Metabolisme tinggi .. Macamana Tu?

Ramai yang mengalami masalah obesiti sering berkata, “Aku susah nak kurus, metabolisme aku rendah.

Tapi betul ke?

Untuk jawab soalan ini, kita kena faham dulu apa itu metabolisme.

Apa Itu Metabolisme?

Definisi: Metabolisme adalah jumlah kalori yang badan kita bakar untuk mengekalkan fungsi hidup – termasuk pernafasan, peredaran darah, dan aktiviti organ dalaman. Kalau anda pernah baca eBook saya, anda mungkin kenal istilah ini sebagai BMR atau Basal Metabolic Rate.

Faktor Semula Jadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

1. Komposisi Badan: Dua orang dengan berat badan sama boleh mempunyai kadar metabolisme berbeza. Individu yang lebih banyak otot membakar lebih banyak kalori berbanding individu yang lebih banyak lemak badan.
2. Genetik: Bentuk badan semula jadi (ectomorph, mesomorph, endomorph) mempengaruhi metabolisme. Contohnya, individu tinggi dan langsing seperti pemain bola keranjang biasanya mempunyai metabolisme lebih tinggi berbanding individu berbadan lebih “stocky”.
3. Umur: Metabolisme sememangnya menurun dengan usia. Sebab itulah ramai yang naik berat badan walaupun makan sama banyak seperti zaman muda.

Cara Meningkatkan Metabolisme

1. Latihan/Senaman: Gabungan latihan kardio dan angkat berat adalah terbaik untuk meningkatkan pembakaran kalori dan membina otot.

2. Makan Kerap: Makan 5–6 kali sehari dalam kuantiti kecil membantu mengekalkan sistem badan aktif. Jangan skip meal – ia boleh memperlahankan metabolisme kerana badan fikir ia sedang “berpuasa”.

3. Minum Air Secukupnya: Dehidrasi boleh menurunkan kadar metabolisme. Pastikan air mineral jadi sumber utama anda!

4. Makanan Pedas: Walaupun kesannya kecil, makanan pedas boleh meningkatkan suhu badan dan sedikit membantu pembakaran kalori.

5. Supplement: Banyak suplemen pelangsingan dikategorikan sebagai thermogenic, yang membantu meningkatkan metabolisme. Contohnya, kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, dan Cayenne Extract.

Nota: Kebanyakan weight loss supplements adalah thermogenic – tetapi jangan bergantung 100% pada suplemen sahaja.

Kesimpulan: Walaupun faktor semula jadi seperti umur dan genetik mempengaruhi metabolisme, kita tetap boleh kawal berat badan melalui pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif.

Fokus pada asas yang betul, bukan pada jalan pintas atau bergantung kepada suplemen semata-mata.
Kalau nak belajar lebih, boleh rujuk eBook Kurus 10kg dalam 6 Minggu saya.

Privacy Preference Center