Berikut adalah jumlah kalori 17 minuman popular di Malaysia. Nilai kalori-kalori adalah anggaran. Jumlah sebenar bergantung kepada resepi masing-masing. Air Kelapa 60kcal. Dengan isi kelapa dalam 1000kcal. Air Kosong atau air mineral: 0 kalori. Jus Avocado dalam 300-400kcal. Caramel Macchiato: Dalam 260kcal bergantung kepada saiz, jenis susu, whipcream dan lain-lain Kopi O Kosong tidak berkalori. 1 paket gula kalau 5gram ada 20kcal. Jadi Kopi O mungkin mengandungi 60kcal. 1 tin softdrink seperti Coka-Cola mengandungi lebih kurang 150kcal manakala Diet Coke atau Coke Light kosong kalori (tidak bergula). Teh O Air Limau: dalam 120kcal. 1x packet Milo 3in1: 150kcal. 1 Gelas Jus Oren: kalau 100% buah 60kcal (tidak ditambah gula) atau 120kcal kalau ditambah gula. Minuman protein seperti 100% whey: dalam 90-110kcal. 1x Kotak Kecil Ribena: 110kcal. Smoothie buah campur yogurt dan lain-lain dalam 200-500kcal bergantung kepada cara penyediaan dan saiz. Teh O Kosong: Tidak Berkalori. Samalah seperti contoh kopi di bawah. 1x gelas susu soya: 50kcal (tidak dicampur gula) dan mungkin 110kcal (kalau dicampur gula) 1x gelas Air Tebu dalam 110kcal 1x Gelas Susu: Lemak Rendah dalam 60kcal. Susu Biasa dalam 100kcal. Susu Penuh Krim dalam 160kcal 1x gelas Teh Tarik: 90kcal PrevNext
Betul ke isi kelapa boleh jadi sampai 1000kcal?
lemak tinggi … 1g = 9kcal … dan 70% isi buah kelapa adalah lemak. Jadi kalau makan 100g isi pun dah ada lebih kurang 600-700g.
ooowwhh….gitu….nescafe dengan susu pekat,agak2 bpe kalorinye?
Nak tanya apa pendapat pula tentang Sculpt for Women Horleys.. Supplement ni lebih baik dari Herbal life ke?
coach, berapa kcal sebenar bagi segelas milo ais kosong (tanpa gula dan susu)???
* milo kosong ais (tanpa gula dan susu)
saya nak tanya berapa kalori dalam air limau? adakah kalori minumansejuk dan panas sama?TQ
Saya penggemar teh tarik..sekiranya saya minum teh tarik dan disusuli dengan meminum air suam dlm kuantiti yg sama adakah jumlah kalori dalam teh tarik yang telah saya minum akan berkurang?
tidak
minuman teh C kosong ada berapa kalori?
Kalau air tebu pati punya berapa ye? Ke sama je mcm air tebu biasa tu?
[…] https://kevinzahri.com/panduan-kalori-17-minuman-popular-malaysia/ […]
Kalau kopi o kosong
Kosong kalori 🙂
Air nira berapa kalori?