Nazrin Nasser: Susahnya nak kurus!

how-bad-do-you-want-it

 

 

Saya terima banyak keluhan daripada sebilangan besar orang yang ingin turunkan berat badan. Kenapa susah sangat nak kurus? Susahnya nak buang lemak perut dan sebagainya. Penatlah dah cuba macam-macam cara tapi tak nampak berkesan sangat pun!

 

Saya faham perasaan anda. Saya juga pernah merasainya. Tetapi saya akhirnya sedar bahawa kejayaan sebenar mengambil masa yang tidak singkat, tetapi hasilnya sangat berbaloi.

 

Baiklah. Berapa lama anda melalui proses turun berat badan? 2-3 hari, 1 minggu, 2 minggu, 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun? Jika kita berat 100kg dan mahu kurangkan 30 kg dalam masa 1 bulan, perumpamaan seperti kita baru belajar buat bisnes hari ni dan berharap bulan hadapan pendapatan kita RM100,000 setiap bulan. Saya melalui perjalanan ini lebih daripada 10 bulan untuk menurunkan sebanyak 30kg dan sehingga sekarang saya masih dalam proses untuk menjadi lebih fit.

 

10487530_917166111642661_5744189118517899519_n

 

 

Saya tidak akan hurai panjang tentang perjalanan saya turun berat badan di sini. Tips pemakanan dan senaman mungkin saya akan huraikan lanjut dalam siri artikel lain atau baca success stories saya di https://kevinzahri.com/success-stories/nazrin-nasser-kurang-30kg-dalam-10-bulan-dengan-hybrid-training. Saya cuma ingin tekankan perkara asas dan paling penting untuk berjaya dalam pengurusan berat badan.

 

Lima kunci utama yang anda perlu set untuk berjaya dalam apa sahaja program turun berat badan:

 

1. Fikir dan tulis “why” anda bermula: 5 sebab anda nak turun berat badan. Minimum.

2. Tuliskan matlamat: Berapa kg? Berapa lama? (Realistik 0.5kg sehingga 2kg dalam seminggu)

3. Belajar ilmu yang betul: Cara pemakanan, teknik senaman.

4. Tindakan: Terus bermula, usaha 100%, konsisten, bertahan sehingga berjaya.

5. Accountable: Dapatkan coach atau rakan yang sama misi untuk pantau prestasi.

 

Bagaimana mahu terus bertahan sehingga matlamat tercapai?

 

Anda pernah lihat atau dengar slogan jenama Nike? Ya. Just do it. Buat sahaja. Slogan Adidas? Betul. Nothing is impossible. Tiada yang mustahil. Pegang kepada dua slogan ini untuk anda berjaya dalam matlamat turunkan berat badan. Terlalu banyak program kuruskan badan di luar sana untuk membantu anda menjadi lebih cantik. Banyak pusat kecergasan atau gymnasium yang menanti kehadiran anda. Ramai personal trainer yang bertauliah yang akan habiskan banyak masa mereka untuk bersama anda jadikan diri anda lebih hebat daripada sebelum ni.

 

Tidak ada musuh lain yang menghalang untuk anda berjuang. Hanya minda anda. Keputusan di tangan anda. Kesungguhan diri anda. Anda yang akan berjaya atau tidak. Bukan orang lain.

 

Bagaimanakah program Jom Kurus 1 Malaysia dapat membantu anda?

 

1. Program bimbingan pengurusan berat badan selama 6 minggu

2. Aktiviti senaman bersama-sama

3. Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri

4. Pakej ebook dan video bernilai RM100

5.  Cabaran seluruh Malaysia

6. Sesuai untuk semua

7. Pelbagai pertandingan sukan

8. Hadiah utama sehingga RM5,000

 

Ia adalah berkaitan gaya hidup. Proses jangka panjang. Diet dan senaman adalah amalan sepanjang hayat.  Matlamat utama program adalah memberi pendidikan dan panduan sebenar dalam pengurusan berat badan. Hasil setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada tahap usaha yang setiap peserta letakkan sepanjang perjalanan turun berat badan. Walaupun begitu, kami yakin anda boleh berjaya.

 

Ilmu + tindakan = Kejayaan

 

Pasukan jurulatih Jom Kurus 1 Malaysia di bawah master coach Kevin Zahri sangat komited dan sedia membantu anda yang serius mahukan transformasi badan yang lebih baik. Semoga berjaya!

the-best-feeling-is-doing-what-people-say-you-can-not-do-motivational-quotes

 

p/s: Program ini terlalu murah berbanding dengan nilai yang anda dapat.

Sila lihat senarai team leader di kawasan berdekatan anda di https://kevinzahri.com/jk1m. Saya sangat optimis untuk berjumpa anda. Jika berada di Sungai Petani, Kedah, anda berpeluang untuk bersama saya turunkan berat badan dengan mendaftar di https://kevinzahri.com/jk1m/tl/nazrinnasser

 

Privacy Preference Center