Rahsia Kurus Dengan Cepat 10kg Seminggu? Jangan Tertipu

5kg seminggu? 8kg seminggu? 10kg seminggu?

Dari masa ke semasa, dunia social media akan viralkan kisah kurangkan berat badan that sound too good to be true.

Kurang 13kg Seminggu!

Termasuk dalam program Jom Kurus yang saya anjurkan sejak 2013, sering kedengaran kisah peserta kurangkan jumlah berat badan yang besar dalam masa seminggu. Sampai 10kg atau 13kg seminggu pun ada. Malah pemenang Cabaran Jom Kurus kami sering kurangkan lebih dari 20kg dalam program 6 minggu setiap musim.

Isa Abdullah: Rahsia Kurus 22.8kg dalam 6 minggu pemenang JK1M

Apa rahsia mereka kurus dengan cepat?

Ia sering menimbulkan kecurigaan para peserta yang terkeliru dan berkata “ia tidak sihat” atau terpedaya dengan kisah yang kurus dengan cepat itu.

Always remember: Sebarang kisah kurus dengan cepat atau melebihi 2kg seminggu atau 2kg sehari sekalipun, mempermainkan air dan bukan lemak badan. Mustahil untuk kurangkan berat badan lemak dengan begitu cepat. Kenapa? Kerana 1kg lemak badan bersamaan 7700kcal.

Untuk bakar 7700kcal sehari tanpa makanan tidak munasabah. Air tidak berkalori dan boleh dipermainkan dengan mudah. Buang air kecil sahaja pun boleh kurangkan lebih kurang 500ml yang bersamaan 500g berat badan.

1ml air = 1gram

Jadi setiap kisah kurus dengan cepat, peserta itu mempermainkan keadaan, terutama berat air badan. Video berikut terangkan rahsia kurus cepat yang sering kelihatan dalam program-program kurangkan berar badan, termasuk lah program anjuran kami sendiri.

Jadi jangan tertipu dan diperguna.

Objektif video ini BUKAN lah untuk mengajar anda kurangkan atau kurus dengan cepat MALAH ia bertujuan untuk memperkasa dan menyediakan anda apabila berdepan dengan kisah-kisah luar biasa yang sering diviralkan dan mengelirukan orang ramai.

Ingin kurangkan berat badan bersama kami? Join our Cabaran 30 Hari “Kurus