- Home
- News & Events
- Jom Kurus Raya: Cabaran 5 Minggu Bersama RTM1
Jom Kurus Raya: Cabaran 5 Minggu Bersama RTM1
Ingin kurangkan berat badan anda sempena hari raya tahun ini? Tinggal cuma 5-6 minggu sahaja lagi untuk anda buang lemak-lemak, air dan bentukkan badan anda untuk baju raya.
Nadia, hos Selatmat Pagi Malaysia, telah mencabar diri untuk kurangkan berat badan sempena hari raya ini dan mencari 40 peserta yang ingin menyahut cabaran Jom Kurus Raya bersama beliau, Kevin Zahri, krew RTM1 dan rakan artis yang lain.
Cabaran ini bermula pada 29 Jun ini sehinggalah 4 Ogos 2013, dan melibatkan aktiviti seminar dan riadah seperti Jom Kurus, Jom Fit, Bootcamp, Badminton, larian taman dan lain-lain lagi.
Hadiah Wang Tunai RM1,000 dan Siaran di RTM1
Semua aktiviti akan disiarkan melalui program pagi popular Selamat Pagi Malaysia atau SPM di RTM1. Tiga penurun berat badan paling banyak, juga akan pulang dengan duit raya sehingga RM1,000 nanti. Setiap peserta yang kurang 5kg ke atas juga akan membawa pulang paling kurang RM10 untuk setiap kg yang berjaya dikurangkan.
… Setiap peserta yang kurang 5kg ke atas juga akan membawa pulang paling kurang RM10 untuk setiap kg yang berjaya dikurangkan…
macam mane nk join?