- Home
- Weight Loss
- 10 Tip Motivasi dalam Diet
10 Tip Motivasi dalam Diet
Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang. Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?
-
‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda. -
Pelaburan untuk kesihatan (gym)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi. -
Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani). -
Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL. - Model-model
Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu! -
Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah. -
Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet. -
Bayangan masa hadapan
Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak? -
‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari. -
Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.
…one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…
Hi Kevin! Saya dah berjaya kurangkan berat dari 90 ke 67 kg, but, saya still ade perut yang flabby, x nampak abs langsung, mungkin sebab unproper diet. My question is, ebook ape yang sesuai untuk saya beli untuk fat loss? btw, saye seorang pelajar tingkatan 3 🙂
salam kamal, tahiah …. cuba rujuk kepada ebook "Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu"
cuba dapatkan ebook – panduan kurangkan 5kg dalam 5 minggu … ia boleh bimbing anda untuk berterus kurangkan berat badan dan juga lemak untuk dapatkan abs.
hye kevin. berat badan sy dahulu 67kg sekarang 57kg..dan sy boleh pakai baju saiz . tapi sy ad masalah. sy selalu melakukan sit up. tapi tak ada ABS. err..sebab ada lebihan kulit. abs tidak kelihatan. kalau tarik kulit lebih kebwah baru namapk abs. mcm mana nak hilangkan nye,
kelvin, I nak tanya la. i’m student (stay at hostel) and try to reduce my weight. i tak makan nasi about 2 weeks and just makan mknn smpingan yg lain. so, what i’m wondering, if i makan mee segera, boleh menggemukkan juge ke? harap kelvin akn share information…. thnx.
Hi Farah
we have created this diet plan for you who wants to lose weight without investing whey protein and all.
Check out my client’s testimonial. 🙂
http://www.malaysiafatburner.com/Buy-Diet-Program.html
i wanna ask , at 16 , is it too young to work out ?
Hi Ika
we have created this diet plan for you who wants to lose weight without investing whey protein and all.
Check out my client’s testimonial. 🙂
http://www.malaysiafatburner.com/Buy-Diet-Program.html
[…] semakin sihatPasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama […]