fbpx

Aiman Syazwan Kurang 50kg Dalam 2 Tahun Dengan Natural Diet

  • Nama: Aiman Syazwan Bin Roslan
  • Matlamat: Ripped and Toned body
  • Pencapaian: Kurang 50kg dalam 2 Tahun.
  • Twitter: @AimanSyazwanR
  • Facebook: AimanSyazwan

Ingin Kurang berat?

Assalamualaikum dan hello untuk semua pembaca blog Kevin Zahri. Korang boleh panggil Aiman. Saya dah lama ingin berkongsi pengalaman saya berdiet dari tahun 2010 hingga sekarang. Saya harap saya dapat memberi inspirasi untuk semua yang berada di luar sana untuk berdiet dengan cara semulajadi.

Permulaan berat badan naik sewaktu kanak-kanak

Semasa zaman kanak-kanak, saya taklah gemuk pon. Sangatlah kurus sehingga waktu darjah 2 terus badan jadi chubby sebab arwah tok masak sedap-sedap. Tak boleh tahan asyik nak tambah je nasi. Sampai saja darjah 6, saya cuba berdiet. Beli pil diet kat farmasi. Tapi tak turun-turun sebab asyik melantak saja.

Gelaran yang diberikan semasa di sekolah menengah

Bila sampai saja zaman sekolah menengah. Saya digelar macam-macam seperti pampers dan mami poko sebab belakang saya ni agak besar. Jahat sungguh! Takpe tu kenangan manis. Gelaran tu buat saya geli hati sampai sekarang. Dari pampers, orang tukar panggil nama Pam! Sampai sekarang kawan-kawan still panggil Pam walaupun dah hilang berat badan.

Zaman Universiti, zaman parah.

Zaman universti merupakan zaman yang “makan tak ingat dunia” Aiman Syazwan Roslan. Dari diploma sampai degree. Cakap kat member setiap semester nak diet tapi tak kurus-kurus. Diorang pon dah bosan dengan statement saya setiap kali cuti semester hamper tiba saya akan berkata, “cuti sem ni aku nak diet!”. Inisiatif diet saya bermula bila hampir tamat degree di UiTM Shah Alam majoring in Public Relations. Ramai cakap orang PR ni kena look good. Diet saya bermula pada 20 Februari 2010 secara rasminya.

Extreme to YoYo Diet

Berat saya bermula dengan 127kg. Saya terus start dengan extreme diet di mana hanya makan roti bersama tuna atau spaghetti yang dibuat sendiri untuk lunch dan buah buahan seperti epal dan oren. Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari.

…Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari…

Dalam 1 bulan saya dapat hilang 10kg. Dari 127 terus jadi 117. Sampai ke bulan May 2010. Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja. Terima kasih Kak Khadijah Mohamad Nor sebab menulis artikel itu pada bulan July 2010. Berat saya waktu tu 97kg. Masih lagi dalam kategori obese. Saya sedang dalam practical pada masa itu. Berat saya mula naik sehingga 105kg sebab mungkin dah yakin boleh makan banyak sebab dah kurus kononnya. Makan balik tak ingat dunia.

Inilah nama YOYO DIET. Obses sangat nak kurus buat diet tak betul. Naik la balik berat badan jawabnya!

Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja.

…Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011…

YoYo diet saya bermula dari July 2010 sehingga Nov 2011. Jangan amalkan yoyo diet kerana ia sangat tak sihat. Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011 saya nekad untuk serius dalam berdiet. Terus tukar jadual pemakanan. Ok disini baru saya ingin berkongsi apa yang saya makan apa yang saya elak. Untuk YOYO diet saya tak syorkan sebab sangat tak berkesan. Perjalanan diet saya yang serius bermula November 2011.

Diet secara serius

Saya dah fed up dengan yoyo diet jadi saya mencari alternatif diet yang berkesan iaitu makan 6 kali sehari. Makan 6 kali sehari secara sihat terbukti dapat mengurangkan berat badan. Saya akan makan pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selain itu, saya akan makan snek ringan diantara waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Apa yang saya makan dan elak? Senang saja.

  1. Lebihkan makan makanan berciri semulajadi seperti sayur, buah buahan dan dari sumber protein seperti ikan.
  2. Saya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein dan serat.
  3. Makanan ringan pula terdiri daripada kismis, yogurt, buah-buahan, almond dan biskut oat yang menyihatkan.
  4. Elakkan daripada mengambil minuman manis, junk food dan fast food.
  5. Air masak adalah medium yang terbaik untuk menggantikan air manis. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya tidak terhidrat.

“Guilty Pleasure Day”

Di sini saya ingin berkongsi satu rahsia dengan korang. Kadang kala saya akan mengamalkan “Guilty Pleasure Day” setiap hari Sabtu dimana saya akan makan apa saja yang saya nak seperti pizza, kek, chocolate, burger tapi pada kadar yang terkawal dan akan menyambung diet semula pada hari Ahad.

…Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing…

Senaman dan tidur yang mencukupi

Diet tidak akan berkesan kalau tak mengamalkan senaman. Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing. Korang boleh cari DVD kat kedai music. Ada banyak! Selain tu, saya juga mengamalkan sit up, pumping, skip rope dan ke gym. Tapi saya sangat jarang ke gym. Saya lebih gemar bersenam di rumah. Saya hanya akan bersenam pada hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit hingga 2 jam. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari rawat dan rehat sebab badan kita perlukan rehat yang secukupnya untuk pulih.

Selain diet dan senaman, tidur juga sangat penting kalau untuk menghilangkan berat badan. Tidur yang baik adalah di antara 7 hingga 8 jam. Waktu tidur yang terbaik adalah pada pukul 10-12 malam. Saya harap dengan tips diet saya yang tak seberapa ini dapat membantu korang untuk menghilangkan berat badan.

…Kalau nak lebih detail, belilah E-Book Kevin Zahri sebab dia lebih pakar dalam perkara ini. Yang penting jangan putus asa dan sentiasa berfikiran positif! Good luck guys!

P/s: Dari November 2011 hingga June 2012, saya hilang berat dari 97kg ke 77kg. Biar lambat asal selamat! Saya masih dalam proses menghilangkan berat. Target saya adalah dari 65-60kg sebab saya rendah. Hanya 165 cm. Wish me luck! Nak six pack hopefully by December or next year.

Privacy Preference Center