Tips Mudah Kuruskan Lengan

Posted by | July 15, 2011 | Health & Fitness | 19 Comments

Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai dengan meningkatnya usia bagi sesetengah orang.

Di bawah ini akan dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

1. Angkat berat

Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

2. Makanan

Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air

Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. Aerobik

Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.

Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.

5. Boxing

Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’  ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

6. Push-up

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.

Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.

Apa sekalipun, anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!

About Anna

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

  • http://aziyusop2.blogspot.com azi

    hai kevin.
    tak pernah dengar tentang keburukan jika minum air terlampau banyak. boleh terangkan?

    • http://buahpinggangsihat.com Info Buah Pinggang

      Kalau minum air terlampau banyak mungkin akan membebankan buah pinggang. Bagi mereka yang sememangnya ada sakit buah pinggang memang kena kawal pengambilan air,kalau tidak tubuh badan akan membengkak.

  • mawarmerah

    Apa effect kalau kita minum air melebihi 3-4litre sehari?

  • http://www.faizfaiza.blogspot.com Faiz Faiza

    a'ah la kevin. 1st time dengar ni.
    *nak tau juga, betulkah susu & madu tidak patut disatukan dlm 1 meal? tq

  • Anna

    insyaallah in future saya akan menulis artikel berkenaan 'kesan minum berlebihan' untuk informasi kepada semua. tq. :)

    • fara

      ana tido y berlebihan adakah punca kenaikan badan??
      dan kulau tidor kurang plk???
      n knp prmpuan ssh nk trn kn berat dbn??

  • Juliani Zaidi

    Hello Kevin, i just wonder if we use dumbell as the tools of our exercise, especially for women adakah lama-kelamaan muscle-muscle akan mulai terbentuk di lengan? Saya risau jika kerap menggunakan dumbell yang agak berat akan membuatkan lengan jadi berotot sedangkan saya hanya mahu mengecilkan lengan bukan menjadikan ia berotot sepeti lengan lelaki.

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      tak. jangan risau. in fact, women seharusnya berlatih dengan beban just as intense as men … itu baru dinamakan senaman beban yg berquality.but women tidak akan membentuk otot seperti lelaki kerana kekurangan hormon testosterone. so hit those weights :)

      • Juliani Zaidi

        ok tetapi jika menggunakan dumbell, teknik bagaimanakah yg sebetulnya? mengangkat atau menghayun atau bagaimana? jika saya memilih untuk terus menggunakan dumbell yg berat adakah ianya cara yang boleh dan betul dan tidak membahayakan?

        • http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/tips-mudah-kuruskan-lengan/ lalla

          lalalala

  • http://www.rhinoplastyguide.com/ Rhinoplasty

    Exercise the the key to fitness. If we do daily exercise no disease can caught us. In short exercise brings mirth into life.

  • Fitriasusanti0604

    ntr jd berotot ya?? kaya di foto di atas? serem juga ya klo cewe

  • mat

    nak tyan,mcm mna nak luruskan lengan tangan…tangan saya bengkok la…cemmana nak masuk interview polis??

  • Eternal_lin86

    En. Kevin, saya share info2 yang berguna ni dgn kwn2 ye.. thanks.. =)

  • aliaa

    ok thankz so much:)

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=772923350 Ili Hanani

    saya ada baca dalam artikel mengenai kesan minum air terlalu banyak akan menyebabkan hyponatremia.. keracunan air.. jadi semuanya perlu bersederhana.. bukan salah makanan atau minuman tu tetapi kuantiti yang diambil sebenarnya perlu dititikberatkan..

  • felia lurve

    macam mane nak diet cara yang sihat yakni tidak menggunakan ubatan???

  • atifah

    kalau setiap hari angkat dumbell apa kesannya..? adakah tangan menjadi besar ,,,, berapa kalikah angkat dumbell seminggu,, sebab keturunan saya jenis naik lemak dekat tangan dulu berbanding badan…………..

  • Pinky

    dah praktikkan semua di atas..ternyata memang berkesan disamping pengambilan supplement yg selamat & berkesan..actually whatever we do, kita mesti rajin+semangat= berhasil..betul x…..Salam perkenalan pada semua.. meh singgah page iollss https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326 ;)