- Home
- Weight Loss
- 10 Tip Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan
10 Tip Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan
Apa itu metabolisme? Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah.
Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
Metabolisme bagi setiap individu berbeza.
Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat. Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:
#1 Minum Air Secukupnya.
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
#2 Jangan lupa suplemen kalsium.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
#3 Makan!
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
#4 Tidur yang cukup.
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
#5 Jangan Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
#6 Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar. Lakukan senaman menggunakan pemberat.
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
#7 Lakukan senaman menggunakan pemberat.
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
#8 C untuk Cergas.
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
#9 Pedas!
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
#10 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.x
[…] salah satu cara yang dapat dilakukan bagi mereka yang mahu kurus. Apa itu metabolisme ? Menurut Kevin Zahari, metabolisme ini ialah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan […]
Pls help me
Sy azimah Dr Melaka.. Berat 85kg tggi 163 cm ?…
Makan pedas tu , contoh makan meggi pedas ke ? Or mkn cili ?
Junkfood xbaik act.. so better elakkan mkn fast food and junkfood klau nak kurus?
Benar sekali. Memahami dengan baik metabolisme tubuh itu sangat penting. Orang seringkali gagal dalam diet karena ia tidak bisa mengontrol BMR-nya.
Sangat menarik, Saya izin share.
Info menarik kevin! Tq for sharing.. Jom lawati blog saya http://www.jomsihat4u.com
Info yg sgt bermanfaat..mohon izin share ye..sudi2 la melawat blog saya nhsakura.blogspot.com. tq =)
sya x pasti sama metabolisme sya rendah @ tinggi..sya slalu mcuba utk diet tl hasilnya mmg myedihkn..bpuasa to berat bdn msih sma..ade rakan muyatakn hal bkaitan metabolisme sya..blh coach bg pncerahan
Info yang sangat berguna…. mohon share yer …
Jemput lawat http://sihatceriahappylife.blogspot.my/2015/09/dengan-air-pun-boleh-cantik-edisi.html
info yang bagus tq
jemput singgah di http://www.aidasehat.com
Salam. Saya nak tnya . Untuk tingkatkan metabolisma, salah 1 minum teh hijau dalam 4-5 kali yang diberitahu encik. Adakah teh hijau tu diminum dengan air putih tanpa gula @ susu? @ pun boleh dibuat minuman bersama gula @ susu? Untuk tingkatkan metabolisma .
Thanks for this info! Very helpful 🙂
http://www.bumpyella.com
[…] Sumber : Kevin Zahri […]
Tentang pengambilan teh, mengapa ada arkitel yang menyatakan tidak sihat jika melibihi 2cawan dlm sehari? Yang manakah yg benar?
Kafein ok x utk bakar kalori
kevin bagaimana kalau kite mgambil lebih dari 5 cawan air teh hijau sehari? ada apa apa effect ker?
kalau minum teh hijau tanpa gula, tiada penambahan calorie tapi kalau teh hijau anda bercafein, perlu prihatin tentang jumlah pengambilan caffeine secara am.
info yang bagus, tq en kevinzahri
Kevin,cadangan teh hijau yg terbaik?
dulu berat saya hanyalah sekitar 60-64 dengan ketinggian 165cm, namun sejak saya mengalami masalah tidur, saya kurang tidur waktu malam menyebabkan saya lebih tidur di siang hari, 6 bulan lepas sy dapati berat badan saya naik mendadak walahpun saya makan portion yg sama sebelum ni, sekarang dah 73kg..
Saya amat meminati sukan tetapi jika saya melakukan senaman sering kali cepat merasa penat dan tidak dapat membuat perkara lain…apakah cara yang perlu saya lalukan untuk mengatasi perkara tersebut ?
jangan buat senaman terlalu ekstrim.. mulakn dengan senaman berjalan seperti biasa, itu yang saya buat utk mengurangkan penat.. lama- lama akan keluar peluh juga
[…] Kevin Zahri berkongsi di laman web beliau 10 tip mudah yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan metabolisme badan, sekali gus mempercepatkan berat badan turun. […]
baru saya tahu kalau nak kurus, kena fokus untuk tingkat motabolisma dulu….lagi-lagi motabolisma perempuan lagi rendah dari lelaki….tqqq
saya nak tnya macam mana nak tahu berapa kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari dan macam mana nak kira kalori dalam kuantiti yang sikit untuk mendapatkan berat badan yang ideal,terima kasih.
Jenis snek yang dapat meningkatkan metabolisme tu macam mana ya
untuk tingkatkan metabolisma, paling baik adalah aktifkan diri dan bukan lah snek semata-mata 🙂
Nk tnya pendapat . Kalau nk tingkatkan metabolisme dengan meminum produk fat burner oke x?
Thnaks tuan , sgt mbantu ..
Salam.. slmt berpuasa. saya Mohammad bin hj Saini dari Kuching Swak.. Berumur 53 tahun.Berat badan asal 77kg..tinggi 170cm..Berat terkini 65 Kg.masalah saya sekarang berat badan turun nendadak dlm 2-3 bulan ini.. Seperti symptom cepat berpeluh.. badan terasa panas n jantung kuat berdegup ada pada saya.. Adakah metabolisme saya tinggi dan bagaimana nak naikkan kembali berat badan saya terima kasih..
[…] Kevin Zahri […]
Sir, what if metabolism high?
Kalau your metabolism is natural high and say you want to gain weight, you need to 1) makan more than you burn 2) include senaman bebanan.
Menjaga kedehatan mentabolisme tubuh memang sangatlah penting