- Home
- Weight Loss
- Kenapa mengantuk selepas makan?
Kenapa mengantuk selepas makan?
Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk. Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?
Proses Penghadaman
Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak dan usus(intestines). Bila anda makan, otak anda akan merangsang signal untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient nutrient makanan itu kepada seluruh tubuh!
…pada bulan puasa fenomena ini diganda pulak kerana proses penghadaman “terkejut” dengan jumlah makanan yang banyak dan cepat…
Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat mengantuk dan sebagainya kerana sel darah di otak anda tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini! – Bila anda makan dalam jumlah yang banyak, jadi tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan tersebut hasilnya anda lebih kurang tumpuan.
Insulin dan serotonin
Apa yang anda makan juga mempengaruhi. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti,pasta atau nasi ditukarkan menjadi glucose bila dicerna. Bila anda makan banyak glucose, ‘insulin’ akan dilepaskan untuk balance balik kandungan tersebut. Insulin akan bertindak balas dengan protein di otak yang dipanggil ‘trytophan’ untuk menghasilkan serotonin. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari ‘port’ yang terbaik untuk take five atau tidur seketika(nap).
…serotonin adalah bahan kimia badan yang mengawal kitaran tidur/jaga…
Elak “malas” selepas makan
Jadi disarankan, anda perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen keseluruh tubuh. Bila anda kurang aktif, badan kurang fit dan lebih cenderung untuk menjadi malas! Sekurang-kurangnya kalau tiada masa untuk bersenam, lebihkan berjalan selepas makan, anda juga boleh park kenderaan anda jauh dan berjalan ketempat kerja atau elakkan lift dengan menggunakan tangga. Mungkin dengan ini mengantuk selepas makan akan dapat dikurangkan! Kalau anda ada tips untuk mengurangkan mengantuk selepas makan, dialu alukan untuk berkongsi. 🙂
solat terawih mungkin bole jadi penawar terbaik mengantuk.. lepas mkn 2 rajin2 la kmas pulak sementara tggu waktu isyak.. then solat terawih. secara x langsung kita utilize balik kalori 2 n bole jadi senaman mudah di bulan ramadhan.. sbb bile nk jogging bulan puasa ni mmg sush..
setuju.
Kevin, which one better, excercise before berbuka atau selepas? And apa pros and cons?
kalau for weight loss …. i syorkan low-intensity cardio before berbuka.
Hi kevin, mcmana nak jaga diet during ramdhan? Any tips please?