- Home
- Weight Loss
- 7 Langkah Wajib Untuk Gemukkan Badan
7 Langkah Wajib Untuk Gemukkan Badan
Kebanyakkan pembaca blog saya tentunya bermasalah berat berlebihan tetapi tetap ada yang nak tambahkan berat badan kerana terlalu kurus walaupun makan nasi lemak, kek, biskut dan macam-macam lagi.
7 Langkah Anda Mesti Amalkan untuk tambah berat
Ok baiklah, berikut adalah tujuh langkah penting untuk anda mengatasi masalah terlalu kurus dan “gemukkan “diri.
- Tambah kalori! Nak tak nak anda mesti wujudkan surplus kalori untuk menambah berat badan. Kalau tidak, macamana badan ingin membesar? Pastikan pengambilan kalori seharian anda melebihi pembakaran.
- Jangan makan makanan merepek. Walaupun anda perlu tambah kalori, itu tidak bermakna anda boleh belasah segala kuih, manis-manisan dan lain-lain. Walaupun makan banyak, pastikan ia diet yang seimbang dari segi nisbah karbohidrat:protein:lemak. Apa nisbah yang sesuai? 55:30:15 memang bagus.
- Protein itu penting. Protein adalah building blocks otot anda. Jadi jangan abaikan pengambilannya sepanjang diet anda. Daripada langkah #2, jumlah pengambilan protein adalah dalam 30 peratus. Jadi kalau pengambilan kalori anda 2,500kcal sehari, 750kcal atau 187g.
- Makan selalu! Jangan makan 3 kali sehari kerana 1) sukar untuk memenuhi keperluan kalori (katakan 2,500kcal) dengan tiga hidangan. Paling kurang, makanlah 5x sehari – jadi pengambilan sekali makan (i.e 2,500 / 5 = 500 kcal) lebih praktikal. Lagi kerap lagi bagus.
- Wajib wajib wajib Bersenam! Makan semata-mata tak boleh. Suplemen itu pun kira makanan. Untuk badan gunakan surplus kalori daripada langkah #1, badan perlu ada sebab atau pemangkin. Di sinilah peranan senaman. Tapi senaman apa? Angkat berat atau senaman yang ada rintangan.
- Intensiti tinggi! Kalau dah bersenam dengan bebanan, pastikan intensiti tu tinggi. barulah ada perangsang untuk otot membesar. Pernah dengar isilah “no pain no gain”? Pastikan anda push diri anda pada setiap sessi senaman. Bukan mudah tapi itulah caranya.
- Suplemen? Yes makanan tambahan membantu tapi kena pandai pilih. Weight gainer (baca artikel ini untuk info tambahan) bantu tambah kalori untuk memudahkan anda capai surplus kalori tapi tanpa pemakanan am dan senaman weight training suplemen weight gainer pun tak ke mana. Suplemen lain yang juga dapat bantu adalah creatine. Apa fungsinya? Membesarkan sel-sel dengan air dan menambah tenaga untuk senaman.
Ingat: Proses penambahan berat badan perlukan masa yang lebih lama berbanding penurunan berat badan. Untuk maklumat lanjut, silalah rujuk kepada eBook Panduan Tambah 5kg Dalam 10 Minggu atau baca kisah-kisah kejayaan dari mereka yang berjaya gemukkan diri di Malaysia.
Bro, as a nutritionist, do u think if I eat Elken spirulina as my supplement can help me to increase my weight?
Take a supplement before or after meal?
dah brusahasa dg berbagai cara biar gemuk,ternyata gk gampang,btuh ksabaran, TETAP SEMANGAT
Hi..I ada Jual supplement berkesan untuk tambah berat..I Sendiri ambil & berjaya tambah berat 6kg.u oll blh Cuba mana tahu berkesan..nak tanya atau lihat testimoni2 blh whatsap 0134257476.
Nice info. Tq..