Tekanan Darah Tinggi

Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.

Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • Julie

    Bolehkah pesakit darahtinggi melakukan senaman setiap hari 30 minit?

  • andreas

    kami ada rawatan eksklusif untuk darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi. sila ke website kami >>> http://tsynn0.wix.com/darahtinggi

  • http://www.facebook.com/syty.fatmh UmmuDareen CtFatima

    Thank you for the article.

  • zetty

    Bolekah pesakit darah tinggi yg teruk brbekam?

  • surti

    ya terima kasih atas infonya >> ustadgunturbumi.com

  • http://www.facebook.com/syibri.afnan Syibri Afnan

    saya berumur 25 tahun. setiap hari saya barulang ke tempat kerja pergi dan balik 30km.

    saya seorang yg aktif bermain bola setiap hari sekarang (tp pada 2008-2010 saya tidak bermain lagi kerana study)

    sekarang berat badan saya 71kg
    tinggi 167 cm
    tekanan darah 151/83 mmg.

    secara amnya saya merasakan diri saya sihat. tetapi tekanan darah menunjukkan sebaliknya. apa yg patut saya lakukan dari segi pemakanan(apa yg paling banyak kena makan & apa yg tak perlu langsung utk sy makan?) bg membantu mengembalikan tekanan darah kembali normal disamping mngurangkan berat badan ideal kepada 65kg.
    i really need help here.

  • azura
  • Pingback: Kisah pesakit Tekanan darah tinggi()

  • Alang Mujahid

    Jangan biarkan diri anda selalu stress. Anda mesti sedar cepat sama ada anda sedang menuju ke arah stress, oleh itu bertindak keluar dengan kaedah-kaedah menyeimbangkan tuntutan kehidupan. Bersenam, berjogging, beriadah dan bergelak ketawa boleh membentuk perasaan positif dalam diri sekaligus mampu menurunkan tekanan perasaan. Ia adalah gabungan dan juga alternatif yang ada untuk menghilangkan stress secara mudah dan berkesan. Yang penting konsisten untuk melakukannya berulang kali dan apabila sudah sihat sedikit jangan sekali-kali ditinggalkan. Terus lakukan kerana penyakit ini mungkin akan datang dan singgah semula di tubuh anda.

  • amira

    Betul . Saya setuju !! Namun pengambilan gula juga penting bagi mengawal tekanan darah tinggi ANDAA!! MARI BERTUKAR KPD GULA ORGANIK!! menakjubkan hya setitis mampu memaniskan minuman anda! dptkan Royal Sweetener STEVIA dari daun STEVIA. 0135263172/ amira.musly@gmail.com . TQ tuan tanah ;)

  • mazmohd

    Info yg sangat berguna. Mama saya mempunyai tekanan 190/90 kadang lebih. Sudah terlalu kurus tetapi tetap mempunyai masalah tu. Kena tengok diet dia lak..thanks utk info.

  • Hairunissa

    Just nk share ttg cara cegah darah tinggi berunsurkn bhn semulajadi tanpa kesan sampingan..Jom singgah k blog sy.
    http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/11/cara-mengatasi-masalah-darah-tinggi.html?m=11/cara-mengatasi-masalah-darah-tinggi.html?m=1

  • Habibah

    Hai, nak tanya sikit boleh. usia muda dalam likungan 16 tahun pun boleh dapat tekanan darah tinggi jugak ke?

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.