Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert etc.

Note: These are in no particular order.

1. Roti Canai

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Fast Food

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts

Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1” dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Bonus: Gaya Hidup.

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.
0 Shares:
31 comments
  1. ooo…selama ni saya key-in plain rice dlm myfitnesspal.com, dia ckp 9 kcal je. rupanya lebih drpd 100. saya dah terlebih makan sudah.

  2. makanan apa yang sesuai untuk sarapan pagi??saya ada makan suppliment spt vit c n alpha lipoic acid..sejak ambil suppliment tu rasa spt berselera makan…

  3. kalau untuk proses menggemukkan badan, adakah sesuai untuk mengambil makanan2 ini setiap hari dalam tempoh tertentu..?

  4. ayooo.. serius menakutkan.. tp rule nasi segenggam mmg dah amalkan. alhamdulillah rasa lebih ok. ukuran pinggang pun dah berkurg. 🙂

    1. Maggi lagi tggi berbanding nasi. cuma nasi tu jgn diambil dlm kuantiti byk. ckup setengah pinggan kecil atau 1 senduk pn ckup.

  5. 1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.. kenapa nak di kira setahun.?? Yg paling baik utk makan yg bagus berapa kcal setahun??.

  6. for me kalau kita kalori kita biar lah lebih so, kita boleh motivate jangan makan banyak ok, makan kerap

  7. buncit itu menawan,

    timbang kati dacing berputar,

    sikit ambilan bukannya lawan,

    sihat diri, segar bugar

  8. Kalau minum air soya multi-grain tu adekah ia menggemukkan?dan juga bubur nasi?sy mkn itu sahaja tapi kawan2 cakap akn gemuk.hmmm…howla?? Tq

  9. i went for low carb diet for 2 months with 90% discipline. in two months i slipped to only eating rice 3 times, 7 keping roti canai. other days only ayamas chicken, mcd breeekie wrap, few yogurt(maybe mostly from vitagen/yakult), teh o tanpa gula, lots of mineral water. living sedentary life and thank God the Almighty i lost 8kg, down 5% of body fat.

Leave a Reply to Miza Hasmiza Cancel reply

Your email address will not be published.

You May Also Like