Rienalissa: #3 Perkongsian Minggu Ke-3

Hai pembaca sekalian! (Konon-konon ada pembaca setia,hehe)

Ok, untuk jurnal ke-3 saya akan kongsikan segala aktiviti minggu ke-3 iaitu dari 29/03/14 hingga 04/04/14.

29/03/14: Merentas Desa, Ulu Tiram (7.00am – 12.00pm)

Aktiviti ini boleh dikatakan “pre-hiking” kerana jalan berbukit-berbukit sejauh 5.0km (pergi dan balik). Kami terbahagi kepada dua kumpulan dan berjalan dalam satu barisan atas faktor keselamatan kerana ia adalah laluan kenderaan. Perjalanan agak penat tapi oleh kerana mulut kami hiperaktif (kepoh sangat,haha), perjalanan kami diiringi dengan nyanyian lagu Johor, enjit-enjit semut, siap ada lagu M.Daud Kilau lagi. Hehe. Dalam perjalanan balik, kami berhenti seketika untuk aktiviti plank dan circuit training. Coach Shima & Coach Ad mengiringi kami dan memastikan keselamatan kami terjaga, termasuklah memaklumkan pada pihak berwajib kampung dan pihak Polis terdekat tentang aktiviti kami. Penat tapi terlajak berbaloi-baloiiiiii *both thumbs up*

 

30/03/14: Jatomi Fitness Gym, City Square (4.00pm – 7.00pm)

Bagi sesi di Jatomi Fitness, ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Talk Session, Fun Robic, Spinning Class, Circuit Training dan Gym Lesson. Gym ini dilengkapi deengan pelbagai kemudahan yang menarik. Nampak aktiviti yang kami lakukan macam simple tapi memang peluh membanjiri lantai, bukan sekadar menitik lagi dah. Kalau ada semut atas lantai, memang sah terhanyut. Dari aktiviti ini, kami tidak kekok lagi untuk ke Gym dan menggunakan peralatan yang selama ini kami anggap cuma sesuai untuk abang-abang sasa (body builder).

01/04/14: Latihan Futsal, Daiman Sri Skudai Sport Centre (9.00pm – 10.00pm)

Latihan ini diadakan bersempena “Sports Carnival” memandangkan kebanyakan dari kami tidak pernah menyepak bola apatah lagi bermain futsal. Sangat menyeronokkan kerana court meriah dengan bunyi jeritan, hahaha. Peluh banyak keluar sebab menjerit-jerit dan bergelak tawa sambil berlari. Terima kasih untuk Nuaim a.k.a Jason Statham yang bagi tunjuk ajar sampai pening kepala. Nasib baik tak migrain. Terima kasih jugak untuk Abg Mie, Ajat, Arif kerana melayan kami berfutsal dengan aksi sumo, rempuhan, tendang kaki dan pelbagai aksi lagak ngeri yang over. Hehe. Tolong jangan seerik berfutsal dengan kami ya.

02/04/14: 7days Fitness Gym, Kulai (8.00am – 10.00am)

Sesi ini bagi menggantikan sesi minggu ke-2 di VVK Fitness bagi mereka yang terlepas sesi tersebut.

10152659_822021264478904_52407826_n

03/04/14: Latihan badminton & futsal, Daiman Sri Skudai Sport Centre (8.30pm – 10.30pm)

Aktiviti 2 dalam 1, futsal dan badminton. Sudahnya masing-masing semput ketika berfutsal. Kalau ada rakaman video, permainan mungkin dalam mood slow motion. Hehe.1979704_822021141145583_1750048631_n

04/04/14: Fresbee Night, Padang Sri Gelam (9.00pm – 11.00pm)

Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana ia adalah pertama kali bagi kebanyakan dari kami. Nampak senang tetapi meemerlukan skill dan pemahaman teknik sebenar untuk membaling dan menangkap disc. Diharapkan aktiviti ini boleh dilakukan sekali lagi. Dan amat diharap wanita-wanita tidak mempraktikkan skill ini dirumah dengan pinggan mangkuk.

10171101_822021217812242_54100276_n

Sekian untuk bahagian aktiviti. Kedua adalah bahagian pengalaman peribadi. Ingin saya kongsikan sesuatu disini yang mana saya percaya ada orang yang turut menghadapi situasi ini, iaitu banyak “nasihat” dari insan yang “over concern”.

Melalui blog ini dan perkongsian aktiviti di Facebook, ramai rakan mengetahui saya sedang berdiet. Saya sering mendengar ayat-ayat seperti “eleh, diet konon”, “kata diet, kenapa makan ni? Mana boleh makan ni”, “diet tapi minum air macam tak banyak pun”. Maaf saya katakan, anda tidak perlukan unsur-unsur negatif dalam hidup anda. Jadi abaikan sahaja itu semua, kerana kita tahu apa yang kita lakukan.

Kita memulakan program ini dengan menuntut ilmu, septi yang ditekankan oleh Kevin Zahri dan kita bukanlah membabi buta berhenti makan segala benda atau bersenam bagai nak gila. Masing-masing tidak perlu mengikut cara orang lain kerana kita sememangnya berbeza. Ada yang boleh berbulan-bulan tanpa nasi, ada yang susah untuk tinggalkan. Cuba secara berperingkat, kerana biar pun perubahan itu perlahan, yang penting adalah untuk jangka masa panjang. Jadi, percaya pada diri dan tolak ketepi segala yang negatif. Ayuh, kita boleh!

**Teaser: Next journal will be special sharing on Sports Carnival! 🙂

 

XoXo

Lissa

Privacy Preference Center