- Home
- Weight Loss
- Top 10: Baik Buruk Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat.
Top 10: Baik Buruk Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat.
Kini memang ramai kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi boleh penjual produk-produk suplemen MLM.
Pada awalnya diet protein tinggi dipopularkan oleh Dr. Atkins, tapi kini juga diadaptasikan oleh Dukan Diet dan lain-lain.
Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa berpanjangan?
Fakta Menarik Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat:
Berikut ada fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
- Berat turun cepat: Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3-4kg pada minggi pertama (sahaja)
- Berat naik drastik semula: Now katakan anda amalkan diet high protein, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali kepada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan etc, berat air dan nak dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung kepada hubungan glukosa dan insulin.
- Kurang lapar. Memang. Ini kerana insulin levels memang rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
- Jangka masa panjang: Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
- Turun air je ke? Tak jugak. Kalau lah anda betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600-1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci kepada penurunan berat badan.
- Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
- Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD, ketosis dikategorikan sebagai unhealthy metabolic state di mana ketones boleh merosakan fungsi organ dan menjadi pencetus kepada penyakit seperti gout (uric acid tinggi), kidney stones or kegagalan ginjal (kidney). Ketones juga kurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
- Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan kepada fungsi ginjal (kidneys) badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih wear-n-tear akan berlaku kalau ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
- Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori seharian. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
- Berapa gram pulak dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2x potong roti atau 4x paket gula meja kecil.
… tidak kira diet apa pun, kalau nak kurangkan berat badan wajib ada defisit kalori …
Jadi boleh diamalkan atau tidak?
Jawapan itu bergantung kepada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas.
Saya sendiri? Saya amalkan balanced diet atau diet seimang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi whole-grains atau serat.
Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa berpanjangan.
Kevin, saya pernah cuba diet nie dulu, iaitu makan carbo tidak lebih dari 50g sehari, low fat food yang tidak melebihi 0.5g fat dan snack protein setiap 2-3 jam dan saya hilang berat dalam 20kg dalam masa 3 bulan..masalahnya setelah beberapa bulan mengamalkan diet ini, kulit sy mengalami alergik yang sangat teruk sehingga menyebabkan i masuk hospital. Puncanya doctor kata kehadiran protein yang sangat tinggi dalam badan. Kadang2 rasa menyesal pulak buat program diet ini dulu. Sekarang nie saya mengamalkan diet seimbang. No more low carbo diet..serik.
sorry to hear Zara. thanks for sharing.
kesian, maybe rabbit starvation sebab ratio FPC tak betul bila buat low carb 🙂
salam zara nk tnya u alergik yg macam mne ye
Saya xphm ayat ni la kevin. “Note: Tapi kalau saya perlu kurangkan water retention untuk photoshoot etc, yes saya akan kurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.”
. Bole xplain x?
Nurul-rujuk note Kevin yang first, kalau kita kurangkan carbo, dan ambil tinggi protein, badan akan hilang air dan berat kita akan turun cepat.
betul.
ic. Honestly, i’ve tried so many kind of diets and even went o famous slimming centre. They always not encourage u to drink water after 9pm. sb takut bloated. is it true? but i felt so thirsty. Well.. i didnt lose much weight compare to how much i spent. back to basic, i believe in balance diet and exercise je. those things mcm nk bisnes je for me. about the water intake? any restriction ke ? especially malam2?
i drink whenever i want … including at night.
Mcmana pula dgn peranan air masak seperti yg disarankan dlm program Atkin Diet ini? Minta perjelaskan….
Apa2 diet … water intake penting kerana pemgambilan air yang baik (banyak) dapat kurangkan water retention .. air will flush out air ….
Amalan pemakanan saya lakukan dengan cuba mengira (seberapa boleh) nilai kalori dari setiap jenis makanan yang diambil. Breakfast misalnya nilai kalori lebih kurang 300-400. Lunch = 800 Dinner = 800 dan dan maksimum sehari tidak melebihi 2000 kalori. Umur saya 60 tahun. Apa pandangan tuan?
from my point of view…. Protein tumbuhan lebih selamat dari Protein haiwan dan dari sesetengah makanan….. 😉
[…] beban yang tinggi kepada buah pinggang, gout dan lain-lain. Sila baca blog post saya yang bertajuk Top 10: Baik Buruk Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat. … Jangan ikut mana-mana tren masa-kini, tanpa dapatkan informasi lengkap terlebih dahulu […]
Hai, i likeee this website 🙂
Hi Kevin,
U must know about diet in Inferno program (8 weeks challenge), what u think about it?
[…] Walaupun ia tren masa kini, lagi-lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein. Elak daripada pemambilan protein terlalu banyak. Ia boleh berikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, gout dan lain-lain. […]
Diet atkin kurangkan karbo…turun cepat.selepas fasa 2..dan akan ke fasa 4.apabila mengikut fasa 4…mkn nasi…roti..buat..mengikut keperluan..berat akan turun tak…kalau naik!!takut makk
Berat badan ideal idaman semua
usaha dan kena disiplin ????????
detiksihat.blogspot.com
Kevin, 12 tahun lps umur 26tahun my weight about 87kg with height 157cm..start diet just reduce kalori n cut consume sugar..sehari cheatday tp still control..5days a week jogging 2.4km dlm stgh jam. dlm 2 bulan hilang 20kg.
Sekarang 37tahun dan berat dah cecah 85kg..start buat diet atkins..10days turun dlm 3kg..just nak tanya ada impact tak dgn faktor umur utk buat diet atkins atau sy patut buat diet yg mcm first dulu..which one better?