- Home
- Weight Loss
- 18 Tip Panduan Mengawal Berat Badan bagi Pengantin
18 Tip Panduan Mengawal Berat Badan bagi Pengantin
Tentu memeningkan kepala anda, jika alat timbangan anda tidak berganjak dari angka yang anda harapkan. Sebaliknya, mungkin jarum penimbang akan meningkat naik. Lagi-lagi pula, hari bahagia yang bakal menjelma hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Jangan bimbang, anda masih belum terlambat untuk mengurangkan berat badan. Ikuti cara mengawal berat badan melalui pengambilan makanan yang sihat dan senaman yang teratur seperti yang disyorkan di bawah.
8 Tip Mengambil Pemakanan
- Memilih makanan dari bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan kurang berlemak.
- Tambahkan makanan yang berserat.
- Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
- Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut, dan jem.
- Hadapi palung kurang 4 hidangan sihat sehari termasuklah sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan elangkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
- Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.
- Sebaik-baiknya, pilihlah makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.
5 Tip Cara Bersenam Pengantin
- Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.
- Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda. Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.
- Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit 3-5x seminggu.
- Penurunan berat badan antara 1 – 1.5kg seminggu adalah lebih baik. Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500-1000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda bole kehilangan 6-12kg.
- Pastikan anda include senaman pemberat atau rintangan untuk pastikan badan anda kental!
Ingin dapatkan info kurangkan berat badan dengan cepat untuk bakal pengantin? Dapatkan eBook Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu dengan harga murah RM20 sekarang.
2 Tip Kurangkan Tekanan dan Kerisauan
- Biasanya, kerisauan dan tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan anda. Sesetengah bakal pengantin yang mengalami kerisauan apabila persiapan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu akan cepat merasa lapar. Secara tidak langsung, anda ingin menikmati segala jenis makanan yang ada. Tentu akan menambahkan berat badan.
- Sebaliknya, ia menjadi satu kelebihan buat bakal pengantin jika kerisauan dan tekanan persiapan perkahwinan tergendala membuatkan anda kurang berselera untuk menyentuh makanan.
3 Tip Sokongan
- Sokongan daripada ahli keluarga, bakal suami dan rakan-rakan dapat membantu anda mengekalkan motivasi mengurangkan berat badan.
- Dapatkan pelbagai ebook panduan pemakanan dan kecergasan. Ada yang RM20, RM10 dan ada juga ebook percuma.
- Selain itu, anda boleh berjumpa dengan saya untuk perundingan peribadi ataupun sessi personal training dari RM190/sessi.
kepada kevin boleh tak buat ebook variasi untuk skipping rope…..tq
singgah sini.thanx 4 in4maion…hahaha
woww….boleh try ni