- Home
- Weight Loss
- Insulin dan Pengawalan Berat Badan.
Insulin dan Pengawalan Berat Badan.
Dalam misi anda untuk mencapai berat badan yang optimal atau yang wajar bagi anda, adalah mustahak untuk anda mempelajari kaitan antara insulin dan pengurusan berat badan. Ramai orang yang mahir dalam kawalan kalori, mereka terlupa untuk memahami hormon dalam tubuh yang turut mempengaruhi perkembangan diet mereka.
Insulin ialah sejenis hormon yang kuat yang tercipta untuk memastikan badan mengimbangi paras gula dalam darah dengan betul pada setiap masa. Bermakna ia adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. Jom lihat apakah yang perlu anda tahu tentang insulin dan pengurusan berat badan.
Insulin Dan Diet Rendah Kalori
Apabila anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, biasanya paras insulin anda sangat stabil dan rendah, yang mana menyebabkan badan anda kurang menyimpan air berlebihan, maka ia turut mengawal berat badan anda. Ini adalah salah satu sebab mengapa diet rendah karbohidrat seperti Atkins dll berhasil bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan dalam jangka masa pendek.
Tambahan pula, hasil dari kehadiran insulin yang rendah dalam sistem badan anda, anda tidak akan mengalami peningkatan tenaga yang tinggi kemudiannya jatuh rendah, seperti yang lazimnya berlaku pada diri anda yang membuat anda segera mencapai makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas.
Insulin Dan Pengambilan Karbohidrat
Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah bagaimana pengambilan karbohidrat boleh memberi kesan atau impak ke atas insulin. Apabila anda mengambil karbohidrat dalam diet anda, badan akan serta merta mula melepaskan insulin. Makin banyak karbohidrat yang anda makan dan lebih cepat ia dihadamkan atau diuraikan, maka semakin banyak insulin yang akan dilepaskan bagi mengawal peningkatan paras gula dalam darah.
Oleh itu, dengan mengawal kualiti sumber karbohidrat (ambil yang berserat), anda meletakkan diri anda pada keadaan yang terbaik untuk stabilkan insulin.
Insulin Dan Simpanan Air Dalam Badan
Apabila anda mengambil makanan tinggi karbohidrat secara tiba-tiba dan menyebabkan pelepasan insulin akan melonjak naik, tubuh akan serta merta memindahkan karbohidrat itu ke dalam simpanan otot (sebagai glikogen otot) atau simpanan lemak. Jika ia dipindahkan ke dalam sel-sel otot, ia turut membawa 3-4 gram air bersamanya. Inilah yang mengakibatkan anda kelihatan membengkak. Peningkatan yang berlaku dalam simpanan air ini akan menyebabkan berat badan anda menaik.
Sebenarnya bukan lemak yang anda perolehi, tetapi jisim tubuh anda yang meningkat akibat paras air yang tinggi dalam sistem badan anda.
Demikianlah perkara-perkara utama yang anda perlu ingat mengenai insulin dan pengurusan berat badan. Jika anda mahu mengawal berat badan anda sebaik mungkin, lakukan apa yang sepatutnya agar paras insulin anda terkawal dengan baik.
[…] sumber: kevinzahari […]
risau la coach. Sejak amik insulin, berat badan sy naik 3kg. Sbelum ambik, berat sy 90/89kg.bgaimana cara nya utk dptkn berat itu semula ye coach