20 Tip Diet Yang Anda MESTI Tahu

Berikut adalah 20 tip diet yang anda mesti tahu sekiranya anda ingin kekalkan berat badan dan kesihatan yang optimum untuk diri anda dan sekeluarga.
Tip-tip ini disediakan oleh hospital Prince Court Kuala Lumpur sempena Bulan Nutrisi 2012.

Sila layari laman web Prince Court untuk maklumat lebih lanjut.
  1. Nikmati sarapan anda setiap hari. Ini akan mengelakkan anda mengambil makanan
    yang berlebihan kemudian. Sarapan juga memberikan anda tenaga dan meningkatkan
    daya konsentrasi dan pemikiran anda.
  2. Limau, betik, jambu, lemon, grapefruit, strawberi, tomato dan kentang adalah sumber
    Vitamin C
    yang baik. Makanan yang kaya dengan Vitamin C dapat membantu badan
    mendapatkan zat besi yang lebih apabila dimakan bersama daging atau kacang.
  3. Kekal cergas adalah bukti bahawa seseorang itu mengamalkan pengambilan makanan
    yang sihat, melakukan aktiviti fizikal yang cukup dan mempunyai berat badan yang
    berpatutan. Jika sihat, badan anda akan berfungsi dengan baik dan anda akan merasa
    selesa!
  4. Kafein dapat membantu menghilangkan ngantuk, tetapi ia juga akan memberikan
    kesan yang kurang baik kepada badan jika diambil berlebihan. Kanak2 yang
    mempunyai berat badan 60 paun dan mengambil 2 gelas minuman ringan dalam
    sehari akan mendapat jumlah kafein yang sama dengan seorang dewasa dengan berat
    badan 175 paun yang minum 8 cawan kopi!
  5. Kanak2 yang mempunyai berat badan 60 paun dan mengambil 2 gelas minuman ringan dalam
    sehari akan mendapat jumlah kafein yang sama dengan seorang dewasa dengan berat
    badan 175 paun yang minum 8 cawan kopi!

  6. Vitamin A adalah sangat baik untuk gigi dan kulit selain dari membekalkan tenaga
    kepada badan. Vitamin A boleh didapati dalam bayam, buah-buahan dan susu.
  7. Otak anda mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan anda
    mendapat makanan & telah kenyang. Jadi, nikmatilah hidangan anda dengan perlahan
    untuk memberi otak anda ruang mendapat mesej bahawa “Anda sudah kenyang!”
  8. Minum banyak air atau minuman lain yang bebas-kalori. Kita sering keliru antara
    dahaga dan lapar. Kekeliruan itu kadangkala akan menyebabkan kita mengambil
    makanan yang berlebihan sedangkan hanya satu gelas air sahaja yang diperlukan.
  9. Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti dan lebihkan
    sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Anda mampu membuang 100-200 kalori dan
    seterusnya mengurangkan berat badan.
  10. Gunakan papan pemotong yang berasingan: 1 untuk makanan mentah seperti
    daging, ayam, makanan laut dan 1 untuk makanan kering seperti roti, buah dan sayur-
    sayuran. Basuh papan pemotong dengan bersih dan bilas dengan air panas selepas
    digunakan.
  11. Produk tenusu, ikan dengan tulang yang boleh dimakan, produk soya dan daun sayur
    hijau adalah sumber kalsium yang baik. Kalsium, apabila diambil bersamaVitamin D
    akan meningkatkan penyerapan kalsium.
  12. Elakkan diet terlampau! Ia hanya akan memudaratkan kesihatan, malah berat anda akan mudah naik semula apabila diet tersebut dihentikan. Ingat! Diet tersebut bukan satu penyelesaian yang baik untuk mengurangkan berat badan.
  13. Mitos: Kurangkan pengambilan makanan berkanji kerana karbohidrat yang tinggi adalah penyumbang kepada kegemukan.
    Fakta: Kebanyakan makanan mengandungi jumlah kanji yang tinggi tetapi mempunyai lemak dan kalori yang rendah seperti roti, nasi, pasta, mi, bijiran, kekacang dan buah-
    buahan.
  14. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kerana karbohidrat yang tinggi
    adalah penyumbang kepada kegemukan.

  15. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurang 5 kali setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, vitamin, anti-oksida serta mempunyai kalori yang rendah. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar seterusnya mengurangkan pengambilan makanan
    secara berlebihan.
  16. Amalkan memakan buah segar daripada meminum jus buah-buahan. Jus sering
    dimaniskan tetapi buah segar mempunyai gula semulajadi dan lebih berkhasiat!
  17. Belajar memasak. Ia memberikan faedah yang baik untuk dompet dan bentuk badan
    anda. 3 sebab teratas untuk meluangkan lebih banyak masa di dapur: 1) Anda tahu
    apa yang anda makan, 2) Anda boleh mengawal kuantiti makanan yang diambil, 3)
    Anda dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama yang tersayang!
  18. Tidur awal. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur dan kecenderungan untuk
    makan berlebihan saling berkaitan. Semakin anda merasa tertekan, semakin tinggi keinginan untuk anda makan.
  19. Cubalah sesuatu yang baru. Pelbagaikan makanan anda dan jadikannya lebih menarik.
  20. Aktifkan diri anda. Tekanan dapat dikurangkan dengan melakukan lebih banyak
    senaman dan aktiviti fizikal.
  21. Tekanan dapat dikurangkan dengan melakukan lebih banyak
    senaman dan aktiviti fizikal.

  22. Buang kulit dan lemak yang jelas kelihatan pada daging atau ayam & itik. Elakkan
    dari menggoreng ketika memasak. Sebaliknya, kukus, bakar, gril atau rebus semasa
    memasak. Kurangkan lemak seperti mentega atau minyak dalam roti atau mi.
    Gunakan perasa rendah lemak atau bebas-lemak didalam masakan anda.
  23. Jadikan susu rendah lemak atau bebas lemak tenusu sebagai minuman ketika makan.
    Jika anda mempunyai alahan pada laktosa, pilih laktosa rendah sebagai alternatif
    seperti keju, yogurt dan susu soya.
0 Shares:
5 comments
  1. thanks good info, just a bit confused on info no 12 
    Mitos: Kurangkan pengambilan makanan berkanji kerana karbohidrat yang tinggiadalah penyumbang kepada kegemukan.Fakta: Kebanyakan makanan mengandungi jumlah kanji yang tinggi tetapi mempunyailemak dan kalori yang rendah seperti roti, nasi, pasta, mi, bijiran, kekacang dan buah-buahan. 

  2. Setuju sangat tentang kekeliruan antara dahaga n lapar , bila terjadi saya akan tengok time tu time untuk apa.. time makan or just snake time .. thanks for sharing this! 

Leave a Reply to Ainihassan Cancel reply

Your email address will not be published.

You May Also Like