fbpx

Khairun Turun Berat Badan 47kg Dalam 8 Bulan

  • Nama: Khairun Khalik Bin Yusof
  • Umur: 27 Tahun
  • Goal Kurang Berat Badan
  • Achievement: Turun Berat Badan 47kg Dalam 8 Bulan.
  • Twitter: @iAmKhalique

Nak kurang berat?

Salam,

Kisah saya ni sekadar berkongsi kepada semua dan semoga mampu mencari kekuatan dalam diri anda semua untuk menurunkan berat badan. Setiap manusia mempunyai titik mula untuk mencapai sesuatu. Namun begitu, terpulang pada empunya badan untuk mencari kekuatan tersebut seterusnya menjadi pendorong dalam hidup.

Sebelum ini, saya tidak pernah mengambil peduli berat badan dan kesihatan saya. Sebab saya sentiasa ceria disamping keluarga tersayang. Berat badan saya menurun selepas berada di asrama pada umur 16tahun (tu pun sebab duduk asrama). Lagipun saya memang aktif bersukan masa di sekolah. Setelah tamat tingkatan 5, saya tidak bersukan dan berat badan meningkat secara mendadak. Tapi seperti iklan tv (aiman tak kisah), saya pon tak kisah dengan berat badan saya.

Saya meneruskan pengajian di kolej dan menjalani hidup yang semakin tak sihat. MAKAN,TIDUR,BELAJAR,DATING & lain – lain.

Saya pon tak kisah dengan berat badan saya. Saya meneruskan pengajian di kolej dan menjalani hidup yang semakin tak sihat. MAKAN,TIDUR,BELAJAR,DATING & lain – lain.

Saya berazam menurunkan berat badan pada tahun 2010. Hampir mencuba segala produk tapi tak berjaya. Bekas tunang pula asyik tegur je. Tapi masuk kanan keluar kiri. Namun begitu, langit tidak selalu cerah (ayat novel) ditakdirkan Allah saya putus tunang (mungkin sebab gemuk sangat). Sejak dari itu saya berazam untuk terus menurunkan berat badan.

Saya terus melihat blog Kevin Zahri dan beli ebook beliau. Membaca dengan penuh kusyuk dan amati semua butiran dalam ebook Kevin. Ternyata saya baru tahu setiap makanan yang seimbang.

Rahsia Kejayaan Kurang Berat

Perkara yang penting dalam diet adalah menjaga intake kalori makan.(key of success). Diet bukannya tidak makan, cuma kene tahu apa makanan yang diambil dan kalori makanan tersebut.

Segala diet pemakanan ada dalam ebook Kevin dan anda perlu rajin membacanya. Lagipun semua orang pakai smartphone sekarang. Masuk saja dalam smartphone tu.

Selepas 8 bulan berhempas pulas bermain di gym MATRADE (office punye je) semuanya berbaloi. Alhamdulillah, dan kini saya masih meneruskan untuk menurunkan berat badan hingga tahap ideal.

Saya ingin berterima kasih pada Kevin diatas penghasilan ebook kurangkan berat badan yang banyak membantu.

Terima kasih!

Privacy Preference Center