fbpx

Rahsia Diet Nurzulaikha Kurang Berat Badan 30kg dalam 6 bulan.

Nurzulaikha Mohamed

  • Umur: 24 tahun
  • Tinggi: 162cm
  • Kerjaya: PSH di Lembaga Peperiksaan.
  • Berat Asal: 105kg
  • Berat Selepas: 75kg
  • Jangka Masa: 6 bulan
  • Tinggi:156cm.
  • Facebook: Ikha Mohamed.
  • Twitter: @ikhamohamed.
  • Instagram: ikhamohamed.

Assalamualaikum. Saya Ikha Mohamed berasall dari Kuala Lumpur dan saya merupakan bekas pelajar lepasan U dan baru sahaja bekerja. Saya merupakan peminat tegar makanan “fast food”. Dalam seminggu ia menjadi makanan rutin harian saya. menyebabkan badan saya mula naik sejak saya berumur 15 tahun dengan berat sy ketika itu ialah 60 kg. dan berat badan badan saya naik secara berperingkat sehingga umur saya 23 tahun dan berat saya mencapai 105 kg! Saiz baju saya semakin meningkat dari size 40 sehingga 50. saiz seluar yang meningkat dr 32 ke 40. Saya juga berasal dari rangka badan yang besar. Ketika saya gemuk muka saya dan badan saya macam orang yang lebih berumur dari umur saya.

Kehilangan ibu tercinta menjadi pendorong.

Kadang kala saya terasa malu apabila keluar membeli belah dan sales girl memanggil saya kakak sedangkan saya muda dari usianya. Bila cakap tentang masalah berat badan memang saya tak sedar dan tak terfikir sampai satu situasi apabila susah mencari saiz baju. Susah hendak berjalan dengan keadaan yang selesa dan rasa rendah diri serta kurang keyakinan diri yang sangat tinggi. Saya pernah cuba kurangkan tapi gagal sebub berat badan saya yang mudah turun dan naik menyebabkan saya mudah putus asa.

Keinginan saya untuk berubah timbul apabila saya telah kehilangan ibu saya yang tercinta. Pengambilan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan ibu saya mendapat strok dengan sekelip mata. Ia memberi pengajaran kepada saya apabila saya juga terbuka hati untuk berubah apabila saya dihina sebagai perempuan yang tiada paras rupa dan mudah diejek gemuk dengan sesuka hati. ia membuka mata saya bahawa saya berubah bukan hanya untuk kurus dan nampak cantik tetapi saya ingin hidup sihat macam orang lain.

Berat badan naik semasa di universiti

Saya merupakan seeorang bekas pelajar yang baru sahaja bergraduasi pada bulan September 2013. Sebelum ini saya mengamalkan pemakanan yang sangat tidak sihat . menjadi seorang pelajar kadang kala boleh membuat kan kita rasa sangat stress dan keinginan untuk makan sangat tinggi tanpa mengira waktu. pemakanan yang salah di mana saya tidak suka mengambil sarapan pagi kerana akan berasa mual. Saya mengambil makanan berat pada tengahari dan malam dan lebih selesa makan di waktu malam pada kuantiti yang banyak seperti nasi yang penuh, maggi goreng. Sebagai contoh saya tidak gemar untuk makan sayur menyebabkan selera saya beralih kepada ayam goreng, telur dan sambal yang merupakan makanan kegemaran saya setiap hari. Antara penyebab kenaikan berat badan saya yang utama ialah Nasi Lemak. Saya merupakan peminat tegar makanan bersantan dan bergoreng. Saya pernah mencuba utuk kurus pada tahun 2011 hingga sanggup memakai duit PTPTN saya semata-mata untuk kurus tetapi gagal disebabkan produk tersebut tak kena dengan diri saya dan tiada perubahan langsung pada diri saya , menyebabkan berat badan saya naik mendadak sehingga ramai orang menegur penampilan saya ketika di Universiti. Saya juga gemar tido selepas makan dan kurang mengambil aktiviti riadah yang dianjurkan di universiti.

Ikut tips Kevin Zahri tapi dengan kemampuan diri sendiri.

Setelah saya berniat dan berazam ingin menguruskan berat badan bermula pada bulan Jun 2013 saya sentiasa up to date and follow Instagram dan Facebook Kevin Zahri. Dalam diam saya cuba untuk ubah diri saya tanpa pengetahuan orang lain sehingga kawan kawan saya sedar akan penurunan berat badan saya. Saya juga sentiasa melihat post terkini Kevin di laman sosial dan saya akan cuba memahami dan mempraktikkannya. Saya juga sentiasa melayari video-video terkini yang di post di website Kevin dan cuba lakukan walaupun saya tahu saya tak buleh lakukan senaman yang teruk- teruk akibat berat badan saya tapi saya tetap tak putus asa sebub saya betul- betul kuat hati untuk kurus.

Segala senaman cardio dan cara cara untuk membuat cardio, senaman ringan, pemakanan, kata-kata motivasi semuanya saya print dan tampal di bilik saya dan saya amalkan. Itu cara saya belajar dati Kevin. Alhamdulillah selama 6 bulan sahaja badan saya susut dan semakin sihat. Kawan- kawan saya yang datang ke rumah sedar akan kesungguhan saya untuk kurus dan mereka juga menjadi pembakar semangat saya dan alhamdulillah mereka juga turut mengikuti cara saya belajar dari Kevin untuk gaya hidup sihat!

Tidak, saya langsung tidak menggunakan sebarang supplement, ubat kurus, krim kurus dan sebagainya.

10 Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?

  1. Amalkan makan bijiran, oat
  2. Minum yogurt
  3. Minum green tea
  4. Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu. (Untuk panduan dan belajar menyusun diet untuk keperluan kalori, dapatkan eBook Kevin Panduan Kurang 5kg 5 Minggu)
  5. Membuat cardio tiap malam or menari
  6. Makan buah-buahan segar .
  7. Eat healthy foods only tapi ada seminggu sekali untuk cheat day.
  8. Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
  9. Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
  10. Satu tips yang saya amalkan sampai sekarang elakkan atau kurangkan makanan fast food. Baru saya sedar, bahawa fast food la pembawa kegemukkan saya.

Fokus kepada senaman cardio dan senaman circuit.

Bentuk senaman yang saya lakukan saya kerap melakukan kardio. Sebelum ini saya tidak bekerja dan saya kerap melakukan kardio pada waktu pagi selepas breakfast dan malam selepas makan malam sebelum pukul 7. Tetapi setelah saya mendapat kerja saya membuat cardio pada waktu malam sahaja dan kadangkala saya menyertai gym selepas balik kerja. Di gym saya amalkan bermain tredmill sebanyak 3kilometer dengan kelajuan tahap 6 tanpa henti dan cycling. Jenis cardio yang saya lakukan yang merupakan langkah yang saya wajib lakukan ialah backward lunges, jump rope, jumping jacks, butt kicks, squat, plank, crunches, cross crunches, high knees, leg raises, knee pulls dan push ups. Pada hujung minggu jika ada kelapangan saya akan pergi berjogging untuk 2km dah memadai. Jika saya bosan dengan cardio saya menari mengikut rentak lagu.

Pesanan kepada anda yang ingin kurang berat badan:

Kata-kata yang pernah Kevin post di instagram yang saya ingat sampai sekarang ini dan saya sendiri nasihatkan untuk mereka di luar sana “ukur badan kita bukan hanya melalui timbangan, tetapi ukurlah badan kita mengikut apa yang kita rasa, jika kita rasa selesa dengan badan kita itulah yang terbaik”. Jangan hanya berharap pada timbang semata- mata. Dan ingatlah saya pernah merasa perasaan apabila menjadi seorang berbadan besar, jika kita kuatkan hati, disiplin insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Percayalah. 

Privacy Preference Center