Satu lagi variasi senaman squat tapi dengan lompatan. Dari kedudukan bawah squat, gunakan otot peha untuk melompat ke atas ikut kemampuan anda. Pada masa yang sama, gunakan tangan untuk seimbangkan dan luruskan badan semasa melompat.
Panduan senaman circuit yang telah disiarkan melalaui rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1. Circuit workout ini lebih fokus kepada bahagian kaki, peha, punggung yang anda boleh lakukan di rumah.
Variasi senaman squat biasa tapi dengan kedudukan kaki yang lebih lebar. Berbeza dengan squat biasa, sumo squat target bahagian punggung dan peha dalam.