- Home
- Weight Loss
- Kosmo! Kekal Cergas Semasa Puasa
Kosmo! Kekal Cergas Semasa Puasa
Following article was written by YEO LI SHIAN from Kosmo! Suara Kontemporari.
Jurulatih kecergasan, Kevin Zahri punya tip untuk kekal cergas pada bulan ini.
MELAKUKAN aktiviti fizikal atau senaman pada bulan Ramadan mungkin kedengaran tidak masuk akal bagi sesetengah orang. Berdepan dengan cabaran tanpa makan dan minum hampir 14 jam sudah pun begitu mencabar ketahanan apatah lagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
Ramai juga yang mungkin beranggapan adalah lebih baik untuk menghentikan segala aktiviti fizikal seketika sehinggalah berakhirnya Ramadan. Malah, pendapat seperti ini nampaknya munasabah memandangkan tubuh dikhuatiri akan kehilangan lebih banyak air jika menjalani latihan senaman. Jadi, adakah senaman digalakkan pada bulan puasa?
Jurulatih kecergasan terkemuka, Kevin Zahri yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini berkata, senaman sepanjang Ramadan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi digalakkan. Namun, semua ini bergantung kepada ketahanan fizikal seseorang individu, jenis senaman dan masa melakukannya.
Sebenarnya, sama ada mahu bersenam atau tidak, ia adalah pilihan masing-masing. Tetapi, sudah tentu bersenam ketika bulan puasa ada garis panduannya,” katanya.
Menurut Kevin, cabaran melakukan aktiviti fizikal dan senaman pada bulan mulia ini terletak kepada masalah tubuh seandainya tersilap memilih waktu dan bentuk senaman yang dilakukan.
“Keadaan iklim negara yang panas lembap mungkin menyebabkan tubuh dehidrasi. Jadi, bergiat dalam aktiviti sukan atau kardio sebelum berbuka tidak akan membantu. Sebaliknya, berpuasa dan aktif akan menjurus kepada masalah kehilangan air.
“Melainkan jika anda ingin membakar lemak, maka melakukan aktiviti ringan pada sebelah petang iaitu sebelum berbuka digalakkan. Berjoging secara perlahan merupakan contoh terbaik,” jelasnya sambil menyifatkan masa di antara 6.30 petang hingga 7 petang sebagai masa paling sesuai melakukan aktiviti ringan.
Tempoh masa selama setengah jam sudah cukup ideal dan memadai agar tidak mengundang kepenatan serius.
…Jika tubuh sudahlah terlalu letih dan kepala terasa pening-pening atau tidak sihat, maka, anda patut ‘mendengar’ kepada diri. Hentikan senaman serta-merta…
“Jika tubuh sudahlah terlalu letih, ditambah pula berpuasa daripada minum dan kepala terasa pening-pening atau tidak sihat, maka, anda patut ‘mendengar’ kepada diri. Hentikan senaman serta-merta,” tambahnya.
Aktiviti fizikal bagaimanapun tidak digalakkan pada sebelah pagi selepas bersahur kerana bimbang akan menjurus kepada masalah dehidrasi.
Bagi mereka yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal selepas berbuka, Kevin menasihatkan agar tidak terus melakukannya sejurus selepas berbuka.
…katakanlah jika anda ingin melakukannya sekitar pukul 7.30 malam, jadi hidangan yang diambil ketika berbuka adalah ringan dan mudah dihadamkan…
“Tetapi, katakanlah jika anda ingin melakukannya sekitar pukul 7.30 malam, jadi hidangan yang diambil ketika berbuka adalah ringan dan mudah dihadamkan,” pesannya.
Biar pun dengan lambakan dan godaan makanan serta kecenderungan makan setelah lebih 12 jam berpuasa, Kevin memberitahu, kebanyakan orang akan kehilangan berat badan sepanjang Ramadan.
Jelasnya, amat sukar berat seseorang bertambah pada Ramadan tidak kira betapa banyak yang telah dimakan. Ini kerana hidangan yang diambil sepanjang mengerjakan ibadah puasa tidaklah sebanyak berbanding diet pada hari-hari biasa.
Tambahan pula, kata Kevin, kurangnya selera makan dan keletihan sewaktu bersahur menghalang seseorang daripada makan berlebihan. Atas sebab itu, kebanyakan kita akan kehilangan sedikit berat badan dan otot tanpa perlu berusaha kuat.
Dalam pada itu, Kevin menegaskan agar latihan atau senaman berat (angkat berat) harus dielakkan ketika berpuasa. Tubuh yang kekurangan nutrisi tidak mempunyai tenaga bagi menampung senaman berat. Tambahan juga, jika anda bertegas melakukannya, anda mungkin menghadapi masalah mengecaj semula nutrisi yang hilang.
…untuk senaman berat ketika berpuasa, tubuh bukan sahaja tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya tetapi badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga, jadi, ia satu kerugian…
“Jika hendak lakukan senaman berat ketika berpuasa, tubuh bukan sahaja tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya tetapi badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga, jadi, ia satu kerugian,” katanya.
Bagaimanapun, seperti juga aktiviti atau latihan kardio yang lain, senaman berat boleh dilakukan selepas berbuka.
“Asalkan tubuh menerima hidangan sebelum bersenam dan dicaj semula dengan hidangan pasca-senaman, senaman berat boleh dilakukan.
“Memandangkan amat sukar untuk membentuk otot pada Ramadan, maka jadikanlah ini masa yang baik bagi melatih mengekalkan sebarang jirim otot yang telah diperoleh sebelum Ramadan,” jelasnya.
Apa pun pilihan anda, sama ada bersenam atau tidak, Kevin menyarankan agar tidak mengambil makanan berlebihan dan bersenam selepas itu.
Good article. I always wanted to do light jogging just before berbuka, but when the time comes, I’d rather sit in front of the TV and wait for the berbuka time.. It’s all in the head.
So what i did was I cycled, say 1/2 hour after buka for 1/2 hour and still got enuff time to go for Tarawikh 🙂
Cycling is much more easier to your body compared to jogging. And all it takes is a good bicycle, proper nite cycling attire and wooosh, feel the wind blowing to your hair & body under the starry skies.
good article..it really helps me 🙂
thank u…
hmmm…i cuti terus dari exercise time puasa ni…boleh ke hehe
akum abg kevin 🙂 sajer nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri 🙂 rayer katne tahun ni?? kirim salam for kak intan yer 🙂 -aishah
if amik nasi dlm pkul 7.30 pm…its okay ke?coz rmai yg kate nasi mknn yg berat..so xleh mkn mknn yg brat time mlm2…tkot jd punca kegemukan..it is right?it is nasi is punca kegemukan?
dah takde lemak lagi ke nak bakar sampai otot tu di pecahkan jadi sumber tenaga???
[…] Jurulatih kecergasan terkemuka, Kevin Zahri yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini berkata, senaman sepanjang Ramadan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi digalakkan. Namun, semua ini bergantung kepada ketahanan fizikal seseorang individu, jenis senaman dan masa melakukannya Baca selanjutnya disini […]