fbpx

Kisah Zawawi Rosman kurangkan 50kg berat badan dalam 14 bulan

  • Nama: Mohammad Zawawi Rosman
  • Umur: 22 tahun
  • Matlamat: Kurangkan Berat Badan
  • Kejayaaan: Kurangkan 50kg dalam 14 bulan.
  • Facebook: Zawawi Rosman
  • Twitter: @zawawiroseman

Nak kurangkan berat? Klik sini.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Mohammad Zawawi Bin Rosman, berumur 22 tahun dan masih belajar di sebuah IPT. Lama sudah saya menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dalam blog Kevin. Genap 50 kg yang berjaya saya kurangkan dalam tempoh 14 bulan, saya berasa yakin untuk menghantar kisah kejayaan saya.

Sejarah

Membesar dengan mengetahui saiz badan yang agak besar dari budak-budak lain di sekolah membuatkan diri ini mudah untuk berputus asa, kurang yakin pada diri, dan senang untuk dibuli. Berada dalam kalangan keluarga yang obese dan pola pemakanan yang tidak teratur menjadi punca.

Sepanjang tempoh pengajian (SPM, Diploma), saya tidak gemar untuk melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan, apatah lagi bersenam. Pada masa itu, makanan menjadi teman setia.

… saya telah menerima diri saya seadanya dan mengendahkan bahaya obesiti kepada diri…

Segala cacian dan ejekan yang diterima sepanjang hidup obese, saya endahkan. Ianya sudah menjadi kebiasaan. Saya sering melawak tentang fizikal diri pada rakan-rakan dan keluarga dan akhirnya saya telah menerima diri saya seadanya dan mengendahkan bahaya obesiti kepada diri. Sejak dari itu saya mengendahkan digit berat badan saya.

Titik Perubahan

Pada bulan Ogos 2011, saya dan rakan ke farmasi. Melihat alat penimbang yang berada di depan farmasi itu, rakan masing-masing menimbang berat badan mereka. Saya mengelak tetapi berjaya dipujuk oleh rakan. Saya risau dan bergurau sekiranya saya naik, jarum skala penimbang akan berpusing 2 kali atau lebih. Gurauan itu tadi menjadi kenyataan, dan hati saya mula resah melihat 3 digit yang benar-benar merubah pendirian yang saya selama ini pegang.

140 kilogram, berat badan yang saya sendiri tidak menjangka akan jadi sebegitu rupa. Dari situlah soal hidup dan mati bermain dalam fikiran. Saya nekad. Saya berazam untuk bermula mengurangkan berat badan.

Berat asal saya pada 2011 – 140kg!

Inisiatif

Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan matlamat pengurangan berat badan tercapai. Terus terang, saya telah melakukan pelbagai jenis diet antaranya diet tanpa nasi, menahan diri dari lapar, menggunakan produk pelangsingan badan, dan lain-lain lagi.

…Tak makan nasi. Yes tapi berat badan saya ketika itu tidak menentu, sekejap turun dan naik….

6 bulan dari tempoh ini, saya berjaya melakukan diet tanpa nasi. Ya, berat badan memang turun, lebih-lebih lagi digabungkan dengan kardio, tetapi saya menjadi lebih lapar dan akhirnya saya makan lebih dari apa yang saya sepatutnya. Tapi berat badan saya ketika itu tidak menentu, sekejap turun dan naik. Saya mula mencari maklumat di dalam internet dan jumpa blog Kevin dan ebook beliau – Panduan Kurang 5kg Dalam 5 Minggu.

(Kiri 140 kg – 2011, kanan 110 kg – 2012)

Setelah khatam membaca ebook Kevin, saya mempraktikkan dan mula mengira BMI, BMR, dan DCR. Jumlah kalori masuk dan jumlah kalori yang keluar saya jaga dan perhatikan sepanjang tempoh penurunan berat badan ini. Antara senaman dan diet yang dilakukan:

  1. Kardio pada pagi dan petang.
  2. Weightlift 2-3kali seminggu.
  3. Diet seimbang (Nasi sebesar penumbuk, lebihkan lauk yang tinggi serat dan protein)
  4. Minum air kosong atau kopi tanpa gula (0 kalori)
  5. Elakkan “junk food” yang berkalori tinggi.
  6. Rehat yang secukupnya (Tidur 8 jam)
  7. “Cheat day” seminggu sekali.

Kejayaan

Hampir 1 tahun 2 bulan berlalu, saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kg. Walaupun tidak secepat dari orang lain, saya bersyukur kerana dorongan dan semangat yang tinggi, saya telah mencapai tahap kejayaan yang boleh dibanggakan. Dari 140 kg – 90 kg, ianya bukan senang. “No pain, no game”.

Sentiasa pasang niat dan matlamat yang boleh dicapai dan masuk akal, itu yang saya belajar dalam ebook Kevin. “Appreciate every goal you had achieved, collectively it would be a huge success.”

Kepada yang ingin memulakan perjalanan pengurangan berat badan tu, saya recommend kan untuk beli ebook Kevin Zahri sebagai panduan.
(Kiri 140 kg – 2011 , kanan 90 kg – kini)

Akan update kisah kejayaan sekiranya matlamat baru tercapai. Hehe. Doakan saya berjaya.

Thank you Kevin.

Privacy Preference Center