- Home
- Weight Loss
- 10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda
10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda
Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.
Ingin panduan tip diet ala gaya hidup di Malaysia? Dapatkan eBook “25 Tip Diet Untuk Kurangkan Lebih 25kg Setahun”
Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
- 1.
Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
- 2.
Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
- 3.
Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta. - 4.
Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
- 5.
Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
- 6.
Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. - 7.
Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
- 8.
Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan. - 9.
Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.
makanan bergoreng tu la yg ssh nk tinggal :p
hemm…i will try ur tips…
Kata sepuluh..tp kenapa ada 9 je…hihi
hmmm lol … nanti let me tambah one more atau tukar title post 🙂
bagimana pula dengan oat?yg saya tahu kandungan oats gula lagi tinggi dari air Coca Cola. And yg terbaik ialah rolled oat. Betul Ke?
yang “terbaik” adalah “steel oats” takpe ia kurang praktikal untuk dimakan.
how about makanan yg mcm kerepek pisang sume tu ??
pun tak sihat …. tapi once in the while bole.
thanks . =)
Kalau macam kuey tiaw sup boleh x sdr kevin zahari?
Boleh ke minum nestum oat 3 in 1 original? Sy mengambilnya ketika sarapan pagi ketika subuh. Diselangi buah kurma @ buah pisang.
Please sugest makanan diet untuk bulan puasa
hmm… susah… masak sendiri je la.. buat frozen food sendiri and then microwave
i pun suka masak sendiri …. better control that way.
kena blaja masak la nie? adoi……………
Kenapa item ada 9 sj? Bkn 10?
Typing error i guess. Sorry ya. 🙂
kalau cold sandwich macam kat subway tu dikira fast food ke tidak?????
tuna dlm tin, kandungan protein bagus.. mcm mana tu..
kevin, sekarang ni banyak minuman segera contohnya kopi spirulina. klu tgk panduan nutrici hanya 77 kcal je… boleh caye ker? minuman coklate oat pun ade. tp klu nak minum minuman segera spt kopi kacip fatimah ke, superpower ke i tak berani pulak bile tgk kelorinya tinggi sangat. boleh tlg jelaskan tak?
Saya x makan oat. Boleh tak ganti dengan nestum??
Salam admin,
Adakah semua creamer tu tak elok?Macam saya suka minum kopi radix.
Secara ringkasnya, bahan untuk menghasilkan non-dairy creamer tersebut, salah satunya adalah 'hydrogenated vegetable oil. Hydrogenated oil ini mengubah lemak tidak tepu kepada sejenis asid lemak iaitu trans fat. Trans fat ini tidak elok untuk kesihatan kerana ia dikaitkan dengan penyakit jantung dll.
Tip yg ke-10 tu msti brsenam la kn.. apa contoh senaman yang cepat membuang protien berlbihan dlm bdan?
macam mane pulak dgn nescafe…??
Nescafe juga mengandungi cafein. Anda masih boleh minum nescafe, cuma perlu di kawal pengambilannya.
Apakah perkara yg paling bgus utk mengurangkan 5kg shj lg??.,selain bersukan, sbb mengalami injured kerana hyper aktif-accute disc prolapse.,alahmdulillah da turun 9 kg.,
kalau minum air kosong 2liter sehari cukup ke?
Jumlah keperluan air dalam badan bergantung kepada keperluan badan masing-masing. Jika anda kurang berpeluh, kurang melakukan aktiviti, dan banyak makan makanan yang mengandungi air seperti sayur dan buah-buahan, anda tidak perlu minum air dengan banyak dalam sehari.
betul itu
i need to lose 8-10kg in 2 months… blh ke kalau stop terus makan nasi?? nak replace dgn apa utk elak kena gastric and starving… 🙁
Slm coach,kalau minum nescafe pagi dan petang buatan sendiri bkn drpd kedai..ok x utk diet?
protein shake ape yg paling bagus?snek yg baik utk diet yg mcm mane?
Bagaimana nak mengatasi masalah sembelit.. Pisang, betik, minum air kosong, oats, semua tak jalan.. Tp kalau minum slimming tea atau laxatives br ok.. Pls advise, t kasih.
Kalau makan 2 ketul ayam goreng waktu lunch ok tak? Ke perlu dielakkan semasa berdiet??
saya rasa yg ke 10 tu makanan ringan kot etc keropok.
kalau minum kopi ‘o’ dgn gula ‘EQUAL’ boleh ke?
terbaekkk ! ye ! sy mmg x mkn mkanan yg bertepung mcm r0ti , kuih muih n mee . kwn2 , kne mnum byk air untuk membantu membakar lemak . bykkn mnum air suam pada waktu mlm agar dpt membakar lemak dgn cepat . jgn lupa buat senaman kardi0 sperti bj0ging
dah ada kes org yang mengamalkan minuman herba + kopi / teh dsb telah mengalami masalah buah pinggang.. malah di Kem. Kesihatan M’sia telah menasihatkan agar berhati-hati mengambil minuman kesihatan jenis 3in1 dsb..
minum air banyak main peranan.. saya dh hilang 5.9kg dlm tempoh 4minggu.. tp saya guna herbalife :)..
Ya..setuju sangat…minum air masak yang banyak dapat membantu memecahkan lemak…saya dah hilang 5 kg dalam masa dua minggu…1 hari 5 liter air..saya juga berjoging dan bemain badminton..syukur sangat..
kalau makan nsi 2 kali shri untuk diet ok x??
saya nak turunkan brt bdn 10kg dlm msa 2bln.
2x? cuba 1x je yakni lunch sahaja. itu pun amik setengah senduk.sayur banyak & lauk. in sya Allah boleh. waktu2 lain replace dgn roti/biskut gandum. ptg jogging/jalan (kalu jogging pagi,pakai sweater…biar peluh kuar banyak), nak lagi best main badminton atau squash.mmg mencurah2 peluh kuar.hihi. mlm mkn buah/minum air je sekadar hilangkan lapar.
LIKE!!
Kevin, how about yogurt? Sometimes I’m craving at night then I used to take 1 cup of yogurt… Ganggu diet ke?
yogurt bagus untuk diet
greek yogurt paling bagus
pernah try green fit? supplemen fiber. mmg berkesan utk sembelit
sye dah cube pnggunaan green fit..mmg berkesan..dalam mase sebuln..berat saya turun sebnyk 5kg..jika ada yang berminat..bolehlah pm saya d fb…suriamalcomandrewphillips…
Adakah oat bagus utk diet??
Adakah oat bagus utk diet?
hw bout tutti fruity ice-cream??? sesuai ke tidak pada mereka yg sedang berdiet…?
kenape setiap komen x jawap Kevin? org bertanya untuk kepastian..sebagai pakar, jawap la pertanyaan..setakat posting je, buata pae..org bertanye maksudnye org berminat nak tau lebih detail.
agak2nya blh ke trn berat bdan dlm 3 bulan??
Bagusss
saya selalu bergantung pada kopi untuk minum pagi. saya sangat suka makanan ringan tapi, alamak oi…. susahnya nak tinggalkan semua ni, tapi x apalah saya akan Diet & lompat tali 300 hari untuk turunkan berat badan 20 kg, figthing (*_*) TQ Mis kevin
huhu.. kegemaran dari dulu sampai skrg adalah Kopi Susu…setiap kali ke kopitiam pasti coffee y d order..
adekah kacang boleh menggemukkan?
kacang tu karbohidarat, dalam proses diet, kalau boleh jangan ambik langsung karbohidrat such as nasi, kacang even roti…
saya dah start diet seminggu turun 5 kilo.. tak makan karbohidrat punya pasal 🙂
minum air banyak,sememagye kite kena minum air masak yg byk.dlm ms 7bln saya trun 22kg.syuku sgt dgn herbalife,dan gembira sepanjang ms
Boleh tahu brapa liter you minum sehari?
Can I lose my weight just for a week ?
Boleh.. if u follow a specific meal plan… Currently I’m on Shaklee detox program.. In just 6 days hilang 3kg 🙂
Nak Turun 25 kg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tapi x menjadi cube bagi Tips Makanan Yg perlu untuk mse Diet 🙂
Puasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa. Setakat ni saya mampu menganggap nasi bukan lah satu-satunya sumber karbohidrat saya. Ia mengambil masa juga. Mulakan dengan mengambil nasi segenggam sahaja setiap kali makan. Bagi saya nasi putih lah punca kegemukan (kalau ia tak di ambil secara terkawal)..
nice…….,
macam semua je tak boleh. Habis nak makan ape -.-
oat adlh yg tebaik kalau xnak mkn nasik…..pelbagaikan resepi oat sperti tmbhkan lauk, sayur etc
i dah turun 10kg..tp mslhnyew nafus mkn mkin lame mkin menjadi2..ade idea cmnew cre nk atasi nafsu nie??nk sgt2 kurus..
I suggest u makan tanpa nasi. Recently, i avoid makan nasi dlm smggu. Alhamdulillah as a result, nafsu makan i menurun but berat masih sama. Just in the moment focus on nafsu x makan nasi. Nak turunkan berat jgn tergesa2 but enjoy it bak kata Kevin Zahri. if u tergesa2 wat u target for this diet thingy boleh gagal. Just for sharing 🙂
Dlu brt sye 67kg dlm mse 1bln sye dpt turnkn 62kg tnpa ap2 splment..seng j nk diet smngt n nekad msti ad..tiap hr sye jgging 4km(40mint)..lau mkn msti la kne jge tau..pg sye mkn oat cmpur 2sudu kcil milo t.hri mkn bers herba faiza tajmhl lauk goreng2 xmau tau n bykkn syur..yg pling pntg air mnirel 3litr 1 hri n bykkn mkn buahn..pstikn 1 hri klori xlbih dr 1000 lau nk btl2 diet..akhr bln 10 ni sye nk dptkn 55kg doakn moga bjaya ye..:-)
sy sdah bca tp sy rsa sy x bleh try sbab smua ny favourite food sy
sy tamaw try…biaq lh gmoxx pn..sy skong comment iiva aiizul 2..hehehe
hi…just want to ask kevin regarding hydroxycut GNC product??is it good for me to buy this??i wonder it will give the bad affect soon??
macam mana beli buku tu?
stressful skang….berat lebih 80 lepas bersalin anak ke 3….dulu berat 65 jer dgn 168cm…huhuhu..tak sempat nak exercise sebab kena jaga anak2 kecil
Hai,nak tny antara nasi dgn nestum mane satu lbh kalori?tq.
makan lauk sahaja tanpa mengambil nasi/karbohidrat, ok ke?
Protein Cinch shake Shaklee terbaik!Contact for details..01124189402
betul..sy turun 6 kg dalam mase due bulan..makan nasi satu senduk..lauk byk..terutama sayur..bersenam sekali seminggu je..itu pun satu jam je…tp sy amal diet nie bersame2 herbalife..ape pun air kosong adalah bende yg paling penting kalu nk turun berat badan…minum byk2..sy minum 6 liter sehari..dgr byk kan..? tp sebenarnye x byk..bile anda sentiasa bawe air disisi anda.
Nak tanya,En.Kevin ada memberitahu bahawa makanan seperti instant tidak baik untuk diet harian.Tetapi adakah ianya bermaksud instant oatmeal juga tidak bagus untuk diet harian saya?
“Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat” mean kevin mgkin cam maggi or something yg terlalu byk perasa.instant oatmeal bagus tok diet harian sy pon amalkn n sy combinekn skali dgn pisang or susu segar.no need to worry just proceed ur diet with instant oatmeal
amalkan detox water or infused water.sy pon kdg2 smggu susah nk buang air besar after amalkan detox water e.g. lemon n oren alhamdulillah hari2 setiap pagi sy akn ke toilet
betul ke tepung yg telah bleach tiada khasiat ? rsnya mcm pernah terbaca mmg standard biasa proses bleach ni dan tepung tu still berkhasiat..
macamana dengan bubur segera? oat segera? takda khasiat juga ke?
hmmmm okayyy !
sy makan oat pgi & malam…berat turun cepat je…
Oat tu masak ke atau makan mcm tu je saya susah nk telan la oat
Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.
Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:
1. DIABETES
2. PENYAKIT JANTUNG
3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
6. GANGRENE
7. TIROID
8. STROK
9. DAN BANYAK LAGI…
CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:
1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber
Elakkan yang bergoreng.. mkn yang grill atau steam
kalau saya buat roti capati sdiri, menggunakan sedikit minyak+marjerin+air garam. dan menggorengnya tnpa menggunakan minyak. saya wrap dgn sayur-sayuran dan dada ayam. boleh atau tidak?
Numbering tu buat saya susah nak fokus. Apa-apa pun perkongsian yang menarik.
Kebanyakkan makanan yang disenarai ialah makanan harian saya masa waktu belajar kat kolej tu. Tapi saya pernah cuba cara menurunkan berat badan dalam seminggu
Selamat ke cuba cara ni?
terimakasih gan incformasinya,sangat membantu sekali sekarang ane tau mana makanan yg tidak boleh di konsumsi ketika peroses diet,jadi ane gak asal-asalan makannya
—————————————————-
http://saratsehat.blogspot.com/
[…] 10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda […]
[…] 10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda […]
Macam mana kalau makan kekacang yng dalam tin tu.. Kacang peas yang ada hijau dngn kacang panggang?
Terima kasih kepada tips yg diberikan….??
How about cheesedale
kalau roti yang dibakar pun sama ke?
Mcm mana plak dgn orang yg ada gastrik ? Pemakan apa yg perlu diambil dan dielakkan semasa diet yea. .
Nak tahu.. Capati n tosei boleh tak makan masa berdiet
En. Kevin boleh ke dalam seharian kita makan apa sahaja tetapi masih dalam kalori harian yang kita perlukan? Dan jaga permakanan manis. Tq
[…] Sumber kredit: Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kevinzahri.com […]