fbpx

Rahsia Marini Amin Kurangkan 35kg Berat Badan

[one_half boxed=”true”]

Marini Amin

  • Umur: 23.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan
  • Kejayaan: Kurangkan 35kg.
  • Instagram: mariniamin

[button color=”Extra-Color-2″ size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Nak Mulakan program kurang berat anda?”]
[/one_half]

Hai, saya Marini Amin berumur 23 tahun, dan berasal dari Kuala Lumpur. Saya mengalami masalah berat badan sejak dari sekolah menengah. Pada tingkatan 5 berat badan saya naik mendadak sehingga 110 kilogram. Dengan ketinggian 171cm, dan size rangka yang besar, saya kelihatan seperti giant. Kawan2 sekolah ada yang panggil saya ‘Big Show’. Ketika itu size seluar saya adalah size 40 yang saya masih simpan sehingga kini. Lepas SPM (2007) , saya meneruskan pelajaran ni IPT (2008) dan di situ berat saya turun sehingga 80 kilogram tetapi dengan cara pemakanan yang tak sihat & pengambilan pil kurus yang sering menyebabkan saya sering rasa pening dan pitam.

Bila saya hentikan pengambilan pil tersebut berat saya naik mendadak menjadi 87 kilogram. Saya cuba senaman dan kononnya jaga makan tapi sekadar hangat – hangat tahi ayam. Ada juga saya mengambil meal replacement tapi tak lama kerana saya masih belajar dan tak mampu nak teruskan program tu. Berat saya berterusan yo-yo sepanjang saya belajar sampai ke tahun 2011.

marini-amin-sebelum

…lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal…

Sertai Jom Kurus dan Jom Fit

Akhirnya saya give up, dan makan je ikut suka sampai saya jumpa Facebook milik Kevin Zahri. Dari situ saya sedikit sebanyak mengikuti tips – tips yang di sedia kan. Saya paling tertarik dengan konsep ‘segenggam nasi’ beliau. Saya cuba ikut apa yang di sarankan dan berjaya turun sebanyak 2 kilogram. June 2012 (85kg) , saya menyertai ‘Jom Kurus’ di Prince Court bersama Kevin dan dari situ saya pasang niat untuk serius turunkan berat badan ikut cara Kevin. Saya mula bersenam (brisk walk) 5 kali seminggu selama satu jam dan makan mengikut perkiraan kalori yang Kevin ajar. Sejak dari tu saya rajin sertai aktiviti kesihatan seperti ‘Larian 40 Taman’ bersama M.Zulkifli, ‘Jom Fit’ Kevin Zahri, ‘Fit for Life’.

marini-amin-kevin-zahri

Berat saya turun sebanyak 10 kilogram dengan mengambil masa selama 10 bulan. Sebulan hanya kurang satu kilogram. Jumlah yang sikit kalau nak bandingkan dengan orang lain yang boleh turun lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal. Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat.

Kevin turut menjemput Marini untuk senaman circuit bersama di Selamat Pagi Malaysia RTM1.

…Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat…

Berat badan saya masih kekal 75 kilogram sehingga ke hari ini. Dua bulan lepas, saya menyertai pusat gymnasium dan mengamalkan senaman campuran cardio dan juga latihan beban sebanyak 30 mins per session (cardio + weight) , 5 kali seminggu dengan dua hari rest day. Berat badan saya kekal tapi ukuran saya berkurang. Ini mungkin kerana faktor size tulang dan ketinggian saya dan juga jenis latihan senaman yang saya buat. Setakat ini ukuran saya berkurang sebanyak 10 inci dan saya mengharap kan lebih lagi.

Lebih 30,000 downloads. Cuma RM40.
Lebih 30,000 downloads. Cuma RM40.

Dengan tunjuk ajar Kevin dan panduan dari e-book 5kg dalam 5minggu, saya masih boleh menikmati semua jenis makanan dengan syarat, tidak melebihi account calorie keperluan saya.

Saya nak kongsi sedikit tips pengawalan yang saya amalkan ketika hari raya:

  1. Makan bila perlu. Saya hanya akan makan main meal pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. In between saya akan makan kurma atau almond as snack. Tak setiap rumah saya makan.. hehe
  2. Limit kuih raya hanya 5 biji sehari.
  3. Minta air putih instead of air gas. Kalau segan nak minta, spare mineral water dalam handbag.
  4. 30 minit bersenam. Saya hanya buat di rumah sahaja. Contoh; circuit workout atau pun cycling.
  5. Kalau teringin sangat nak makan hidangan tuan rumah, saya akan jamah dalam kuantiti yang sedikit contohnya nasi impit 3 biji (size kecil) dengan kuah kacang satu sudu.

Proses ‘kurus’ ni jujur saya kata kan bukan mudah.

marini-amin-transformation
Untuk para pembaca yang sedang usaha ‘buang’ berat badan berlebihan, saya harapkan anda semua JANGAN sesekali putus asa. Be strong. Kalau rasa macam down, cari balik point untuk BANGUN & teruskan USAHA. Semangat yang kuat sangat sangat perlu! Ingat, slow progress is better than no progress. Jangan tamak. Setiap individu punyai badan yang cara kerja nya berbeza, jadi anda kena kenal diri sendiri dan guna cara yang sesuai. 🙂

Privacy Preference Center