakikatnya semuanya adalah kerja keras.
Nasihat saya kepada yang ingin kurangkan berat:
- Tiada jalan pintas untuk berubah.
- Mengambil supplement tidak akan menurunkan berat badan anda secara normal dan berterusan, melainkan anda mengubah tabiat pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif.
- Usah membazir duit dengan membeli makanan tambahan yang berharga ratusan ringgit tanpa mengenali tubuh badan anda terlebih dahulu.
- Beli sahaja eBook Kevin yang harganya hanya RM40 atau RM60 tetapi nyata akan menambah pengetahuan anda semua.
- Bak kata pepatah ‘Knowledge is power’.
Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Kevin kerana tanpa anda, tak mungkin saya akan capai kejayaan ini. Juga jutaan terima kasih kepada idola saya iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil yang sentiasa menjadi ikutan dan contoh saya dalam mengurangkan berat badan. Menjadi impian saya supaya satu hari nanti saya juga akan menjadi certified personal trainer dan membantu orang lain dalam mencapai berat badan yang ideal.
…‘Train like an athlete, eat like a nutritionist, sleep like a baby, and you will win like a champion’…
tahniah berjaya mendapatkan badan yang ideal..
saya baru beli ebook Kevin..insyaAllah kalau kita berusaha, kita akan berjaya.
insyallah Cik Zura …. selamat berjaya. Yang penting ada ilmu dan azam.
wah!! tahniah! sy pun br beli ebook. br mula 3 hari. stakat ni br trn 1.1 kg…
kevin … sy lebih suka buku daripada ebook… ada kat pasaran ker buku?? TQVM 🙂
sy ponnn…sy lebih suka buku dr ebook… ada kat pasaran tak ?
Mm mana nak beli ebook kevin ni??
saya dah bank in rm40 dlm ur cimb account..do update tq
nama:noor halifa
bank:cimb
date: 7/4/2013
time: 12.30
e-mail: halyfa_rahim@yahoo.com.my
[…] Teknik yang seterusnya ialah dengan membaca dan mengikuti kisah-kisah mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan. Cara ini secara langsung akan menaikkan semangat anda dalam menurunkan berat badan. Anda boleh menonton rancangan seperti The Biggest Loser, membaca buku-buku di perpustakaan ataupun mencari kisah-kisah kejayaan di internet. Ada banyak laman web yang menyediakan kisah-kisah kejayaan orang yang berjaya menurunkan berat badan. Kisah saya sendiri boleh anda baca di laman web Kevin Zahri di sini. […]
[…] Secara matematik mudahnya jika calorie deficit anda ialah 970 sehari, maka sebulan anda akan membakar lebihan kalori sebanyak 29100. 29100 kalori bersamaan lebih kurang 3.6 kg. (1kg lemak = 8000 kalori). Dalam setahun anda akan membakar lebih kurang 43 kg! Banyak bukan? Nombor yang saya berikan di sini bukan sekadar nombor sahaja bahkan ia telah dibuktikan dengan apa yang terjadi kepada diri saya sendiri. Dengan menggunakan kaedah yang sama saya telah berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 13kg dalam masa lebih kurang 2 bulan. Sila ikuti kisah kejayaan saya dalam web kevin zahri di sini. […]