fbpx

Obesiti kanak-kanak? 10 tips untuk ibu bapa

Dalam 1-2 tahun ini, topik kegemukkan kanak-kanak sering menjadi tumpuan media. Hari ini, sekali lagi Nona TV3 bincangkan topik ini. Walaupun saya kurang setuju dengan tindakan Nona dan media interview kanak-kanak obes secara terbuka, di sini saya ingin kongsi 10 tip mudah yang ibu bapa boleh amalkan untuk kawal berat badan anak mereka.

  1. Biar kasih sayang bertempat: ramai ibu bapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Nanti yang susah anak tu juga. Kesian dia.
  2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.
  3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan anda denga konsisten.
  4. Makanan ringan untuk hujung minggu: Biarlah makanan sepanjang Isnin-jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chips, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.
  5. Masa riadah setiap hari: Di zaman cyberworld, penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti2 fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
  6. Kawal masa untuk PS3 dan telefon bimbit: Macam dalam tip di atas, pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak MALAS!
  7. Sediakan snek yang sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.
  8. Ketahuikah keperluan kalorie anak anda: Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Ia bergantung kepada jantina, umur dan paling penting kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
  9. Semak diri: Tahukah anda keperluan kalori seharian anda mahupun diri sendiri?
  10. Buang tabiat lama: Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.
  11. Ia tanggungjawap anda: Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.

Gambar Saya Sejak Kecil

Privacy Preference Center