- Home
- Weight Loss
- 5 Mitos: Kevin, gemuk atau buncit tak kalau ….
5 Mitos: Kevin, gemuk atau buncit tak kalau ….
Hari-hari saya menerima petanyaan melalui twitter tentang pelbagai mitos-mitos makan dan tabiat kehidupan.
Jom kita selesaikan mitos-mitos tersebut once and for all ….
1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.
Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.
2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?
Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.
3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.
Jawapan: Yes and no.
- Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.
- No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.
4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!
Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbading keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.
5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?
Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.
Ingat: Gemuk atau tidak BUKAN bergantung kepada nasi lemak, roti canai, suplemen, ayam, itik, sayur etc … ia bergantung kepada gadungan pilihan-pilihan anda.
Selamat berjaya!
first…
kisah pulak saya awak tu first
masih lagi kebudak2an…
ada juga yg nak komen first2 ni..
budak lagi..bagi chance la he he he
wow..this really helps! tq kevin!
u r welcome.
YES NO MORE GUILT TRIPPING MYSELF FOR SLEEPING AFTER EATING LOL
make sure its only 8 hours.
What are the effects if we sleep more than 8 hours? Also would like to know how to gain weight? I find a lot of articles on how to lose weight, but rarely find ones to gain weight other than ones that are into body building.
Hello nak tanya kalau saya makan banyak then Selepas satu jam saya tidur hanya untuk satu hari adakah ia akan menggemukkan saya?
Huhuhu means dat we still can eat anything as long as we take care of our calories in?? Am i right?? If im taking a choc cake, then will reduce amount (calories) of other food…
yes! kalau nak belajar caranya, dapatkan my ebook. Ia akan terangkan cara-cara menyusun pemakanan ikut keperluan kalori UNIK anda.
Sy nk tanye abg sy tgh build up muscle…tp nak diet..mcm mana dgn pemakanan dia ya?
tu kena ada calorie suplurs + weight training. Panduan di sini – https://kevinzahri.com/ebooks/panduan-tambah-berat-5kg-10minggu/
kelvin, usia akak 45 yrs old dengan tinggi 160cm dan berat 87kg. Nak kuruskan badan esp bhgn perut. Any advice…. akak takut sebab ada genetic penyakit yang macam2tu.
hello sally, kalau nak panduan for weight loss termasuk perut etc, cuba check out my ebook here – https://kevinzahri.com/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu/
tx for the info….Is neccesary that we must take protein supplement after eat to reduce belly fat?is it correct?pls reply
How to reduce hip size?what are the supplements required?can i know which is the best exercise to reduce hip size beside sits up?
Kevin,adakah pengambilan coklat bar boleh menggemukkan?-Mie
hai kevin…i’m having ed or eating disorder…it really making my self worst do u know anything that can help me…i really need help..it killing me
hai kevin…saya nak tanya…saya baru mengalami kemalangan..patah kedua belah tangan dan patah kaki kiri…saya telantar atas katil untuk 2 bulan,saya takut mengambil makanan seperti biasa..saya mudah gemuk..kalau saya ambil air kosong banyak..ada orang kata saya akn gemuk air..sebab bdan xbergerak..betul ke?
Hai kevin. Kalau makan roti gandum pada waktu sarapan dan makan roti gandum pada waktu tengah hari menggemukkan tak? dan makan roti bercecah kan sos cili boleh menaikkan berat badan tak? Tq
Kevin, kalau makan makanan bergoreng banyak boleh membuncitkan perut ke?
Saya ada 2 soalan.
1- Perlu ke minum dulu sebelum makan?
2- Kalau lepas makan, perlu berapa lama untuk tunggu sebelum boleh minum air? Atau boleh terus minum je lepas makan?
Mohon jawapan.