Velds Prends-Moi: Kurus dengan semburan minyak wangi?

Hasil kongsian peminat di laman Facebook, pagi tadi saya terbaca artikel di Yahoo!Malaysia yang ditulis oleh Siti Munawirah Mustaffa tentang jenama minyak wangi Perancis, Velds ‘Prends-Moi’, yang mengatakan “bahawa berat badan boleh dikurangkan hanya dengan satu semburan.”

Apa kandungannya?

Kandungan wangian Velds ‘Prends-Moi’:

  • Endorfin-B yang meresap ke dalam kulit berfungsi melegakan perasaan. Sebagai kesan, nafsu makan pengguna akan turun.
  • Wangian tersebut turut mengandungi ekstrak kafein, karnitin (l-carnitine) dan spirulina untuk merangsang proses lipolisis (memecahkan lemak).
Tahukah anda? Kafein dan karnitin adalah kandungan popular di kalangan suplemen pembakar lemak. Spirulina pula memang sering digunakan untuk kawalan nafsu makan.

Ujian

Seperti yang dijelaskan dalam laman web Velds, ujian saintifik telahpun dijalankan dalam membuktikan keberkesanan wangian tersebut.

Selaras dengan kajian yang dibuat ke atas wanita berumur 18 hingga 75 tahun, Pusat Penyelidikan Biologi dan Pengujikajian Kulit melaporkan bahawa sebanyak 82% wanita dalam golongan itu berasa lega setelah menggunakan wangian tersebut. 75% lagi merasakan selera makan berkurangan setelah menggunakan wangian selama 28 hari.

Cara penggunaan?

Untuk mendapatkan kesan yang efektif, pengguna perlu menyembur wangian pada waktu pagi atau malam dan apabila nafsu makan mula naik. Memang kedengaran agak aneh tetapi inilah kaedah menguruskan badan yang terbaru.

Berapa harga? Menurut laman web thefragranceshop.co.uk, harga pasaran 100ml adalah dalam 50 British pounds atau RM250-300. Di Malaysia nanti kalau ada, mungkin lebih kurang.

Pendapat saya?

Untuk kurangkan berat badan, sememangnya cabaran utama adalah kawalan nafsu makan. Dalam eBook percuma 45 tip kawal nafsu makan saya pun, ada pelbagai trick untuk “menipu diri sendiri” supaya tidak kalah kepada nafsu.

Jadi berkesankah minyak wangi ini? Saya rasa itu bergantung kepada individu dan kalau ya pun, saya rasa tidaklah untuk bila-bila. Kajian Velds pun cuma untuk 28 hari. Pakai wangian mana-mana pun lama-lama tidak akan terasa bau seperti semasa baru beli. Nak cuba? Tak salah. Yang pasti, jangan abaikan pemakanan dan gaya hidup aktif kese