fbpx

Aizat Razak: Demi Mama.. Kisah JK1M bermula

Salam perkenalan buat semua..

Saya Aizat Razak, akan berusia 30 tahun pada 30 Julai 2014. Masih belum mendirikan rumah tangga dan kini menetap di Bangi bersama keluarga.

Tanpa disedari, leka dalam kesibukan kerja, makan, minum, lepak tengah malam dan tidak membuat sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh, berat semakin bertambah sehinggan 220kg dan makin banyak kesulitan yang dihadapi. Antaranya, tali pinggang kereta sudah semakin ketat, nak pilih kerusi direstoran untuk makan pun semakin susah, naik tangga penat, dan kalau naik flight atau bas pasti tidak muat, sedangkan saya suka melancong ke sana sini. Paling penting, bila mahu solat, kena solat duduk sebab susah nak duduk dan bangun.

Namun alhamdulillah dari segi kesihatan, kencing manis masih di peringkat okay dan hanya mempunyai Gout sahaja dan juga semput yang normal bagi orang sebesar saya.

Saya pada 2013
Saya pada 2013

Semuanya bermula apabila April 2013, saya kembali menetap di rumah keluarga kerana berpindah kerja. Saya dan Mama sangat rapat dan Mamalah yang sangat risau akan saya. Dia lah yang sanggup mencari supplement yang sesuai untuk saya, mengingatkan saya setiap hari walaupun kadang-kadang ada juga degilnya dan tidak mengikut. Maafkan saya mama.

Namun, kata putus sudah dibuat. Saya perlu tarikh handbrake dan terdetik di hati sampai bila? Sehinggakan Mama saya mengeluarkan ayat yang sangat memilukan hati saya; “Nanti mama tiada, siapa mahu tengok Aizat bila sakit?” “Kalau boleh, Aizat kuruskan la badan sebelum Mama tiada”. Terduduk saya mendengar ayat mama, demi Mama, kisah hidup saya yang baru bermula!

Kali pertama mengenali dan bermain Dodgeball bersama.
Kali pertama mengenali dan bermain Dodgeball bersama.

2014 – Tahun Baru – Azam Baru – Saya perlu buang semua lemak ini!

JK1M siri 1 adalah pemula, nasib baik ada kawasan Bangi, lebih mudah dan RM300 yang dikenakan sangat murah. Setujukan? Dengan azam baru, semangat baru, saya paksa diri saya untuk lalui semua ini bersama Coach saya Aizzat Adnan dan pastinya Kevin Zahri.

Bermula 11 Januari sehingga 8 Mac, syukur alhamdulillah, saya berjaya menurunkan sebanyak hampir 24kg. Terukir senyuman di bibir Mama, Papa, keluarga dan rakan-rakan. Perjalanan masih jauh dan akan saya kongsikan perjalanan saya ini bersama semua.

Moldiv_1394357233266

Apa yang saya lalui? Apa yang saya tempuhi? Asasnya tiada supplement, hanya diet, senaman dan demi Mama..

Akan saya kongsikan bersama nanti.

Demi Mama….

Privacy Preference Center