- Home
- Weight Loss
- 7 Strategi ke pasaraya secara sihat
7 Strategi ke pasaraya secara sihat
Membeli barang-barang dapur di pasaraya kadang-kala menguji keimanan, tambah-tambah sekiranya anda sedang berusaha mengamalkan diet yang sihat untuk menurunkan berat badan. Strategi berikut boleh anda praktikkan sekiranya anda mahu diri anda tidak terlalu mengikut rentak peniaga-peniaga pasaraya yang acap kali membekalkan makanan rencah yang pelbagai jenis, juga ‘senaman-senaman kecil’ yang mungkin boleh anda lakukan ketika berkunjung ke pasaraya-pasaraya tertentu.
- 1.
Alas perut terlebih dahuluSecara psikologinya, anda akan cenderung untuk membeli makanan yang ‘mengarut’ apabila sedang lapar. Dengan mengalas perut sebelum bertandang ke pasaraya, kebarangkalian untuk anda membeli makanan yang ‘mengarut’ dapat dikurangkan. Sekiranya anda berkunjung ke pasaraya dalam keadaan berlapar, anda akan cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat seperti daging burger, nugget, coklat, keropok-keropok, ais krim, dan berbagai jenis lagi makanan dan minuman ringan. Anggaplah hidangan alas perut ini sama seperti pre-workout meal sebelum anda memulakan senaman. Apa yang patut diambil? 1-2 gelas susu skim bersama sekeping roti gandum penuh sudah memadai.
- 2.
Senaraikan barang yang hendak dibeli. Sediakan senarai keperluan yang perlu dibeli di atas sekeping kertas sebelum anda mengunjungi sesebuah pasaraya. Ini bukan sahaja membantu anda berbelanja secara berhemah, malah ia akan membantu anda supaya tidak membeli makanan-makanan rencah yang sememangnya tidak tersenarai di dalam senarai yang disediakan.
- 3.
Jauh lebih baik (tempat meletak kenderaan). Letakkan kenderaan anda sedikit jauh berbanding pintu pasaraya yang hendak dituju. Kebanyakkan rakyat Malaysia akan mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan mereka sehampir yang boleh dengan pintu masuk pasaraya. Apabila sampai waktu puncak, kesesakan pasti akan berlaku, dan inilah kelebihan anda untuk meletakkan kenderaan lebih jauh berbanding pintu masuk. Selain dapat mengelakkan diri daripada kesesakan, anda juga membakar lebih kalori dengan berjalan kaki sedikit.
- 4.
‘Window shopping’ dahulu. Ketika membeli belah, jangan terburu-buru untuk membeli barang. Pantau harga-harga barang terlebih dahulu, dan bandingkan maklumat pemakanan yang terdapat pada produk yang hendak dibeli. Anda bukan sahaja lebih berhemah (dari segi ekonomi dan kesihatan) ketika berbelanja, malah secara tidak langsung juga membakar lebih kalori dengan berpusing-pusing di sekitar pasaraya.
- 5.
Troli dan bakul sebagai teman. Sesetengah individu begitu malas untuk menolak troli atau membawa bakul yang berisi barang, dengan alasan terlalu berat dan membebankan. Wanita kebiasaannya akan menyuruh si suami atau teman lelaki untuk menolak troli untuknya, namun tahukah anda menolak troli juga memerlukan daya yang lebih berbanding berjalan melenggang, sekali gus membakar lebih kalori.
- 6.
Elak lorong makanan ringan.
Setiap pasaraya mempunyai sebuah lorong khas yang mana di kiri dan kanan lorong tersebut tersusunlah pelbagai jenis kudapan dan makanan-makanan ringan yang berbagai-bagai jenis. Pastikan anda mengelak dari melalui laluan ini. - 6.
Cabaran terakhir. Bersebelahan setiap kaunter di pasaraya pasti tersedia rak untuk gula-gula, gula-gula getah, coklat, dan bermacam-macam lagi ‘cobaan’. Tatkala anda sedang beratur untuk membayar, mata dan keimanan anda akan diuji sehabis mungkin. Kebiasaanya, ‘cobaan’ yang mahal itu akan diletakkan sedikit tinggi (paras mata orang dewasa) manakala ‘cobaan’ yang murah akan diletakkan sedikit rendah agar mampu digapai kanak-kanak. Pada ketika ini, anda haruslah bersedia, jangan terlalu memandang ‘cobaan’ tersebut, sebaliknya berfikirlah tentang hal yang lain.
Diharapkan strategi yang dilampirkan di sini sedikit sebanyak membantu anda dalam mengamalkan corak gaya hidup yang lebih sederhana. Jangan terlalu diikutkan akal fikiran dalam berbelanja, apatah lagi apabila sebahagian wang itu telah dibelanjakan untuk membeli makanan-makanan yang lemah nutrisinya. Craving for empty calorie stuffs is okay, but only once in a blue moon.
Selamat berjaya.
Joy, point no #3 tu boleh dikira sebagai 'accidental exercise' :). That's what I've been doing kalau nak beli groceries especially kalau pergi berseorangan (senang skit compare to bawak isteri dan anak). Park 2-3 blocks away. Then jalan kaki ke groceries store or hypermarket. Balik jinjit bags berbondong2 yang sarat dengan barang2 dapur to the car. Good practice!