5 Zat Makanan Untuk Kemantapan Si Lelaki

zat-makanan-seks-lelaki

Lelaki pun ada makanan penting? Apa yang perlu dimakan dan untuk apa makanan tersebut? Bagi yang belum tahu atau pun baru nak tahu, yes lelaki ada makanan untuk kesihatan sama juga seperti wanita yang memerlukan nutrient nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara dan para lelaki memerlukan zat zat nutrient untuk kesuburan dan kesihatan yang berpanjangan.

Tak percaya? Jom kita lihat 5 zat makanan penting untuk si lelaki.

1. Zat Besi

Zat besi adalah merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh lelaki untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma. Selain itu zat besi juga penting untuk membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Mana nak dapatkan sumber zat besi? Anda boleh cuba tiram! Tiram dikatakan boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual kerana kandungan sejenis hormon,iaitu dopamine.

tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.

Pengambilan tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Tak suka tiram? Anda boleh cuba Stik sirloin!

2. Vitamin B3

Vitamin B3 atau Niacin penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dan juga membantu utk hormon seksual.Nak tahu kenapa? kekurangan dalam vitamin B3 ini akan menjadikan anda mengalami masalah dengan ghairah seks dan menggangu kemampuan ereksi seorang lelaki, jadi kalau sistem peredaran darah tak bagus maka akan menggangu hidup anda. Makanan yang kaya vitamin B3 seperti cendawan, ayam, tuna mampu mengelakkan perkara seperti itu terjadi kepada anda!

3. Vitamin B6

Vitamin B6 adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon lelaki. Hormon ini adalah penting untuk rangsangan seks lelaki selain mampu menaikkan libido wanita. Kandungan tinggi Vitamin B6 boleh didapati dalam avocado dan telur.

4. Vitamin E

…membantu dalam penghasilan hormon seks untuk meningkatkan penampilan, mood dan kehendak…

Dikatakan Vitamin E ini adalah vitamin khusus utk seks. Vitamin E membantu dalam penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan penampilan, mood dan kehendak beliau. Selain itu, vitamin E ini juga merupakan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit. Almonds, kekacang dan bayam satu permulaan yang menarik!

5. Vitamin C

Brokoli, dan sayuran bewarna oren(labu dan lobak merah) antara sumber vitamin C yang
mudah didapati dimana mana. Peranan vitamin C beserta beta kerotina yang terkandung dalam bahan bahan tersebut adalah antioksidan yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.

Oh ya! Jangan lupa asparagus yang juga mengandungi vitamin E penting untuk memulihkan prestasi seks selain merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina.

Tip suplemen: Bagi saya sendiri pun, saya gunakan suplemen multi-vitamin setiap hari sebagai tambahan kepada makanan keseluruhan dan dalam proses pemilihan multi-vitamin tersebut, pastikan adanya zat makanan iktu keperluan unik lelaki.

Tapi anda harus ingat,  bergantung pada makanan sahaja tidak boleh menjadikan anda
seseorang yang sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sehari. Biarpun sibuk macam
mana pun, senaman dan pengawalan kalori itu penting!

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.