- Home
- Weight Loss
- 10 Cara Tambah Pengeluaran Kalori Tanpa Bersenam
10 Cara Tambah Pengeluaran Kalori Tanpa Bersenam
Bagi anda yang memilih untuk tidak bersenam atau yang mencari cara untuk membakar lebih kalori, di bawah ini terdapat beberapa cara mudah untuk menambah pengeluaran kalori anda.
Tip tingkatkan metabolism ini diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
- Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
- Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
- Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
- Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
- Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
- Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
- Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
- Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
- Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
- Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.
Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
ah tang nombor lima tu yang paling baguih..:-)
kat sini hangat tentang ,Zumba’.. tapi rasa ni untuk ppuan je la.. baguih jugak
kevin, bila masa yang sesuai untuk mengambil makan malam?
No 9 sounds good for me..shoping
pasni boleh pergi shopping selalu.. tapi window shopping la.. hehee
Saya nak kurangkan perut buncit…..mcm mana cara yer?
setiap kali lepas makan mesti mengantuk…..knp macam tu?
Aktiviti di atas memang boleh bakar kalori, tetapi kalau dah mengalami masalah berat badan, perlu diet dan senaman berkala untuk buang lemak. Aktiviti-aktiviti di atas sesuai untuk maintain berat badan.
bgaiman kopi dapat membantu pengeliran kalori?
bagaimana kopi membantu pengeluran kalori?
what a great tips but i hope it work:)