Acai Berry Scam?

acai-berry

Dalam 1-2 tahun yang lepas, kita sering dengar tentang kehebatan suplemen atau minuman acai berry sebagai miracle atau super food. Dalam ruangan Ask Kevin, saya juga ada bertanya - Berkesankah Acai Berry (monavie) untuk kurangkan berat badan?

Kalau rujuk kepada penjual dan iklan-iklan, ia menjanjikan pelbagai kebaikkan termasuklah kurangkan berat badan. Jadi jom kita kaji acai berry itu dengan lebih dekat.

Ada dia buah acai berry?

Acai adalah buah pokok kelapa dari hutan khatulistiwa negara Brazil. Rupanya seperti blueberry.

Kandugan nutrisi acai berry?

Kalori

Seperti buah beri yang lain, acai juga mengandungi kalori. Ikut info dari livestrong.com, 100g buah acai mengandungi 247 kalori tapi kalau ia dalam bentuk serbuk, 50g bekalkan 265 kalori (26g karbohidrat, 4g protein dan 16g lemak).

Pandai-pandai lah membaca fakta nutrisi atau supplemen facts.

Serat (fiber)

Acai memang merupakan sumber serat (fiber) yang hebat. Setiap 50g serbuk acai, bekalkan 26g dietary fiber (hampir 100% keperluan serat seharian). Secara am, buah beri yang lain pun merupakan sumber serat yang baik. Dan sepertimana yang kita tahu, serat penting dalam mengawal nafsu makan, kolesterol dan diabetes.

Antioxidants

Seperti buah beri yang lain, acai kaya dengan antioxidant yang bantu kurangkan kesan penuaan dan dikatakan dapat kurangkan risiko barah (cancer). Ada kajian yang memutuskan bahawa beri acai mempunyai nilai antioxidant (daripada Vitamin A) melebihi buah beri yang lain -cranberry, raspberry, blackberry, strawberry, or blueberry.

Jadi apa masalah suplemen acai berry? Bagi saya, bukan beri acai yang bermasalah dan di sini, pelbagai syarikat pengeluaran acai berry memberikan janji-janji manis yang tidak tepat.

Boleh ke acai berry bantu kurangkan berat badan?

Secara ringkas – tak jugak.

  1. Tiada kajian yang membuktikan bahawa acai berry mempercepatkan proses penurunan berat badan.
  2. Fiber is fiber: Yes serat penting dalam diet sebagai penahan nafsu makan tapi tak semestinya ia datang dari sumber acai berry.
  3. Fikir sendiri: Minum acai berry tanpa gabungan diet dan gaya hidup tidak akan berkesan TAPI diet dan gaya hidup aktifk TANPA acai berry berkesan. Penting di sini bukanlah acai berry tapi amalan pemakanan dan gaya hidup keseluruhan.

 … Minum acai berry tanpa gabungan diet dan gaya hidup tidak akan berkesan TAPI diet dan gaya hidup aktif TANPA acai berry berkesan! …

Harga dan MLM yang merepek.

Inilah masalah saya yang paling besar dan boleh dikatakan saya menyampah. Yes buah acai berry memang baik samalah seperti buah beri yang lain tapi apabila ia dipakej sebagai produk MLM dengan objektif keuntungan and harga yang melampau – ia betul-betul menghampakan.

Berapa kosnya? Antara produk acai berry yang paling popular di Malaysia rasanya is Monavie – daripada rujukan laman web, saya rasa 1 kotak (botol) harga dalam RM100 dan bekalkan 13 hidangan – jadi sekali minum dalam RM8! Mampukah anda?

…My problem with MLM dan health product combo is that focus is more on “mari kaya” … daripada “mari sihat” …

4 Lagi Janji Acai Berry yang tidak tepat (bukan tak benar)

1. Anti-penuaan

Nak tak nak kita semua akan tua. Yes, anti-oxidant memainkan peranan tapi gaya hidup dan pemakanan keseluruhan lebih penting.

2. Merendahkan Kolesterol?

Tiada suplemen mahupun ubat yang boleh jamin cegah atau kurangkan kolesterol. Ia bergantung kepada genetik, berat badan, pemakanan am dan lain-lain.

3. Pencegah Diabetes?

Samalah macam kolesterol. Tanda pengalaman pemakanan dan gaya hidup keseluruhan yang baik, acai berry sendiri tak tak mana.

4. Pencegah Kanser

Tiada suplemen yang boleh menjanjikan pencegahan kanser atau mana-mana penyakit. Ia tidak begitu mudah.

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • Ahmad

    Karang adalah promoter Monavie serang. Lulz

  • Adzwina

    Totally agree! Good review.

  • Mrs.Syah

    Thanks for the info Kevin.. Totally agreed with your statement focus on mari kaya dr mari sihat. Sepatutnya kita sendiri patut buka mata & biasanya produk ni ada statement ‘amalan pemakanan yg sihat dan senaman utk kesan yg menggalakkan’ Jaaadiiiiiii…… Amalan pemakanan yang sihat & senaman boleh mengurangkan berat badan… :)

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      glad you agree with me.

  • apiqhanis

    kdg2 diorg sertakn testimoni. adakah itu placebo smata2?

  • Muaz086

    Saya ahli MonaVie yg aktif,saya setuju dengan semua yg diterakan di sini..

    Thank you for sharing :)

    • drozme

      terima kasih for berkongsi. Saya pun dah agak penipuan MonaVie.

  • cho zila

    setuju… setuju… hargatu tak menahannyer…
    tak mampu aih….

  • yatie ganiman

    ramai kwn2 skeja sy yg mnum produk ni…sbb tkut dpt kanser…blanja bkn main bsar hnya tuk mnum berry…ni blum tau btul2 dtg kesan.,,

  • hans axer

    as  a medical student, i found that acai berry  dun hv any dietary values to loseweight efficiently in my research for my thesis in medical nutrition.. may be it’ll helps to reduced one desires to eat bcoz of the fibre but still u need others nutrient to supports ur physiological needs.. for me the best to loseweight is to works on it, not juz simply eat thing to loseweight n do nothing.. bout curing the cancers.. untill now cancer’s etiology still remains unknown n we only had fews theory but theory still theory, undetermined yet till now, how can they claiming this acai berry can cure the cancers since doctors still be working on the curing the cancers till now.. if eating the acai berry really helps to cures cancer i’ll the first to sanctified it as medical profession myself.. prove it to me plzz.. dear malaysian dun simply believe whats these MLM products promise u.. bout the anti aging.. aging is caused by the oxygen we took in every single breath.. so stop breathing :) apperently all of us will be ages , it’s only the matters of time :)

  • Pingback: Ulasan Produk Malaysia: Alpha Lipid SD II | KevinZahri.com

  • http://ninemustafa.blogspot.com Labi-Labi

    hi kevin, i want to ask one question, how about oat? oat dijadikan makanan diet?

    • kevin_too

      oat memang very bagus untuk heart dan lower kolestrol inside badan we all. Terutama, during time pagi after bangun solat.. then, kita have mesti speak.. melayu, english, melayu, english.. :)

  • Kuruskah

    sory i dont like your statement…
    nampak macam nak jual diri sendiri dan kondem orang lain…

    • salmah jamaludin

      i setuju dgn kuruskah……nak berniaga jangan main kondem barangan org lain….nak berjaya cari jalan meningkatkan jualan bukan menjatuhkan produk orang lain….

  • Rafidah

    satu perkara yang saya sedari mengenai monavie ialah ia sgt acidic bagi sesetgh individu. ini berlaku apabila seorang pesakit kanser perut yang baru lepas menjalani post total gastrectomy surgery mengadu yang dia merasa heart burn dan pedih perut. Selepas membuat diet recall saya dapati dia mengambil monavie acai berry. Tak cukup dengan itu, saya sendiri membeli dan mencuba produk ini, hasilnya saya mendapat gastritis. Saya mmg mempunyai gastritis tetapi hanya ada simptom apabila di ‘induce’ dgn sesetengah pain killer. Seorang rakan sekerja juga mencuba dan beliau juga mendapat gastritis selepas 2-3 hari mengambil produk ini. Jadi Kevin, mungkin anda kena mengambilkira tahap acidic produk ini, tq

  • Mk Saffi

    Hahahahaha.. Pernahkah korang pergi klinik, pastu bill keluar, n u guys mintak diskaun?? Kalau RM 8 mahal sangat.. Penuh je ‘kopi bins’ n ‘setabark’ …. Dulu bila sakit, kita bertawakal kepada tuhan, now bila kita cakap pasal Tawakal its a hospital, dulu, kawan tanyer,, nak pergi mana,, kita jawab pergi pantai nak mandi manda, now , kita ckp nak pergi Pantai Medical centre !!! Siapa yg mampu ., minumla MonaVie, kalau x mampu, minum la misai kucing ke , misai tikus,, ukur baju badan sendiri, mcm juga nak amik personal trainer, ade duit lebih, boleh amik KEVIN , kalau duit kurang amik la ALI HASH (korang x kenal sbb dia x glemer, dia pun best jugak ) . Nak kurus ? Sembahyang lima waktu pun cukup.. Nama saya mk saffi / mk.saffi@gmail.com . Hubungi saya jika nak tau lebih lanjut pasal MonaVie.. Kudos tu Kevin for MonaVie FREE ads.. I loike..

    • ASTRO LANCAU

      pengedar rupanya..padan la beria2..wat penat je baca komen ni haha

    • Syahreen Anuar

      Kahkahkah…padan la..

    • azri

      butthurt nmpak? ngeh3

    • najmi

      patt lah penjual rupnya kalo xde pembeli nnti xde duit tu x leh terima kenyataan hahaha

  • Gold Aril Monavie

    lawak2..statement ape ntah..kevin2..lain kali jngan update benda yg ko tak tahu..ckp jngan main lepas..

    • azri

      kevin tak tahu? atau u yang x boleh trima kenyataan? lawak2

      • drozme

        azri ni mesti anti monavie

        • manusia

          adakah anda penjual monavie?

  • Miss mira

    ada jiran kawan saya yg minum acai berry memang kurus tapi dia dapat penyakit lain iaitu buah pinggang rosak.

    • drozme

      monavie x de jual buah pinggang replacement? laa.. lagi cepat kaya kalau jual produk buah pinggang. psl ni soal hidup mati..

  • drozme

    mari kaya.. biar sakit.. janji herbalife, monavie.. !!

  • Rob van Bos none

    http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSafely/MedicationHealthFraud/ucm276098.htm

    Public Notification: “Acai Berry Soft Gel ABC” Contains Undeclared Drug Ingredient

  • JutawanFarhan

    bg saya ini banyak kepada publisiti daripada info yg sebenarnya.. org tua kata jika takut tersesat jalan lebih baik bertanya.. klu xthu pasal pelajaran soalan blh ditujukan kpd guru btl x?? tp klu xthu pasal monavie tujukan lah soalan kpada org yg lebih mahir jgn memburuk2 pasal perniagaan seseorang. yes monavie ini MLM tp dri segi produk ianya the best… company jaga produk lebih dari membuat duit.. klu ada side effect blh bt aduan trus kpada company.. dan 1 lagi khasiat acai berry ini mcm banyak dikatakan di komen2 nie mencegah dari kanser utk pengetahuan kalian acai berry ini membunuh cell kanser. maknanya sesiapa yg sudah kena kanser pn insyallah blh sembuh.. dan nk menjauhi diri dari kanser jga pn dgn insyallah blh..
    #jgn meniup lilin org kerana dgn meniup lilin sesorg ianya x akan membuatkan lilin kita lagi cerah#
    Assalamualaikum..

Promosi Raya Untuk Lifetime Membership Diskaun RM30