fbpx

5 Contoh Makanan Yang Tidak Menggemukkan! Betul Ke?

Kalau kita bincang tentang penjagaan diet pemakanan, sering ditanya: Apakah contoh makanan yang tidak menggemukkan? Ada ke? Berikut adalah 5 contoh makanan dan minuman popular yang dikatakan sihat. Jom kita teliti samada ia boleh menggemukkan ataupun tidak.

1. Bijiran Oats

Apa dia? Oats adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.

Kelebihan? Gandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.

Tidak menggemukkan? Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.

Contoh: 1x biskut oats mungkin mengandungi lebih kurang 30kcal. Kalau makan 10x dah 300kcal.


2. Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.

Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.

… Satu kuram Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5x dah 325kcal…

3. Minyak Zaitun (Olive oil)

Apa dia? Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun (olive) dan sering dilabel sebagai minyak yang sihat.

Kelebihan? Minyak zaitun kaya dengan monounsaturated fatty acids yang bantu mengawal/kurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL. Ia juga dikatakan dapat tingkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding minyak lain, tiada kolesterol, cegah penyakit barah (kanser) dan juga bantu kawalan insulin (sesusai untuk penyakit kencing manis atau diabetes)

Tidak menggemukkan? Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.

… tak kita minyak apa, termasuklah minyak zaitun, 1g bersamaan 9kcal…

4. Diet Coke atau Coke Light

Apa dia? Minuman “diet” keluaran syarkit Coka Cola.
Kelebihan? Berbeza dengan minuman bergas yang lain, minuman Diet Coke tidak mengandungi gula langsung. Ia diganti dengan aspartame (pemanis tiruan atau artifial sweetener).
Tidak menggemukkan? Kalori Coke Diet tu memang kosong (kalau ada pun cuma dalam 1kcal sahaja) kalori. Jadi dari segi kalori dan pengawalan berat badan memang tidak menjadi issue dan boleh diminum. Aspartame dikatakan ada kesan negatif jangka masa panjang seperti masalah kidney (pundi kencing) dan meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti kanser. Akhirnya pilihan diri anda sebagai pengguna.

Tonton video YouTube: Diet Coke – Bagus ke tidak?

5. Sayur-sayuran

Apa dia? Well tak perlu cerita banyak kot. Sawi, timun, lobak merah, asparagus, brokoli, salad, jamu etc semua dalam kategori makanan sayur-sayuran.
Kelebihan? Kalori rendah (sangat rendah), serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
Tidak menggemukkan? Tidak! Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan. Kenapa? Kerana kalori sayur-sayuran sangat rendah (termasuk serat) dan oleh kerana serat tidak boleh diserap/hadam, kalori-kalori itu akan dibuang semula. So makanlah sayur-sayuran tapi ingat, ia bukan sumber tenaga yang baik. Jadi kalau makan salad kosong, itu bukanlah pilihan yang baik bagi saya kerana ia tidak mengandungi tenaga yang anda perlukan untuk aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.

…Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan…

Baiklah, kalau anda ada kemusykilan terhadap mana-mana makanan/minuman yang lain, silalah tinggalkan komen anda di bawah. Ingat, anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan selagi anda pandai mengawal pengambilan kalori seharian berbanding keperluan.

Privacy Preference Center