fbpx

PRU13 – Kenapa kebanyakan pemimpin negara obes?

Penting: Post ini bukan soal pilihan parti atau isu perkauman, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, PAS atau berunsurkan politik. Coretan saya berpunca hasil pemantauan sepanjang kempen PRU13.

…Dari kebanyakkan poster calon-calon pemimpin, ramai yang obes dan sebagai pengundi sendiri, adakah ia memainkan peranan penting? …

Dari kebanyakan poster calon-calon pemimpin, ramai yang obes dan sebagai pengundi sendiri, adakah ia memainkan peranan penting? Berikut adalah persepsi saya sendiri:

  1. Contoh teladan negatif: Seorang pemimpin sepatutnya lead by example tapi kalau beliau tidak pandai menjaga diri sendiri, macam mana pulak dia nak menjaga orang lain – rakyat?
  2. Kelihatan tidak bermaya: Seorang pemimpin perlu cergas untuk memenuhi masa untuk mempertahankan keperluan rakyat. Tapi kalau diri mereka tidak sihat, kurang upaya dan stres dengan fizikal badan yang obes, memang susah untuk memenuhi tanggungjawab.
  3. Refleksi imej parti dan Malaysia: Nak tak nak, setiap calon merupakan wakil fizikal parti masing-masing dan kalau terpilih, maka mereka juga mewakili imej Malaysia. Mereka harus memikul tanggungjawab dan pastikan imej itu terjaga.
  4. Stres Badan: Obesiti itu sendiri pembawa stres yang berterusan dan justeru pembawa pelbagai penyakit yang lain. Ini tingkatkan kebarangkalian mereka tidak dapat berkhitmat sepenuhnya untuk masa depan rakyat.

…dan since ramai yang pentingkan perubahan, apa salahnya pemimpin itu bermula dengan diri sendiri…

Saya tidaklah mengharapkan pemimpin negara untuk berlari marathon tetapi harapan saya supaya mereka pandai mengawal kesihatan dan kecergasan diri. Lead by example! … dan since ramai yang pentingkan perubahan, apa salahnya pemimpin itu bermula dengan diri sendiri.

Privacy Preference Center