- Home
- Weight Loss
- Kkorset terbaik untuk perut buncit?
Kkorset terbaik untuk perut buncit?
Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?
Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.
Jadi Berkesankah?
Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infrared atau sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak.
Walaubagaimanapun, teori yang digunakan ini juga dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.
Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Kesimpulannya
Pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainy tapi mungkin ia dapat kurangkan kemampuan makan berlebihan dan ilusi bentuk badan yang lebih “cantik”.
Nak beli korset seperti Premium Beautiful Korset, Korset Elken, Korset Cosway atau yang lain ataupun tidak itu bergantung kepada individu. Dengan kos korset capai beribu-ribu ringgit, ia bukanlah pelaburan yang kecil-kecilan. Buatlah penilaian sendiri sebagai pengguna yang berhemat.
…Buatlah penilaian sendiri sebagai pengguna yang berhemat…
Apa-apa pun, yang paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya.
hi En Kevin
saya banyak dapat mesej dari dealer yang jual korset PB dan ALKEN kat fb, suruh saya cuba korset ni,dieorang terangkan yang korset ini baik untuk kesihatan terutamanya untuk wanita..korset ALKEN harga cecah rm3655, kata dealer boleh kurus dan shapekan badan,bayangkan kalau pakai korset nak makan macamana mestilah susahkan sedangkan pakai korset yang murah pun susah nak makan dan merimaskan. Bila kita cakap tak mampu dealer cakap tak apa boleh bayar ansur-ansur..bagi saya tidak perlu lah nak membazirkan duit.. lepas tu ada pulak dealer korset PB pulak promote korset tu, harga dalam rm2500.. PB ini baik untuk kesihatan dalaman wanita, walaupun harga mahal tapi berbaloi sebab kualiti tinggi. So saya jawab yang saya tak berminat dan kalau tak pakai korset pun kita dah boleh jaga kesihatan diri kita.. memang saya akui ramai rakan-rakan saya pakai korset ni dah kurus tapi kita ada cara lain lagi untuk kurus yang tidak memerlukan kos yang tinggi. saya sekadar memberi pendapat sahaja..:-)
hello Amy …. yup true. Akhirnya pilihan masing2 tapi apa2 pun jangan terpedaya atau tertekan dengan salesman/woman 🙂
kevin u dah pernah try ker pakai korset???cuba u try dulu…kalau u cakap pemakaian korset tu boleh menyebabkan ketidakselesaan badan..macam tu warisan turun temurun kita buat 1 langkah yang silap la..sebab org tua dulu mereka menggunakan bengkung untuk badan yang cantik..dan hasilnya x ramai yang gemuk zaman dulu2..bengkung dengan korset tu perkara yang sama…u laki memang x perlu shape..tapi untuk wanita kalau kurus x der shape menarik ker???tu gunanya koset untuk shapekan badan amalan zaman turun temurun org dulu..kalau dulu2 prg pggl bengkung sekarang korset..u x boleh simply2 nak cakap semua x boleh
Well oleh kerana itu, ia pilihan masing-masing.
dulu2 xde mekdi, kfc, burger king, pizza hut.dlu2 org byk mkn kt rumah je.isteri msk, suami n anak2 mkn.x mcm skrg.org dlu2 pki korset murah je.so buat apa nk bazirkan duit beli yg mahal?
Kevin bukan cakap tqk boleh. Dia explain secara berterus terang ikut kepakaran bidang dia. Pilihan di tangan masing2. Ada yang nak kurus untuk sihat. Ada yang nak kurus untuk cantik. Terpulang pada niat individu.
Pakai la bekung harga 30k pun kalau tak exercise..diet yang betul.. ke laut jugak…tambah pulak bodoh… kevin dah nasihat n explain.. dia tak condemn.. kalau nak meniaga pergi jauh2.. setan betul la perangai melayu mcm ni..
Kebodohan apekah ini? Org dlu2 mkn ape broo. ? Ulam2, jge mkn. Org skrg? Junkfood. N tgk jgk lifestyle msing2. Bkn sume bnde rapat korset je tuihh
sya nk tnya harga korset cosway punya berapa ye?
Hai Kelvin, macam mana saya nak kurus dengan cepat dan mempunyai daya ketahanan mental yg kuat untuk kurus? saya semakin tertekan sekarang dengan berat badan yang makin bertambah dari sehari ke sehari. i need your advise
Badan saya bentuk buah pear. Saya selesa memakai Elken Long Girdle ini apabila saya akan melakukan aktiviti yg perlu byk berjalan, berjogging dan bersukan. Pergerakan lebih mudah kerana girdle ini memegang kemas bahagian perut & punggung sewaktu melakukan pemanasan badan.
[…] SUMBER: KEVINZAHARI […]
Tq bgi pendapat sbb saya sebenarnya tgh pening nak pilik bengkung yang mana satu sesuai..
Tapi lepas jer baca blog nih..Saya terus ubah fikiran tak nak beli bengkung tu..
Salam semua.. Rasanya pemakaian bengkung semata2 x blh la nk kurus… Org pompuan dolu2 smpai skrg Pakai bengkung selepas bersalin spy peranakan tak jatuh.. Lgpn dolu2.. Mak mak nenek suka Pakai Kebaya ketat tu hah.. Ramai kwn Pakai girdle ni sbb nak bg sembunyi lelemaks kat Perut je.. Beli beribu2 smpai skrg x kurus jgak.. Kata promoter tu.. Klu Pakai girdle.. E…… Cpt rasa knyang.. Memang lah Perut dh kna tekan… Klu mcm tu.. Baik jaga diet jerr.. ? ? Confirm ada penurunan.. Yg pnting kuat mental.. Hendak seribu daya.. X hendak seribu dalih
Pemakaian bengkung dlm pantang supaya peranakan tak jatuh dan supaya kulit perut tu kemas dan padat.. tp pmakaian bengkung shj tak blh Jd kurus.. snaman kardio, weightlifting akn mmbntu disamping jga mkn
Hello kevin..
Ketika saya berzumba.. Saya selalu pakai bengkung untuk pecahkan lagi lemak… Dan peluh saya memang keluar serta muka saya merah padam.. Muka saya memang merah ketika bersukan.. Bengkung saya bengkung kain yang bergetah.. Kainnya serap peluh..
Saya dah selesa pakai bengkung semasa berzumba kerana dapat melembutkan lagi badan apabila menari, dapat tegakkan badan, jadi badan tidak mmbongkok. Tetapi,
Adakah itu baik untuk kesihatan?