Nasi Lemak Tiada Kolesterol! Betul Ke?

Sebelum baca artikel ini, anda rasa nasi lemak berkolesterol ataupun tidak? Ya? Tidak? Bagaimana pula dengan durian atau daging rendang? Jom kita bincang:

Nasi Lemak

Memang tiada kolesterol. Kenapa pulak? Bukankah ia berlemak tinggi dari santan? Betul. Memang tinggi dalam kandungan lemak tetapi tinggi lemak bukan bermakna ia tingi kolesterol.

Tapi ingat: Lemak dalam nasi lemak adalah tinggi dengan saturated fat (atau lemak tepu) yang boleh meningkatkan kolesterol badan tapi nasi lemak sendiri tidak mengandungi kolesterol.

Durian

Sama seperti nasi lemak, buah durian tidak mengandungi kolesterol. Ya, durian ada lemak tapi ia lemak tidak tepu (unsaturated fat). Durian juga kaya dengan serat (dan fiber). Boleh je makan kalau tidak berlebihan (macam buah lain juga).

Rendang Daging

Rendang daging berkolesterol tapi sekali lagi, bukan dari santan. Kolesterol dalam rendang datang daripada daging lembu.

…cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain mengandungi kolesterol. Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol…

Jadi apa beza lemak dengan kolesterol

  1. Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
  2. Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  3. Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  4. Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  5. Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
  6. Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi insyallah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, dagng berlemak, full cream foods, organ, hati, limpa dan lain-lain.
Ingin kurangkan kolesterol? Bagaimana Elak Lemak Tepu dalam Badan?

Privacy Preference Center