fbpx

Wan Fadhilah : Berat vs Kalori…Seksanya!!

Assalammualaikum…hiii…

Saja nak update berat terkini…Sebabnya happy bile naik penimbang pagi tadi tengok angka tersebut telah kurang..hihihihi…Harap-harap penimbang ni sama la dengan penimbang Encik Haffiz Razali nanti…hahahah…Sebab nya dah gembira angka tuh turun walaupun sikit…Jangan nanti bila guna penimbang Encik Haffiz berat naik pula…iskkkkk!!….Seram….hahahaha….

berat fila 19.3.2014

Sila abaikan jari2 kaki saye tersebut ye..hihi…

Bukan senang ya nak turunkan berat badan…Walaupun sikit turun berat tu saya sangat gembira…Saya work out dan jogging setiap hari bermula hari Ahad, Isnin dan Selasa..Hari ini ada training netball pula di pejabat…Harap-harap cepat la berat saya turun….Untuk pengetahuan semua, dalam kelas hari Sabtu lepas, saya dimaklumkan bahawa setiap 1kg berat yang nak diturunkan = 7700kalori yang perlu “disingkirkan”…huh!!!Bayangggggkan…seksa nyaaaa..hahhaha…

Meh cuci mata tengok gambar saya petang semalam…Di Taman Tasik Titiwangsa..Gambar ini diambil selepas jogging 20 minit dan circuit training…Saja saya buat apa yang adik-adik lelaki tu buat…hihihihi..Sebabnya Nampak macam senang, rupanya susah..hahahah…

fila titiwangsa

Lepas saya dah tahu betapa “seksanya” nak turunkan 1kg, saya kini lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan harian saya…Selalunya saya makan apa sahaja yang saya nak…Bukan apa yang diperlukan oleh badan…Rasanya lebih dari 3000 kalori kot sehari saya ambil..hahahaha…Serius saya boleh habiskan cecodok pisang RM3..Saya memang sangat suka makan…lebih-lebih lagi dessert..Memang pilihan hati..hihi…..Lepas ini, saya lebih takut nak makan banyak-banyak dah…Walaupun sangat susah nak kawal dari asyik fikir makanan je, tapi saya yakin yang saya boleh buat!!!..Orang lain boleh kenapa tidak saya kan…

kalori kuih

Tengoklah gambar diatas ni, jenis-jenis kuih dan jumlah kalorinya…huhuhu…Seram tak nak makan banyak-banyak??hihihiihi….So kawan-kawan silalah fikir sebelum makan banyak-banyak… 🙂

Privacy Preference Center