- Home
- Weight Loss
- Contoh Snek Mudah, Seimbang dan 300kcal
Contoh Snek Mudah, Seimbang dan 300kcal
Dalam soal diet saya selalu tekankan pentingnya makan paling kurang 5 kali sehari: Sarapan, Snek, Lunch, Snek, Malam. Biasanya orang ramai tiada masalah makan sarapan, tengah hari dan malam tapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan snek.
Panduan Pilih Snek
Ikutilah langkah berikut dalam memilih snek pagi dan petang:
- Sumber Karbohidrat: Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti, biskut dan lain-lain
- Sumber Protein: Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu, soy etc.
- Jumlah kalori? Nilai kalori snek tu bergantung kepada DCR (keperluan kalori seharian) anda. Katakan ia 2000 kcal, jadi budget untuk setiap hidangan, termasuk snek, adalah 2,000 / 5 = 400 kcal.
- Serat (fiber): Nak kawal nafsu makan? Pastikan adanya serat dalam snek! Sumber – oats, wholegrain, roti perang dan lain-lain.
- Mudah dan praktikal: Pastikan pilihan snek dan mudah untuk diamalkan ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan dalam laci meja dan tidaklah mengambil masa yang lama untuk hidang dan dimakan.
- Suplemen: Kalau anda sibuk, suplemen seperti whey dan meal replacement shake tu memang sesuai tapi pastikan kos sekali makan tidak terlalu tinggi. For me jangan lebih RM5 sekali makan/minum.
…suplemen seperti whey dan meal replacement shake tu memang sesuai tapi pastikan kos sekali makan tidak terlalu tinggi. For me jangan lebih RM5 sekali makan/minum…
Contoh Snek Petang: Granola Bar + Susu Lemak Rendah
Dalam gambar di bawah, itu adalah contoh snek yang baik. Granola bar itu sumber karbohidrat dan fiber yang baik manakala susu lemak rendah juga bekalkan protein.
Ive read somewhere that susu rendah lemak contain high sugar is that true?
di mana nak beli gronola bar dan brand apa?
tesco banyak granola bar. jenama quaker oat, kellogs…hari tu kat guardian pun jumpa. elok utk stock dalam beg semasa kerja/study supaya x lapar
mcmane nk tahu kita punye keperluan kalori seharian???setiap org mesti lain kan,,,lagi2 kalau seorg tu aktif….
Makan sneakers je.total about 270 kalori
hello sy ada masalah kalau berat naik, lemak akan jadi kat bahagian belakang dahulu… then bila sy diet n bersenam, bdn mmg kurus, belakang ja yg lambat trun, ini menyebabkan bentuk badan sy sgt hodoh… sebab bila sy diet, punggung pun mengecil, tapi bila gemuk punggung still sama…. means diet pun sama juga sbb bahagian belakang lebih tebal dari punggung. xda bentuk lgsg… sedih la…
Kolesterol saya tinggi iaitu 7.0 how to reduce it? Saya suka ambil oat segera Nesvita. 3 in 1. Is that ok ? How long does it take to lower my cholesterol if I on proper diet.? I am a 41 yr old woman.Tq