10 Makanan paling menggemukkan Malaysia.

Posted by | September 13, 2012 | Health & Fitness | 26 Comments
makanan-malaysia-gemuk

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

Fakta: Nasi lemak tidak berkolesterol! Tak percaya? Baca di sini

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.

… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • anon

    nak nangis baca…. >.<,

  • ija^cik_ted

    puasa lagi baik untuk badan…he he

  • http://www.facebook.com/shambie Shambie Adzhan

    homaiiiiii i ate roti canai telur pagi tadi -___-” calorie berganda

  • cuba cuba..

    Bro kevin..nk tnya..kalo mkn idli substitute jdk main meal okay x?agak2 ada x info psal bape kalori dlm idli..bnde tu rebus xsilap..tp side dishes dia sy xbape psti

  • nazierul

    as’salam..sy nazierul distributor herbalife..sama2 la kita ubah cr pemakanan kita yg lebih.amal pengambilan herbalife dlm mkn seharian kita.nk tahu lebih psl herbalife.call sy 0133190576

  • Erina Farhanah

    nampak saja makanan kat atas hidangan bersaiz kecil, makan pun sambil fikir ‘kecik aje ini takkan gemuk punye’ , makan satu memanglah tak banyak, sikit, tapi oleh kerana sedap, nafsu makan susah terkawal sehingga terlebih makan melebihi keperluan kalori seharian.

    kesimpulannya, kita makan untuk hidup (tenaga), bukan hidup untuk makan (gemuk).

    :)

  • mohd

    asal buger Ramli, jelas sgt nk jatuhkan bsness org…xpayah la nk mansion jnis bger ape..propa la mnde ni…adoi..ko dibayar ke ape??

    • Erina Farhanah

      Bukan untuk menjatuhkan business orang, sekadar beritahu kandungan kalori yang ada pada burger untuk memudahkan orang yang ingin turun berat badan berhati-hati dalam pengambilan kalori, agar tidak terlebih daripada keperluan kalori seharian. Orang gemuk pun boleh makan burger gantikanlah dengan makan nasi. 1 burger pun dah mengenyangkan dan takdalah kebuluran kalau tak makan nasi kan? malah, untuk para orang kurus yang susah nak gemukkan diri, mereka boleh beli burger selalu selepas makan nasi untuk tambahkan berat badan. jadi saya tak nampak ia menjatuhkan business orang lain. rezeki orang masing-masing, kalau berniaga dengan ikhlas, Allah akan berikan rezeki melimpah-limpah kepada kita. begitu juga dengan burger Ramli. :)

    • pak macho

      Incik Mohd ni mungkin telah hilang deria lawak. Cuba incik baca artikel ni dan artikel2 dia yang lain sambil senyum. InsyaAllah incik tahu gaya penulisan dia dan paham kenapa dia tulis burger ramly. ~eh terserius pulak aku . heheh

      • Lulu

        A’ah, kata kat sini burger ramly tp whopper tu burger king… dia ckp burger ramly sbb klu ckp burger biasa slalu x ramai yg faham sgt…maklumlah org melayu byk kenal burger ramly dr burger king

  • aiman

    SOALAN : saya ni bleh dikategorikan sbg ‘skinny’ . so, should I consume this 10 food in order to gain my weight?

  • kak fidah

    Boleh saya tahu mi goreng dan mi hoon goreng berape kalorie sepinggan..

  • meiya

    sy nk gemok.. perlu ker mkan smue tuhh..??

    • aku

      makan ja yang belemak2

      • Lulu

        cmtu bukan jadik gemuk tp mati cepat sbb byk lemak terkumpul di jantung, nk tambah berat badan, makan la 6 kali sehari tp makanan yg seimbang…

  • meorPCam

    Kalau dah baka gemuk…
    Gemuk laa jadi nya…

    Ada juga makan seperti yg di-tuliskan tadi…
    Tidak gemuk…

    Fikirr laaa sendiri…

    • aisyah

      Its not about being fat, its about being healthy sweetheart.

  • papearjer

    sye mkan 2 byk jugak. maknenyer, kne lah kurangkan ape yg sye mkn…

  • weirdo

    im take a Super Mass Gainer 1900 calories, im a plum actually, im playing a gym at the same time but i just wanna know if that mass gainer can make me fat or not?

    • glyke

      don’t go for mass gainer if u already have some size. Go for whey protein with some other things like creatine n glutamine

  • john

    mcm mna nk tegangkan kulit selepas kurus

  • user

    kalau nak kurus boleh je makan semua kat atas tapi kene tahu sukatan yg sesuai. bukan x boleh makan langsug. yg penting seimbang. jangan ikut sangat cakap kevin zahari tue….

    • Kifli Mally

      alahai dia tak suruh pun korang dari berhenti makan, dia just korang aware dengan berapa kalori dalam pemakanan yang di ambil seharian. Try be positive mind thinking ^_^

  • dina

    kna tukar burger dgn hot dog lah ye…tq for info..

  • Pingback: [INFO SIHAT] 10 Makanan Di Malaysia Yang Paling Cepat Menggemukkan | KOPI LEKAT | PERKONGSIAN MANFAAT

  • nik

    kalau makan mee kuning or mee laksa mengemokkan x?