Acik Hanafz : Sehari Yang Penuh Semangat!

Haaaa, bersemangat tak tajuk tu? Hehe. Saya dah experience dengan hari yang penuh semangat ni kira-kira dalam 2 minggu lepas tapi feeling tu masih ada. Jadi saya decide untuk kongsi rasa tu hari ni. Tambahan pula dengan join program JK1M ni, lagi bertambah semangat sebab dikelilingi oleh orang-orang yang bersemangat dan tak putus-putus memberi sokongan untuk orang lain samada dalam team sendiri atau team lain.JK1M-Awesome! 

Walk 4 Humanity

10176145_630115470377276_242631302_n

Tanggal 6 April 2014 mencatatkan satu kenangan yang sangat istimewa buat saya dan semestinya para peserta Walk 4 Humanity yang lain. Program Walk 4 Humanity ini telah pun berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur bermula dari seawal jam 7.30 pagi lagi. Program ini telah dianjurkan oleh Aqsa Syarif dan Rose2Rose serta dijayakan oleh lebih seribu penyertaan dari rakyat Malaysia. Ada yang datang satu keluarga, dengan kawan-kawan dan peserta JK1M sendiri! Tahniah!

Team Leader Cheras, En. Zack bersama peserta JK!M kawasannya
Team Leader Cheras, En. Zack bersama peserta JK!M kawasannya
Penyertaan dari pelbagai bangsa =)
Penyertaan dari pelbagai bangsa =)

Mungkin ramai antara kita yang dah biasa join program charity berkonsepkan riadhah ni. Tapi bukan saya. Walk 4 humanity adalah program yang pertama saya sertai dan nyata walaupun berat masih tiga angka tapi berjaya untuk accomplish misi berjalan sejauh 5 kilometer tanpa henti. Alhamdulillah, thank you Allah!

Permulaan Yang Hebat!

Orang kata kalau kick-start yang hebat akan bagi kesan mendalam dan kita rasa nak buat lagi. And I feel that! Sampai je kat Padang Merbok sebelum mula berjalan, penganjur guide untuk regangan sebelum mula. Masa tu boleh nampak peserta dari pelbagai range umur. Kalau yang masih baby, mak ayah nya tolak dengan stroller. Pendedahan awal dari kecil pun membantu dalam tumbesaran si cilik. Eh macam iklan susu budak pulak. Hehe.

Kagum dengan semangat ibu muda ni. Dia sampai dulu dari saya!
Kagum dengan semangat ibu muda ni. Dia sampai dulu dari saya!

Walk 4 Humanity ni bukan aktiviti charity yang biasa-biasa, tapi pada saya luar biasa. Ini adalah perjalanan (walk) yang memberikan kita kefahaman dan kesedaran tentang bagaimana kita sebagai manusia perlu bersatu untuk hak-hak yang ditindas seperti sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin, Syria dan Rohingya

Giving Up?

Bersama rakan sekolah, Dr Iman yang tak putus-putus beri semangat
Penat macam mana pun, gambar tu penting. Hehe!

Disebabkan ini program pertama saya sertai, awal-awal tu mesti lah tak yakin boleh habiskan perjalanan. Masa dah sampai kilometer ke tiga saya mula pegang kaki, urut dada. Rasa tak mampu untuk teruskan perjalanan lagi. Langkah masih diteruskan dan kembali bersemangat semula bila saya ‘dipotong’ oleh beberapa makcik yang membawa cucunya berjalan. Mak ai, gagahnya nenek bebudak tu. Saya masih muda dan sangat tak wajar untuk give up awal-awal. 2 km je lagi kot. Acik boleh!

Pencapaian

Berjaya! ^_^
Berjaya! ^_^

Rasa sangat beruntung sebab program ni diadakan beberapa minggu lepas sertai JK1M. At least saya dah boleh prepare diri, physically and mentally prepared. Kan first time, of coz lah nervous! Hehe. Masa nak mula tu saya ingat balik apa yang Team Leader -Marini pesan, cuba sehabis baik, kawal pernafasan semasa berlari dan tahu kemampuan diri. Saya ingatkan masa kilometer dua tu nak patah balik ambil kereta, tapi di support oleh kawan-kawan untuk habiskan berjalan. Dah set mind dah, 5 kilometer -JE. So nampak sikit. Hehe. Bila habis tu rasa excited dan kongsi dengan kawan-kawan lain yang tak join. Ada yang cakap, “alah, 5 km je pun”, ” 5 km je? kate nak kurus” . Haha, kalau Acik yang dulu dah ‘meleleh’ dah kena herdik camni. Tapi Acik yang sekarang Alhamdulillah- become more stronger! InsyaAllah. I know my effort, I have done my best and I will keep on going till I reach my goal!

Bersama team members Wangsa Warrior di garisan penamat- Yeah!
Bersama team members Wangsa Warrior di garisan penamat- Yeah!

Rose2Rose

 

Rose2Rose adalah satu badan khas yang ditubuhkan untuk membantu para wanita dan kanak-kanak yang ditindas seperti di Palestine, Syria dan Rohingya. Dalam kebanyakan konflik yang berlaku, wanita dan kanak-kanak adalah dua golongan yang akan paling terkesan. Jadi, charity event seperti ini dilaksanakan bagi memberi tumpuan dalam membina keupayaan wanita & kanak-kanak Palestin melalui pendidikan terutamanya pada youngsters.

10157248_656463524391316_1271093915_n

Sepertimana  yang kita dapat tonton macam di Youtube, Facebook dan lain-lain, bagaimana wanita & kanak-kanak di Palestine, Syria dan kini Rohingya telah dirogol, dibunuh dan kebuluran. Kalaupun bukan dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya kita hujani mereka dengan doa-doa kita yang ikhlas keranaNya.

 

Bersama pengarah program, Sis Anfal Saari. Beliau pun kami suruh buat gaya nasi segenggam. ^_^
Bersama pengarah program, Sis Anfal Saari. Beliau pun kami suruh buat gaya nasi segenggam. ^_^

Syukur kita tak perlu berlari dari peluru, risau rumah dibedil bom mahupun kereta kebal, dikurniakan tanah air yang aman damai – jadi apa alasan kita untuk tidak terus berusaha menjaga kesihatan diri amanah Allah ni duhai Acik? Ingatan buat diri dan semua pembaca.

Stay Focus,

Acik Hanafz

sumber gambar : facebook rose2rose