- Home
- Weight Loss
- 13 Tips Seronok Bersenam
13 Tips Seronok Bersenam
Bosan dengan rutin senaman anda? Rasa terpaksa melakukannya? Kecewa dengan hasilnya?
Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membantu menjadikan masa bersenam dan melakukan workout di gim dengan lebih berkesan dan seronok.
1) Berhenti memberi alasan.
Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti ‘nantilah’, ‘esoklah’, atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.
Tetapi tahukah anda bahawa suatu hari nanti anda akan menyesal dengan alasan dan sikap bertangguh-tangguh anda itu? Oleh itu, berhenti memberi alasan, dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan yang tidak ternilai di kemudian hari.
2) Fleksibel.
Anda tidak perlu melakukan semua jenis senaman dalam satu-satu masa untuk memperolehi hasil yang cepat. Sekiranya perlu, cuba bahagikannya kepada dua atau lebih banyak sesi untuk sepanjang hari. Dengan itu, ada akan mempunyai masa untuk merehatkan diri sendiri di samping melakukan aktiviti kecergasan.
3) Curi masa.
Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman disebabkan tuntutan kerja harian, anda bolehlah mencuri masa 20 minit setiap hari untuk bersenam. Itu pun sudah boleh memberi perbezaan yang besar berbanding jika anda tidak melakukannya langsung. Something is always better than nothing!
4) Jadikan rutin.
Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan!
5) Set gol anda.
Apabila anda mula bersenam, memotivasikan diri adalah kunci untuk anda terus bersemnagat melakukannya. Tulis gol atau target anda dan lekatkannya di tempat yang anda mudah lihat seperti cermin di bilik air.
Samada anda ingin mengurangkan kolesterol atau ingin muat dengan seluar jeans size 6 tanpa perlu menahan nafas, mengejar gol dan target anda itu akan membantu anda mencapai impian anda itu.
Anda juga boleh set mini gol atau mini target. Seperti mengurangkan 1.5kg berat badan dalam masa tiga hari melakukan senaman di gim. Apabila anda mencapai target anda itu walaupun dalam jumlah yang kecil, anda pasti tetap berpuas hati dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan untuk sesi senaman pada keesokan harinya.
6) Konsisten.
Anda tahu kenapa hari terakhir anda lakukan senaman sudah pun berbulan-bulan yang lalu? Itu disebabkan anda tidak konsisten melakukan senaman dan kecergasan badan anda pun sudah keluar dari radar yang sepatutnya.
Untuk menjadi konsisten, anda perlu mencipta jadual senaman anda untuk sekurang-kurang tiga hari dalam seminggu. Dengan cara itu, anda boleh check samada anda patuh atau tidak dengan jadual yang anda sendiri cipta itu. Jika anda patuh dengan jadual anda, anda sendiri akan berpuas hati dan sekiranya tidak, anda tahu yang anda hanya menipu diri anda sendiri.
Anda juga boleh memvariasikan aktiviti dalam jadual anda itu untuk mengelakkan rasa bosan. Contohnya Isnin minggu ini anda buat aktiviti kardio, Isnin minggu depan anda boleh cuba lakukan yoga pula! Mencuba sesuatu yang baru juga boleh menaikkan semangat anda untuk bersenam!
7) Gabungkan aktiviti.
Sesekali mesti anda berasa bosan berlari di atas treadmill. Kalau dah bosan, anda akan mudah berhenti melakukannya. Anda boleh cuba berlari atau berjalan di atas treadmill sambil menonton televisyen ke, berborak di telefon dengan pasangan anda, mendengar lagu kegemaran, atau membaca majalah kesukaan anda!
8) Mulakan dengan perlahan.
Jika anda memulakan rutin senaman dengan terlalu cepat, anda akan mudah hilang semangat dan bosan untuk terus bersenam. Cuba memulakan aktiviti ini secara perlahan-lahan dan terus develop senaman anda dan menambah level dalam senaman anda. Anda akan terasa challenged dengan senaman anda itu dan itu yang akan terus memotivasikan diri anda untuk terus bersenam dan cuba membuat peningkatan dari satu level ke level yang lain.
9) Buat nota.
Tulis senaman harian yang anda lakukan – berapa km anda berlari atau berjalan, berapa kg dumbbell yang anda angkat. Anda akan dapat melihat perkembangan senaman anda sebelum anda nampak hasilnya. Sekiranya anda tidak nampak hasil, anda tahu apa yang anda perlu buat untuk menambah aktiviti senaman anda. Selain itu, anda akan dapat tahu apakah aktiviti yang paling berkesan mengikut keperluan badan anda sendiri!
10) Jangan obses.
Penting bagi setiap orang untuk komited terhadap rutin senaman mereka. Tapi jika anda pergi ke gim untuk berjam-jam setiap hari, dikhuatiri anda mungkin overtraining.
Jika anda bersenam, otot anda mungkin akan terkoyak sedikit. Otot anda akan membina tisu-tisu baru untuk menggantikan otot yang terkoyak. Tetapi itu akan sukar berlaku sekiranya otot anda tidak mempunyai masa yang cukup membinanya kerana anda telah melakukan aktiviti yang lain pula.
Jadi caranya? Berhenti rehat seketika sebelum anda memulakan semula sesi senaman yang anda lakukan. Beri masa kepada otot anda untuk membina semula otot baru. Dengan cara ini, anda boleh bersenam setiap hari dan dalam masa yang sama memberi rehat yang cukup kepada badan anda.
11) Beri hadiah kepada diri sendiri.
Raikan kejayaan anda dengan sesuatu yang sihat! Sebagai contoh, beli sebuah elliptical baru daripada anda membeli sebuah tv baru! 😀
12) Cari seorang kawan.
Bersenam bersendirian memang akan menjadi bosan.Cuba cari seorang kawan yang akan menjadi teman anda bersenam dan membuat anda komited dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan. Anda juga boleh membincangkan perkembangan dan hasil yang anda perolehi sepanjang anda melakukan senaman. Selain itu, anda juga boleh membincangkan apa yang menghalang anda dari menjadi sihat bersama rakan anda. Anda juga boleh merancang aktiviti yang pelbagai bersama rakan anda itu.
13) Have fun!
Tak kira berapa banyak pun strategi yang anda cuba atur, ianya tak akan terhasil jika anda sendiri tidak gembira melakukannya. Mungkin kalau anda bosan melakukan aktiviti senaman yang sama, cuba bersukan pula. Anda juga boleh mencuba cara baru seperti menari, yoga, kickboxing dan pilates!
saye nak sangat kurus tpi sye selalu menangguh-nangguh masa sye..tpi setelah membaca cara2x diatas yang di beri oleh kevin sye nak brubah untuk brusaha nak kurangkan berat badan… thankss
Hello JunTo help you lose weight, saya sangat2 syorkan you dapatkan eBook saya berjudul “Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu”.Ia berikan panduan langkah demi langkah untuk menurunkan berat dengan cepat tanpa perlu berlapar. Senaman pun optional. Semua ikut gaya hidup kita di Malaysia.You can check out the details here – <a href="https://kevinzahri.com/ebooks/lose-5kg-5-weeks/malay.php.https://kevinzahri.com/ebooks/lose-5kg-5-weeks/mal… />Kalau nak lagi panduan detail, anda boleh rujuk kepada eBook All-in-One Package untuk RM40 – https://kevinzahri.com/ebooks/health-fitness-packa…. Dalam pakej itu ada kesemua eBook dan access percuma untuk mana2 eBook akan datang. Let me know if you have any questions.Regards,Kevin Zahri
Hi Kelvin,
2 months ago, I bought your book "How to lose 5 kg in 5 weeks".That book is superb!! It helps me a lot.
Within 3 months I manage to lost about 10 kilos and I'm very happy about it.I keep continue my diet and go to gym 3 times a week and jogging on weekends.But then, I realize that now I can't even lost 0.5 kg in 2 weeks! I'm not sure why my body react that way.I am stressed and every single day I'll keep weighting myself and when no progress, it make me stress out 🙁
What should I do?Should I change my usual diet@need more xcercise??Pls help!
sesungguhnya dgn jaga pemakanan mmg memudahkn penurunan berat badan
mula2 mmg sakit..
lama2 dh biasa
cuma kan..apa nak buat kalu kita dilanda kebosanan? xde geng nk ajak g jogging..kayuh basikal depan tv..sgt bosan..tp sy ttp buat juga..buat 10 minit..berhenti 2 minit..sambung lagi 10 minit
actaully d best way is pegi ker GYM..selain dari diet..its really helps a lot…theres one time i put on weight rite after resign…n due to that i x perasan i put on weight..i one thing i x penah buat seumur hidup i is "diet" n "jogging" coz am very aktif person..mkn bila perlu shj whn work load lagi la lupa..but than since ambil family planning for more than 6yrs… (injection) baru berat bdn naik…ard least 1 kg sethun …hehehe…hari hari berlari mengejar public transport kat malaysia ni very helpfull…than i decide ker gym betul dpn rumah ajaaa…evn simple but helps me though…i loose a lot..n now i get back my shape…but nk turunkan lagi…as 46yrs old…162cm weight…65kg….wht do u think Kevin…berapa kilo to loose…..pls suggest….thnks
salm nk tnye sikit klau joging berpe jam untuk joging setiap hari…n brape jam untuk membuang lamk jika berjoging